? Old Memory ?

» July 2011
» August 2011
» September 2011
» October 2011
» November 2011
» December 2011
» January 2012
» February 2012
» March 2012
» April 2012
» May 2012
» June 2012
» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» July 2013
» September 2013
» October 2013
» November 2013


? Entry ?

  • Epilog : Menghitung hari-hari terakhir
  • EpiloG : Salam 1435 Hijrah
  • EpiloG : Perantauan di Aidiladha 2013
  • SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST
  • Giveaway : First Giveaway By Atiqah Jaidin & Arrie...
  • Segmen : Apple Mints mencari Bloglist Part 2
  • EpiloG : November Menjelma !
  • EpilOG : wELCOME HOME oCTOBER
  • epiloG : Life as a Teacher
  • epiloG:Cikgu Nurul ~teacher to be~!


  • ? Credit ?

    ©2013 Inspired By Twitter .
    A round applause for;
    This code 90.9% by Ohmyungshoe .
    Service and Terms are from her .
    The helper and some basecodes are from HER .
    Some Code in this Template was edited by Me.
    This blog looks hot in Google Chrome.
    Please do not view my page source.
    Ask me if you need any codes :Sayuri Hana
    Empowered by Blogger
    EpiloG : Eid 2011

    1 LoVeR | 31/08/2011

     Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Raya pertama di Kampung Air Panas ,Labis, Johor !

    Percubaan pertama :)
    Dengan keluarga Pakcik Cham !

    With My Mum!

    Mum , Hadif n me!



    Hadif , me & Nenek !

    One Family :)

    Hadif si kecik yang hensem !

    Style Peace tetap tak hilang !!




    Thanks with Love to: Along shayer sebab jadi photographer :)
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Kerana Dirimu begitu berharga !

    0 LoVeR | 30/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,






    •❤ DELETE semua FILE kebencian...
    •❤ INSTALL anti-virus egonisme...
    •❤ RESTART kehidupanmu dengan kasih...
    •❤ REFRESH peribadimu...
    •❤ DOWNLOAD kesabaran...
    •❤ UPLOAD tingkahlaku yang benar...
    •❤ Jgn meng-'UNDO pengalaman buruk...
    •❤ COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg baik...
    •❤ LOADING semua dengan DOA & USAHA





    (⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
    `⋎´..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
    * _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
    /______/~\SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ˚ ✰* ★
    | 田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

    Dikesempatan ni sye ღ(。‿。)ღ Sayuri Hana ღ ingin meminta maaf dari ujung rambut hingga ujung kaki jikalau ada b'gurau t'kasar bhasa,t'salah kate,t'marah t'pukul sesape,halalkn mkn minum & slh silap ampun maap diminta..


    Thanks with Love to: rakan2 blogger sekalian !
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Spontaneous Sunday!

    0 LoVeR | 28/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Sedar tak sedar insyaallah lagi sehari aja kita berpuasa!
    Sekarang SH jarang nak BW sangat sebab waktu kerja makin panjang !
    Maklumlah dah nak raya ...!

    Ermm tak sempat langsung nak pergi shopping raya !
    Shopping last minit pun takkan berlaku nampaknya  :(



    Esok adalah hari last SH berkhidmat di kedai itu !
    Rasa sedih pun ada juga nak berhenti !
    Lepas ni tak de lagi lah borak-borak dengan uncle n the geng !
    Walaupun dyorang dah tua, tapi best borak ngan dyorang !
    Tak ada lagi lah jumpa pelanggan tetap kedai itu !
    Tak ada lagi lah jumpa orang yang banyak "songeh" !
    Tak ada lagi...tak ada lagi... tak ada lagi.....!

    Itulah dulu beriya nak berhenti cepat, sekarang belum berhenti dah rindu plak hahaha !
    Tak apalah, nanty ada cuti lagi boleh kerja situ lagi !
    KOMPOM UNCLE TAK MENOLAK!!

    Hai, cam na lah uncle lepas ni ! (opps sebab tak ada pekerja lain kat kedai tuh!)
    Mesti dy bosan pasni sebab dah tak boleh merayap-rayap lagi... yela dah tak ada orang jaga kedai dy, dy lah yang kena jaga !
    Hari tuh ada yang nak kerja dy boleh cakap dah ada pekerja!
    Padahal dy tahu SH kerja dua bulan aja kan !
    Adoi uncle!!!

    Walaupun penat dua tiga hari ini, inilah kenangan-kenangan akhir melayan pelanggan di kedai itu :)

    Thanks with Love to: -
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Wordless Friday !

    0 LoVeR | 27/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    ~Entri ni ada madu, jadi melekit sangat2!! sebab SH mengedik nak letak madu kat entry ni hahaha ~
    Sila scroll ke bawah untuk baca entry yang lain !!!

    Suka bermimpi disiang hari !!!

    Choy!!!! Ni lah muka yang suka berangan ni !!!
    Jangan marah yerk !!!
    Suka suki nak sambut Raya!!

    Thanks with Love to: adobe photoshop!
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Oooo Balik Kampung !!!

    0 LoVeR |

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Detik jam terus berlalu !
    Sedar tak sedar  tinggal dua hari lagi kita berpuasa [Insyaallah!]
    Dan SH masih lagi bekerja!

    Aiyoo, bila mau berhenti ?
    Takkan nak kerja sampai raya pertama kot !
    Tengok orang ramai dah sibuk-sibuk beli persiapan ray , tapi SH sibuk tolong orang pilih kasut raya !
    Bila SH nak pergi beli barang untuk SH sendiri ni !


    Seronok tengok gelagat orang-orang yang beli persiapan raya ni !
    SH pun tergelak-gelak melayan kerenah dyorang!
    ~Dalam hati ini .... "uncle tak mau tutup kedai ka! saya mau beli persiapan raya juga !@#$%^&*"~

    Oppps bukan mencarut ok!
    Cuma tak tahu nak bebel apa lagi dalam hati tuh !

    Lostinwords!!!!!

    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Indahnya Ciptaan Allah !

    0 LoVeR | 24/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,





    Bismillahirrahmanirrahim...

    Suatu hari seorang anak sedang bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil memerhatikan apa yang dibuat oelh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya.

    “Apa yang sedang ibu lakukan?”

    “Ibu sedang menyulam, nak,” Jawab ibunya sambil terus memasukkan jarum dari benang ke permukaan kain.

    “Tapi buat apa?”  Anak itu masih bertanya hairan. “Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang  yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat.”

    Ibunya tersenyum. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri.

    “Berdirilah, nak!” Ujarnya. “Tengok sulaman ini dari atas sini.”

    Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya.

    “Begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman ini begitu buruk bila dilihat dari bawah.” Kata anak itu.

    Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.

    Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari sudut yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas. Dan ketika itu kita akan mampu melihat keindahannya. Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan merasa kagum pada reka cipta yang indah itu. Jika kita tidak mampu melihat menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi, maka kita akan terus melihatnya dari bawah.

    “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.”   [al-Ma’arij : 19-21]

    “Tidaklah seorang Muslim menderita kelelahan, sakit, kegawatan, kesedihan, seksaan, gelisah hingga duri yang mengenainya melainkan Allah menghapus dengannya dosa-dosa.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said dan Abu Hurairah]

    Ibnu Qayyim al-Jauziyyah juga ada menjelaskan :
    “Ubudiyyah kepada Allah dalam qada musibah ialah sabar menghadapinya kemudian redha menerimanya. Redha menerima musibah lebih tinggi kedudukannya daripada sabar. Kemudian mensyukuri musibah itu. Ini lebih tinggi daripada redha. Perasaan ini muncul kerana ada rasa cinta kepada Allah yang tumbuh di dalam hatinya, mengetahui pilihan yang terbaik bagi dirinya, kasih sayang Allah dan kebaikannya dengan menimpakan musibah, sekalipun mungkin dia tidak menyukai musibah itu.”

    “Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari rasa putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu.” 



    Thanks with Love to: Fatimah Mina [Rakan Ad-din SH]
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Dah Gila !

    2 LoVeR |

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Cerita SH hari ini...
    Macam biasa sebelum pergi kerja , SH akan pergi membeli akhbar di kedai fav SH !
    Memang Fav lah sebab tokey tuh da kenal SH !
    Jadi , tyme SH sampai aja , dy dah sediakan akhbar di tangan dan terus menuju ke SH tanpa SH perlu matikan enjin moto hahaha !


    Okies, dalam dua hari ni beli akhbar mengharapkan akan ada cerita Hyun Joong akan keluar !
    Namun hampa !!!
    Jadi hari ini SH tak mengharap apa-apa pun !
    Sampai di kedai terus lakukan ruti harian !
    Selesai semuanya barulah belek-belek akhbar dan............


    AURA KIM HYUN JOONG!!!!!
    OMG ! ada pulak cerita abang SH ni !!!
    Hahaha !
    SH SAYANG METRO lah !
    Tapi tak bestnya sebab gambar semasa beliau di Mid VAlley ni agak kurang di tayangkan !!
    SO,SAPA ADA  GAMBAR HYUN JOONG DI MID VALLEY SILA BAGI SH OKIES hahaha !


    Cerita Hyun Joong ...



    FENOMENA yang dicetuskan Kim Hyun Joong sudah terbukti di Korea. Kini dia terus melebarkan pengaruhnya ke serata Asia, malah di mana juga muzik dan lakonan artis Korea diterima.


    Vokalis kumpulan SS501 itu kini memulakan perjalanannya ke peringkat antarabangsa bagi mempromosikan mini albumnya yang berjudul Break Down.Bukan saja kacak dan memiliki susuk tubuh yang tinggi lampai, Hyun Joong juga berbakat besar lalu menjadi jejaka idaman jutaan wanita.

    Ia memuatkan tiga lagu - Kiss Kiss, Break Down dan Please.

    Tidak mempertikaikan vokalnya, Hyun Joong yang mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak 2005 semakin menunjukkan kematangan vokalnya walaupun bergerak solo.

    Berkesempatan datang lagi ke Malaysia, Sabtu lalu dijadikan sebagai ruang promosi untuk projek beliau yang lebih besar konsert solo di Malaysia pada Disember ini. Tentu itu berita yang cukup baik bagi semua peminatnya di negara ini.
    “Sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan album mini kedua dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober nanti. Selepas itu, saya akan mengadakan satu siri jelajah ke seluruh Asia bagi mempromosikan album itu.

    “Sekali gus kedatangan saya kelak bukan sekadar mempromosikan album kedua, tetapi juga untuk membuat konsert khas buat peminat saya yang ada di sini. Malaysia juga istimewa di hati saya,” katanya ketika sidang media di Hotel Hilton, di sini, Jumaat lalu.

    Berusia 25 tahun, Hyun Joong berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan album Break Down. Pertama kali menghasilkan album itu sendirian, dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik. Uniknya dia banyak menggunakan rona hitam bagi menaikkan lagi pesona dan karakter dirinya.

    Beliau yang popular menerusi drama bersiri Boys Over Flowers melalui 8TV, ternyata menjadi kegilaan remaja bukan hanya di negara asalnya, malah di negara lain. Dalam kisah itu, dia memegang peranan sebagai Yoon Ji Hoo.

    Namun, ketika menjayakan promosi jelajah di Jepun pada September 2009 untuk Boys Over Flowers, dia mengejutkan peminatnya apabila disahkan menghidap H1N1.
    Ia juga menyebabkan dia tidak dapat hadir majlis International Drama Awards di Seoul ketika itu dan diwakili rakan-rakannya dalam SS501.




    Berita Metro




    Sangat Jeles disini!!!!
    Terbaru Hyun Joong sangat terkedu dengan mendapat sambutan hangat daripada peminat di Malaysia. Dia akui perbezaan bahasa bukan penghalang bagi dia untuk menunjukkan bakat dan diterima ramai.

    Tampil lebih matang, Hyun Joong akui dulu tidak pernah berniat untuk meninggalkan SS501 semata-mata mahu bergerak solo. Namun, dia sekadar memenuhi permintaan peminat yang mahukan dia menghasilkan album solo. Mulanya, dia enggan berbuat sedemikian kerana komitmen bersama kumpulan, namun akhirnya atas sokongan ahli SS501 sendiri iaitu, Heo Young Saeng, Kim Kyu Jong dan Kim Hyung Jun, dia mengorak langkah bergerak sendirian.

    “Saya awalnya risau tidak dapat membahagikan komitmen terhadap kumpulan dan fokus kepada pembikinan album sendiri, tapi rakan-rakan saya dalam kumpulan itu percaya saya boleh melakukannya.

    “Menuruti nasihat rakan-rakan, saya akhirnya menghasilkan album pertama ini dan terkejut dengan sambutan memberangsangkan daripada peminat,” ujarnya.

    Walaupun selalu beraksi di atas pentas, menyanyi seorang diri tanpa ahli kumpulan yang lain membuatkan dia terasa gementar. Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalangnya untuk meneruskan niat yang sudah disematkan di dalam hati. Dengan keyakinan yang kuat, Hyun Joong meneruskan perjalanan kariernya dengan bersungguh-sungguh.

    Dia yang dilahirkan di Seoul bukan hanya bijak menghiburkan penonton ketika di atas pentas, tetapi dia aktif bersukan. Jarang sekali kita mendengar selebriti rajin meluangkan masa untuk beriadah, tetapi berlainan dengan Hyun Joong yang sangat aktif bermain bola sepak sehingga dinobatkan sebagai selebriti-atlit kerana membantu pasukannya memenangi pertandingan bola sepak.
    Sementara itu, sehari selepas sidang media itu diadakan satu sesi ramah mesra bersama peminat diadakan di Grand Ballroom di Tingkat 5, The Garden, Mid Valley Megamall.


    Dia yang muncul dengan persalinan tuksedo putih-kelabu, kira-kira jam 4.10 petang memberikan reaksi terkesima apabila melihat separuh dewan yang mampu membuatkan ribuan penonton itu dibanjiri peminat bersama jerit histeria.

    Tidak pernah menyangka peminatnya sebegitu ramai di Malaysia, Hyun Joong berjanji untuk kembali ke Malaysia seperti yang disebut dalam sidang medianya.

    “Saya sukakan negara ini. Peminat di sini membuatkan saya berasa terharu. Saya mulanya bimbang kalau-kalau kunjungan saya di sini disambut dingin, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

    “Saya berjanji untuk kembali ke Malaysia dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert saya awal tahun depan,” katanya meninggalkan dewan selepas kira-kira 60 minit melayani peminat.

    Sesi itu turut dimanfaatkan Hyun Joong untuk menceritakan keunikan album solonya, Break Down yang tidak hanya menggegarkan hati pendengar dengan alunan muzik tarian, tetapi setiap lagunya juga diterjemahkan ke muzik video.

    Hyun Joong juga tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi Malaysia jika mempunyai peluang dan artis yang digandingkan bersesuaian genre muziknya. Kita tunggu siapa calonnya.









    Semua lagu Hyun Joong dalam mini album beliau ni SH dah dengar dan memang superb lah !!
    ~Kalau korang kata tak superb tuh hak korang~

    Tak sabarnya nak tunggu abang SH ni datang Malaysia lagi !!
    Kompom SH akan pergi !!!
    Tak kira !!
    ~Sekali ada kuliah, hampeh !!~

    Yang penting, katanya Hyun Joong sudi bekerja sama dengan artis Malaysia...
    Siapa Calonnya???
    Kompom lah sapa lagi kalau bukan SH !!! ~SIla muntah di tempat lain jangan di beloG SH okies!!!~ 

    Bye-bye Hyun Joong !!

    Thanks with Love to: Harian METRO & http://korean-entertainment.spot4blog.com !!!!
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Syaitan Stroke

    2 LoVeR | 23/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,




    Renungan bersama :

    Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
    Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
    Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
    Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
    Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, 
    ia stroke...
    Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
    Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
     Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung".

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
    Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
    Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
    Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
    Sekadar berkongsi kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Biarkan ia pergi !

    0 LoVeR |

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Hampir dua bulan juga SH tak aktif dengan FACEBOOK !
    Tapi SH tak rasa apa-apa pun !
    Tak macam dulu, kalau tak on facebook sehari rasa macam apa je !
    Tapi sekarang , alhamdulillah berjaya muhasabah diri ini hehehe !

    Timbul persoalan sekarang
    Adakah SH akan terus menguburkan Facebook SH atau sebaliknya ?


    To Be Or Not To Be !!

    Thanks with Love to: uncle google
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    Irama : 1 2 3 ..... LaLaLaLa

    0 LoVeR | 21/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Kali ini SH nak bagi irama dari Incik Bruno Mars !
    Lagu ini special diberi kepada SH daripada my beloved Frens, Makcik Azuana !
    Sangat-sangat mendalam makna lagu ini !
    Thanks Azu kerana sudi menjadi tempat luahan hati SH :)
    Layan York!



    Bruno Mars - Count On Me Lyrics

    If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
    I'll sail the world to find you
    If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
    I'll be the light to guide you

    Find out what we're made of
    What we are called to help our friends in need

    You can count on me like 1 2 3
    I'll be there
    And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
    And you'll be there
    Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

    Wooooh, Wooooh
    That's what friends are supposed to do, oh yeah
    You can count on me cause I can count on you



    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Perempuan Tak Guna!

    2 LoVeR | 20/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Sekadar renungan :
    Baca dengan hati yang tenang dan dada yang lapang. Moga dibuka pintu hati yang kian tertutup, dihimpit anasir-anasir jahiliyah



    1. Perempuan tak guna kain nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.
    Kerana dia tahu kain seperti itu hanya layak untuk perempuan murahan sahaja.

    2. Perempuan tak guna minyak wangi yang baunya semerbak.Kerana dia ingat pesan Nabi SAW bahawa perempuan yang memakai wangian semerbak adalah seperti pelacur.

    3. Perempuan tak guna tudung tiga segi dan memakainya hingga menampakkan "perbukitan" pada badannya.Kerana dia tahu apabila dia bertudung, dia perlu MENUTUP ALUR LEHER dan TIDAK MENAMPAKKAN BENTUK DI BAHAGIAN DADANYA.

    4. Perempuan tak guna alat make-up untuk menyerlahkan lagi kejelitaannya kecuali di hadapan suaminya.Kerana kecantikkannya hanya untuk SUAMINYA sahaja.

    5. Perempuan tak guna tudung yang nipis seperti nipisnya jala untuk menangkap haiwan akuatik.Kerana tudung seperti itu hanya akan menampakkan mahkota berharga miliknya yang tidak patut ditunjukkan kepada orang lain.

    Wallahua'lam bissawab..moga SH, anda dan kita semua mendapat iktibar..
    ...Segala yang baik itu datang dari ALLAH, dan segala kekurangan juga datang dari ALLAH yang disandarkan kepada diri saya. ALLAH itu Maha Sempurna...



    Thanks with Love to: http://menujujalanmujahadah.blogspot.com/
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    BEN ASHAARI nak BLOG dengan SEGERA

    0 LoVeR |

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,





    Thanks with Love to:  Ben Ashaari
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Segalanya Berakhir disini!

    4 LoVeR |

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Okies, siyesly.. memang "agak" mengalir air mata pagi-pagi buta ni !
    Bukan sebab apa pun, tengok cerita Korea aja pun !
    Tuh pun nak mengalir air mata bagai!
    Haha Sayuri Hana Sayuri Hana!
    Come on Gurlz!
     Tamat sudah episode akhir Heartstrings !
    Adoigila kencang gak SH nonton citer ni !
    Bila dah habis ni, nak tengok cerita apa plak pasni ekk!

    Tak nak cakap banyak, review jer episode akhir ni !
    Gambar memang kurang enak dilihat sebab Sh printscreen jer dari GOM Player !
    hehehe !

    Sangat-sangat cute !

    Lee Sin mengalami keretakan di pergelangan tangan !

    Minta putus sebab tak nak Gyu Won risau pasal dy then tak jadi g UK !!
    Kalau SH kena macam ni, fuhh merana beb!

    Sian Gyu Won T_T

    Haty masih sayang ! 

    Walaupun Gyu Won dah balik dari UK , Lee Sin ni tetap nak  sorokkan cintanya !
    SH dapat orang cam ni memang kena lempang laju-laju jer hehehe !

    Afta Gyu Won tahu cerita sebenar !!
    Pertemuan sekali itu.......

    Saranghaeyo !!!

    (,")",)

    Director ni hensem gak kan hahaha!

    Watak paling kelakar !! Geram je tengok dy berlakon ! Then kuat makan ! hehe
    Jadi, malas nak cakap banyak.. 
    Sapa yang minat Korea n belum tengok cerita ni.. dipersilakan tengok !
    *** Bape kali nak ulang ekkk nonton citer ni hahaha ***



    Thanks with Love to: Fanatik Korean !
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Suratan @ Kebetulan

    2 LoVeR | 19/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Hari ini SH very-very happy !
    Akhirnya sahabat yang dah lama SH cari jumpa juga ! [ Lama ker baru 3bulan hilang hehehe! ]
    Cik Jemah @ Nor Azmah Ramli ..
    SH dah penat call dy n cari Fb dy , tapi tak dapat !
    Mana lah Cik Jemah pergi???
    Rupanya.......
    Rilek Cik Jemah, SH ade untuk Cik Jemah ok hehehe!



    Nak kenal Cik Jemah ---> SINI

    Kenangan terindah bersama Cik Jemah !
    Walaupun SH kenal dyer ni masa Lower 6th , tapi kitaorang boleh kamceng !
    Banyak persamaan antara dy ngan SH hehe !
    Really miss you lah Cik Jemah !
    Hope sangat Raya t dapat jumpa okies!
    & really hope Cik Fidah pun akan ada sama nanty !

    okies, berkenaan hal lain yang berlaku hari ini !
    Opps bukan cerita Kim Hyun Joong lagi k!
    SH tahu korang pun bosan kan asyik Hyun Joong jer !
    Hello BeloG SH suka haty SH lah hahah !


    Ha nampak gambar kat atas ni !!
    Sangat tidak adil!
    Mencik sungguh sama Mista Gulied !
    Sengaja nak tayang hamper kan , boleh mms kat SH pula tuh !
    SH TAK JELES POWN !
    haa eh ni bukan rasuah diterima okies!
    Balai tempat Mista Gulied kerja ni bagi hamper hari raya pada staf-stafnya !
    So, Mista Gulied pun dapat jugalah !
    Dah tuh makan semua tuh sorang-sorang plak !
    Baru aja kejap tadi bagi mesej kat SH menjeleskan SH dy makan coklat Cadbury !!
    Dah lah kegemaran SH pulak tuh !
    Sabar SH !
    Saya tak kira Mista Gulied, awak kena pos juga coklat tuh kat saya !!!

    ~erkk tak masal hahaha ..~

    Thanks with Love to: Cik Jemah & Mista Gulied bg idea nak post apa malam ni hua3
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Air mata mengalir !

    2 LoVeR | 18/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Ngantok !!!
    Sangat-sangat ngantok !
    Tapi ada hati juga nak post entry ni !
    ~sambil pejam mata~






    Sangat-sangat tak sabar nak tunggu episod akhir Heartstrings !
    ~Kan dah habis hari ini SH ??~
    Memanglah, korang yang ada channel kat astro janganlah komen sini !
    SH ni ada astro tp byond ngak ada okies!
    Jadi nak tengok, kenalah download !
    Maka esoklah episod akhir Heartstrings akan di keluarkan !
    Sabar aja ni !


    Siyes, sangat-sangat comel okies si Lee Shin [Jung Yong Hwa] & Lee Kyu Won [Park Shin Hye]
    Very-very cool lah Lee Sin tuh !
    Kan bagus kalau Mista Gulied se'cool' Lee Sin !
    Okies, berangan lagi !
    Hidup ini bukan cerita Korea yerk SH !
    Hahaha !
    Dari drama You're beautiful lagi suka tengok dyorang berdua !
    Tapi tak seminat SH pada Kim Hyun joong lah !






    Kim Hyun Joong !
    Adoi, citer sal dyer lagi kat akhbar Metro hari ini !
    Merana hati SH ni tak dapat pergi hujung minggu ni !
    Kenapakah dyer buat pada bulan ini !
    Cuba tunggu SH balik TM baru buat !
    sedih sangat-sangat!
    Kawan-kawan yang pergi jumpa Hyun Joong nanty kongsi-kongsilah gambar dengan SH yerk hehehe !




    Nak balik kerja tadi , jumpa senior satu sekolah dan asrama dulu !
    Siyes rindu gila kat dy!
    Dah lama lost contact !
    jUmpa juga kembali !
    Dengan dyer lah dulu SH bekerjasama menjaga adeq2 di asrama !
    Dia ibarat api, SH ibarat air...Cewah 
    Tetiba teringat detik-detik berpuasa di asrama !
    Sangat-sangat manis !


    Lelaki yang pakaicap,itulah abah yang menjadi abah pada kami semasa di asrama dulu
    *** Gambar tahun 2010, dari album junior2***




    Nanti-nantilah cerita .. nak  tengok Heartstring ep 14..baru selesai Download !


    To cik Zqa : Drama Dream High & Heartstrings ni kompom boleh ambil sebelum mula sem baru nanty (^.^)


    Thanks with Love to: Metro...Wikipedia...
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    Segmen :Teka..Teka & Teka !

    2 LoVeR |

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Salam Satu Malaysia !
    Tak sangka dah nak raya ek !!
    Masing-masing sibuk wat kuih raya termasuklah SH !
    ~SH buat ker kuih raya ?~
    Helllo tengok tangan dan jari okies!
    Da siap tiga kuih tahu !

    Okies bercakap mengenai kuih raya ni , SH telah ditawarkan menyertai satu contest ini oleh Cik Nanad !

    Tak nampak pandai2korang pakai kanta pembesar!
    Ha Orang kata jemputan tuan rumah tak baik ditolak !
    Jadi dengan senang hatinya SH pun menyertai contest ini !
    Okies, apa yang perlu SH buat adalah meneka jumlah Kuih tart yang ada di dalam bekas di bawah ini !

    Klik untuk sertai contest !
    Okies, beralih pada syarat-syarat untuk join pula .. Ada beberapa syarat yang perlu diikuti :

    1.Follow Blog Aku .. Eh silap pula.. Follow blog Cik Nanad ! [LINK]
    Kalau korang nak follow blog SH pun apa salahnya heheh !  Okey, done follow you Cik Nanad!!

    2.Buat satu entry bertajuk : Segmen: Teka teka & teka  bukti korang join contest ini !
    Okies, Dah buat pun entry ni !! Yang korang baca ni apa 


    3.Korang kene copy mane2 gamba atas ni..pilih antara satu dan lekat kat entry tu dan gamba tersebut berlink ke blog Cik Nanad ni !
                                  SH dah buat pun !!
    4.Cik Nanad suruh mendoakan dyer dapat menguruskan badan sebelum raya !!
    Erm, Cik Nanad..SH tengok cik Nanad dah okies lah macam ni ! tapi mungkin Cik Nanad nak turun ke berat yang lebih ideal maka SH dengan ini mendoakan semoga Cik Nanad mencapai impian untuk menguruskan badan sebelum raya ini ! Amin...


    5.Masa yang ditunggu-tunggu..Jawapan bagi teka teka & teka diatas ialah :
    1 BALANG KUIH = 51 BIJI........51 X 10BALANG = 510 BIJI ! Ini adalah jawapan SH iaitu 510 biji kuih tart !
    SH nak tag kawan-kawan SH iaitu :
    1. Zeeqa Ajie
    2. Ain Farhain
    3.Azura
    4. Diode 

    Nak tahu hadiahnya apa..bolehlah menjengah blog Cik Nanad !

    Thanks with Love to: Cik Nanad !
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Kembali ke zaman lalu !

    0 LoVeR |

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,



    Eh muka sapa ni???
    Muka korang ek??
    Hehe Tak baik marah-marah bulan puasa ni !

    Okies, macam ni lah !
    ini sebenarnya Kad Raya daripada Mak Cik Huda Herminy !
    Wahh SH pun tak sangka dapat kad raya ni !
    Dah lama tak dapat, last dapat pun Mista Gulied bagi 4tahun lepas hehe [okies memang bohong !!! Masa upper sixth adalah juga dapat !]

    Mulanya SH ingat kad ni dari Mak Cik Odah !
    Sebab Odah je beriya minta alamat umah ni !
    Bila tengok nama, alahai terkejut mak nak !

    Apa-apa pun terima kasih daun keladi kepada Hudha Herminy atas pemberian Kad Raya ni !
    Rasa macam dulu-dulu dah !
    Insyaallah SH akan balas secepat mungkin !



    Thanks with Love to: Hudha herminy
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Membazir amalan syaitan !

    0 LoVeR |

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    1st sekali SH nak ucapkan gamsahabnida , thank you pada Wan Hazel atas tutorial meletakkan shoutbox di header macam yang SH buat sekarang hehe !
    Okies, tak payah cakap pape !
    SH tahu memang tak lawa !
    SH ni tangan tak kreatif.. realiti !!!
    hehe!


    Hari ni SH telah melakukan pembaziran wang !
    SH tolonglah kenapa suka membazir ni !
    Ceritanya begini......
    Macam biasa sebelum pergi kerja, SH akan membeli akhbar !
    Disebabkan kedai yang selalu menjadi tempat pembelian SH telah kehabisan akhbar Metro !
    SH pun beralih arah ke kedai lagi satu yang tidak jauh dari kedai tersebut !


    HELLO!
    SH bukan sengaja nak curang dengan kedai tuh k!
    Sapa suh habis cepat sangat hari ini !


    Okies !
    Setelah mendapat akhbar yang diinginkan
    SH pun membayar dan ingin memulakan langkah keluar dari kedai itu !
    Tetiba SH terpaling ke sebelah kiri dan ternampak satu majalah "epop" ini !


    Yang peliknya, selalu SH tak pernah ambil port pun tentang majalah ini !
    tetapi..
    Hari ini tetiba SH nak mengangkat majalah tersebut dari rak nya !
    Dan....
    Cover depan majalah tersebut adalah ........



    Haa dah tahu sapa kan !
    Jadi apa lagi yang berlaku !!
    SH pun terus bayar lah majalah tersebut !
    Sebab minat kat Hyun Joong, sanggup tuh beli ..
    PADAHAL cerita tentang Hyun Joong ni alahai... dua muka surat ja !!


    Okies !
    SH tahu memang tak patut kan !
    Memang nyesal pun beli hahaha!
    Padahal kalau search kat uncle Google je dapat juga cerita yang sama ni !
    Huh !


    Selain cerita tentang Hyung Joong, terdapat gak cerita tentang Min Ho & 2PM !





    20 / 21 hb ni Hyun Joong datang Malaysia !
    Memang tak lah nak pergi kan tyme2 puasa cam ni huhuhu !

    Thanks with Love to: -
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    << OLDER
    NEWER >>