? Old Memory ?

» July 2011
» August 2011
» September 2011
» October 2011
» November 2011
» December 2011
» January 2012
» February 2012
» March 2012
» April 2012
» May 2012
» June 2012
» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» July 2013
» September 2013
» October 2013
» November 2013


? Entry ?

  • Epilog : Menghitung hari-hari terakhir
  • EpiloG : Salam 1435 Hijrah
  • EpiloG : Perantauan di Aidiladha 2013
  • SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST
  • Giveaway : First Giveaway By Atiqah Jaidin & Arrie...
  • Segmen : Apple Mints mencari Bloglist Part 2
  • EpiloG : November Menjelma !
  • EpilOG : wELCOME HOME oCTOBER
  • epiloG : Life as a Teacher
  • epiloG:Cikgu Nurul ~teacher to be~!


  • ? Credit ?

    ©2013 Inspired By Twitter .
    A round applause for;
    This code 90.9% by Ohmyungshoe .
    Service and Terms are from her .
    The helper and some basecodes are from HER .
    Some Code in this Template was edited by Me.
    This blog looks hot in Google Chrome.
    Please do not view my page source.
    Ask me if you need any codes :Sayuri Hana
    Empowered by Blogger
    epiloG : Newsemester with new spirit???

    0 LoVeR | 22/02/2013





    Semester baru dah seminggu bermula..
    Semester ni banyak kelas mula jam 8 pagi..
    So daripada semester dulu suka jadi burung hantu, semester ni jam 12 je dah mula ngantuk.. sebab utama tak lena tido malam..huhu..

    Newsemester ni juga banyak subjek hard yang perlu dihadapi..
    Robotik dan Final projek..
    Dua subjek ni sangat mencabar akal SH kot...
    Susah juga nak fikir buat robot apa dan sistem apa..
    Rasanya minggu pertama je dah pecah kepala fikir idea...







    EpiloG : Hari Terakhir...Bercuti!

    0 LoVeR | 12/02/2013




    12 febuari 2013...
    2.38 pagi...
    Jam 10 pagi nanti dah nak bertolak ke KL...
    DIsebabkan along dah stay Ampang, Jadi lepas ni Sh lebih kerap ke Ampang lah...
    Ni pun follow dy balik Ampang sebab nak jimatkan duit tiket bas...
    Tak payah susah-susah nak cari tiket lagi ke Tanjung Malim..
    Alhamdulillah...
    Tak payah susahkan ibu lagi...
    Lepas ni susahkan along pulak..
    hehehe

    Hampir sebulan berada kat rumah...
    Aktiviti wajib setiap hari..
    Pagi2 teman ibu ke dataran, joging katanya...
    selama teman ibu ni, dapatlah juga SH menyihatkan tubuh badan.. (nak kurus katanya)
    Lepas bersenam, akan terus menuju ke pasar untuk beli barang2 makanan basah...
    Iyelah sejak ibu dah pencen ni, senang lah sikit dy nak ke pasar..
    kalau tak selalu beli stok untuk seminggu je...
    Tapi kalau masak pun, untuk ayah dan adik2 je..
    SH ngan akak2 dah stay jauh2...


    Perkara best masa cuti ni bila ibu tanya nak masak apa nanti...
    Haha cakap je apa yang teringin nak di makan, akan disediakan...
    Bak kata ibu, SH masak untuk sarapan, ibu masak untuk launch...
    Tapi kebanyakan breakfast beli kat luar hehehe....


    Ermm walaupun ibu sediakan apa nak makan,
    Sebulan di rumah ni, SH berjaya mengawal cara pemakanan...
    SH selalunya akan makan sarapan, dan makan petang (dalam jam 6) macam tuh...
    Makan tengah hari memang tak disentuh...
    Nanti dah balik UPSI macam mana lah....
    Makan mesti tak tentu arah....
    Malam2 lapo je kejenya...
    Aiyark, tak boleh jadi ni....
    Kena kawal!!!


    Aktiviti malam SH disajikan dengan drama2 dan movie korea...
    Hehe...
    Hantu betul kan....
    Tapi banyak lagi drama korea yang tak sempat nak habiskan..



    Lepas ni bila lah masa free lagi nak tonton...
    Dah sibuk dengan final projek dan mikroteaching!!



    Alamak mikroteaching....
    Dalam kelas pertama dulu tak pernah dapat mengajar sorang2...
    Habislah lepas ni..
    Dah lah SH ade penyakit ni...
    Mintak2 semuanya berjalan dengan lancar nanti...


    Ha nak dikira2 dah lebih 3bulan kot Super Junior Leeteuk menjalankan kewajiban dy sebagai warganegara Korea...
    Tapi Leeteuk tetap dihati hahaha...
    Tapi rasa2 sekarang ni macam dah nak terminat lebih kat Kwon Ji Yong lah (G-Dragon)
    Asyik tonton lagu2 bigbang je sejak leeteuk pergi ni..
    Hadoi hahahha...



    Labels:



    EpiloG : Eh menang??? Thanks Husna Humairah!

    2 LoVeR | 07/02/2013






    Hari tuh ade join segmen



    Hari ini senarai pemenang telah diumumkan...
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |

    Alhamdulillah, entry SH menjadi pilihan oleh Adeq Husna.

    Komen Adeq Husna

    Saya pilih BLOG 1 sebab entry dia MANTAP ! Penuh dengan informasi tentang IPT dia. Lagipun, mana tahu saya dapat jejak kat situ. Nampak macam best! Hehehe XD

    Terima kasih deq. 
    Sejujurnya bila jengah-jengah entry peserta lain,
    entry SH macam tak de harapan je hehe..




    Lastly,

    Good Luck untuk Husna, semoga berjaya mendapat universiti pilihan.
    Kalau dapat UPSI , roger2 lah akak ,
    mana tahu boleh lepak bersama2 hehe..

    Thanks.



    Labels: , ,



    EpiloG : Dean's List...Macam Mimpi!!

    3 LoVeR | 06/02/2013






    Kejap je dah nak masuk semester 6..
    Rasa takut pun ada...
    Semester depan dah sibuk dengan Tajuk final projek...
    Letc dah komen2 kat FB suh siap sedia dengan tajuk nak buat...
    Hadoi..No idea tak terfikir lagi ni..
    Nak buat sistem bukannya mudah..
    Pecah otak macam ni...

    Usaha...usaha...usaha...

    Bila fikir subjek2 yang akan dihadapi semester depan, rasa takut untuk exam..
    adakah kecemerlangan semester lalu akan dapat di kekalkan..
    Wooo sebenarnya, ni pertama kali Sh dapat SENARAI DEKAN...
    Siyesly first time dalam lima semester ni..

    woo ingat senang ke nak dapat Dean's List ni...
    Bak kata Pensyarah dari Kos Sains Sukan...

    "Budak IT ni lau dapat C pun dah macam dapat B"

    Memang betul...
    Kos kami ni bagi yang tak power, yang bukan pilihan mereka awal2 dulu,
    Dapat C / Lulus pun dah bersyukur sangat-sangat..
    Bukan senang nak belajar programming ni.. :(

    So untuk pertama kali nya SH berjaya mendapat Dean's List setelah 4 semester berusaha.
    Mulanya macam tak caya juga..
    Dah siap suh Ibu yang tengok...
    Alhamdulillah, rezeki Allah turunkan.

    Sekarang target untuk kekalkan pointer je lah...
    Amin.



    Labels:



    Segmen: Ayu's Felt Craft

    3 LoVeR |





    #Klik Banner sehingga  16 Feb 2013


    Like page 

    Ayu's FELT CRAFT products


    #done!!

    & dah follow blog juga ^_^




    Labels:



    EpiloG: Dia, Kamu & Awak

    1 LoVeR |





    Dia...
    Aku pernah suka dia...
    Dia insan yang sangat menyenangkan...
    Dia yang paling memahami...
    Dia penawar duka yang aku alami...
    Bezanya Dia...
    Dia hanya mendiamkan diri...
    Dia hanya meluahkannya sekali...
    Dia tidak lagi berusaha bila sekali ditolak..
    Dia..... bagaikan biskut..
    Dia kejap ada..kemudian dia hilang...
    Dia tidak tetap dengan perasaanya..
    Dia.... Haruskah aku terus berharap pada dia???

    Kamu...
    Aku pernah admire dengan kamu....
    Kamu hadir pula dengan tiba-tiba....
    Kamu mengungkap hati yang sedang lara..
    Kamu memberi cahaya..
    Kamu memulakan sebuah perkenalan yang aku harapkan dulu...
    Bezanya Kamu...
    Kamu orangnya berterus terang...
    Kamu yakin dengan diri kamu...
    Kamu tidak malu untuk mengungkapkan diri kamu sebenarnya..
    Kamu terus berusaha untuk diterima...
    Kamu... Haruskah aku percaya pada kamu???

    Awak....
    Aku pernah memberi hati ini pada awak...
    Awak datang dengan penuh yakin untuk diletakkan dalam hati ini..
    Awak memberi nafas yang baru..
    Awak membuatkan saya lupa pada kisah silam...
    Awak mengharapkan ikatan ini menjadi ikatan yang suci...
    Bezanya Awak....
    Awak dah menunjukkan sikap-sikap awak pada saya..
    Awak .. cemburu orangnya..
    Awak tidak tetap dengan perasaan awak..
    Awak mudah mengalah bila timbul masalah...

    Tetapi...
    Antara Dia, Kamu dan Awak...
    Awak yang masih ada dalam hati ini...
    Sukar untuk membuang awak dari hati ini..
    Kenapa Harus begitu?
    Jika benar awak diciptakan untuk saya, Aku redha dengan takdirMu Ya Allah..
    Jika Awak bukan untuk saya, hilangkan rasa sakit di hati dengan memberikan kebahagiaan kepada diri aku Ya Allah.
    Amin...

    #Tengah pagi ni jiwang2 plak!

    Labels: ,



    EpiloG : Freebies untuk anda :)

    0 LoVeR | 05/02/2013




    Elok-elok tengok Setia Hujung Nyawa, ada plak mood nak wat freebies ni...

    nak dapatkan Freebies Fly To Top version .gif??

    contoh macam kat beloG SH n dibawah ini??





    Jom Fly ke sini untuk dapatkan freebies ---->

    http://epilogueforstudy.blogspot.com/2013/02/freebies-fly-to-top-bigbang-g-dragon.html



    Labels: ,



    EpiloG : Hadiah bagi Usaha Keras!

    1 LoVeR |




    Setelah 6 bulan menjalani semester 5 dengan pelbagai onak duri dan liku.
    Dengan penyakit baru yang dihadapi.
    Dengan kerenah hati dan perasaan.
    Dengan rajuk hati.
    Dengan dan segala dengannya lah.......
    Akhirnya hari ini Result Exam telah keluar!
    Inilah hadiah bagi hasil usaha SH selama 6 bulan...



    Alhamdulillah..Thanks for you blessing that Allah has given to me.
    To be honest, this is the best felling for that I waited!
    Setelah berjam menunggu keputusan result exam keluar, akhirnya dapat panggilan bahawa result telah pun dikeluarkan.
    Wah dug dap dug dap jantung ni...
    I continued to take my lappy and online.... I sign the My Portal and enter my matrik number also password!
    I'm find and search the exam result! I see it and I klik!

    The first thing I view after I klik it is my killer subject Object Oriented Programming (OOP)
    but..... Alhamdulillah! I did it! I make it! I really did it succesfully!


    I had kill that killer paper!
    Hoorayyy!!!
    Thanks Dr. Modi!


    Ouh dan alhamdulillah juga, pointer sangat meningkat semester lalu.
    Boleh dikatakan result yang tak dijangka oleh SH!
    Harapan sekarang, semester depan lebih baik dari sebelum ini.
    Strugle lebih lagi lah!
    Amin!

    #nak nuntut hadiah dari Mr. Garfield, then dy cakap Samsung Galaxy Advance tuh bukan hadiah ke!Amboi!!!!



    Labels:



    Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar

    3 LoVeR |




    #Klik Banner Untuk Join segmen sehingga 28 Febuari 2013#

    Lagu Pilihan :

    Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman

    Alasan :

    Pernah kehilangan sahabat.
    Dan lagu ini sentiasa mengingatkan pada sahabat yang telah pergi.
    Kehilangan sahabat sangat menyedihkan ,
     namun sentiasa berdoa arwah ditempatka di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman...


    Hayati Liriknya :)

    Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
    Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
    Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
    Kau sahabatku kau teman sejati
    Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
    Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
    Memori indah kita bersama terus bersemadi
    Kau sahabatku kau teman sejati
    Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
    Di saat kau masih diperlukan
    Tuhan lebih menyayangi dirimu
    Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
    ( korus )
    Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
    Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
    Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
    Walau ku tahu kau tiada di sisi
    Perjuangan kita masih jauh beribu batu
    Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
    Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
    Bagai semalam kau bersama kami
    ( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
    Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
    Moga di sana kau bersama para solehin
    Ku sahabatku kau teman sejati



    Tag :

              Azu





    Labels:



    SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

    12 LoVeR | 03/02/2013




    **Update : Segmen berakhir pada 7 Feb 2013 jam 12 tengah malam :)

    #Klik Banner join segmen#



    Alhamdulillah, berjaya menjadi salah seorang mahasiswi 

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
     

    dan berada dalan tahun ke-3, naik bulan febuari nanti akan menjejakkan kaki di semester 6....


     Sepintas Lalu

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting  dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Sebelum ini, UPSI lebih dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) kemudian ditukat nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) . Apabila MPSI dinaik taraf menjadi sebuah  institut, nama tersebut telah ditukar kepada Istitut Pergurusan Sultan Idris (IPSI). Nama UPSI ditukar setelah IPSI dinaik taraf sebagai sebuah universiti .

     Lokasi

    UPSI terletak di Tajong Malim,Perak bersempadan dengan Hulu Selangor. Pusat Bandaraya terdekat dengan UPSI adalah Kuala Lumpur yang mengambil masa 1 jam perjalanan menaiki kereta mahupun komuter. Manakala Ipoh pula mengambil masa 1 jam setengah jika menaiki kereta mahupun bas. Kebiasaannya mahasiswa/i UPSI lebih ramai keluar ke Kuala Lumpur kerana lebih dekat dan banyak tempat yang boleh mereka lewati.  Walaupun ramai yang cakap kawasan sekitar UPSI adalah pekan kecil dan tidak mempunyai pusat bandaraya, bagi SH lebih baik begitu kerana kurang masalah sosial yang berlaku :)


     Kampus

    UPSI kini telah memiliki dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil (KSAJ) yang terletak di Tanjong Malim . KSAJ menempatkan beberapa Dewan Kuliah (DK) dari DKA-DKN, Surau, Bangunan e-learning, Bangunan IPSI, Dewan SITC, Muzian Suluh Budiman, Padang, Gimnasium, Perpustakaan Tunku Bainun, Bangunan Bitarasiswa, Makmal Teknologi Maklumat, Tadahan selatan dan Utara (Bilik Tutorial) dan sebagainya. KSAJ merupakan kampus induk bagi UPSI .


    Kampus kedua UPSI ialah Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) yang terletak di Proton City. Jarak 8km dari KSAJ mengambil masa setengah jam perjalanan bagi pelajar dari KSAJ ke KSAS. Kampus Sultan Azlan Shah dengan rasminya beroperasi dengan menempatkan beberapa fakulti seperti Blok 1 - Blok 6 untuk Fakulti Sains & Matematik, Blok 7 - Blok 9 untuk Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Blok 10 untuk Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Dewan Kuliah Berpusat, Dewan Besar dan Panggung Percubaan, Kafetaria,  Balai Pengawal dan Pos Pengawal, Pusat Pelajar, Pusat Komputer, Surau dan Pusat Islam.

     Program ditawarkan dan cara Kemasukan pelajar

    UPSI menawarkan :
    # Program Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah  (http://ips.upsi.edu.my/)
    # Program Pelajar Antarabangsa  ( http://www.upsi.edu.my/ms/kemasukan/pelajar-antarabangsa )
    # Program PPG - PJJ ( http://pjj.upsi.edu.my/ )
    dan terbaru UPSI tela mula menawarkan Program Diploma kepada pelajar lepasan SPM.

     Hostel

    Ada 4 buah hostel utama di UPSI. Hostel ni lebih dikenali dengan nama KUO, KHAR, KZ dan KAB.
    KUO ( Kolej Ungku Omar )
    KHAR (Kolej Harun Aminurrasyid )
    KZ ( Kolej Za'ba )
    KAB ( Kolej Aminuddin Baki )
    bagi pelajar yang duduk di luar kolej, kepentingan mereka di bawah Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK)

     Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat

    SH telah di tawarkan mengikuti program IT . Masa mula-mula ditawarkan macam blur jugaklah sebab ini bukan pilihan SH. Masuk semester pertama, perut memang kecut giler, yelah tak pernah tahu apa benda alah ni kan. Tapi Alhamdulillah, pensyarah semua bagi sokongan yang baik. Kebanyakan mereka tahu kursus yang ditawarkan ni bukan pilihan kami. Jadi kami diajar dari asas sehingga kami paham. Ouh ye yang paling kecut, kami kena buat program berdasarkan coding (programming) .. adalah guna bahasa2 programming ni kan. SH memang takutlah sebab tak tahu apa-apa.. masa STPM pun amik ekonomi, bukan sains komputer. Tapi alhamdulillah, rupanya subjek tuh lah kekuatan SH sekarang. Dari semester satu subjek kami banyak berdasarkan programming, walaupun nama subjek lain-lain tapi unsur dia satu, PROGRAMMING.
    Last year SH belajar Object Oriented Programming (OOP) .  Kalau nak diikutkan semua subjek Programming yang kami belajar adalah subjek killer bagi kami. Kalau sekali tak paham, agak susah nak score dalam exam... 

    #Contoh  Bahasa Programming#


    #Muzium Suluh Budiman di KSAJ#


    #Kampus Sultan Azlan Shah#


    #Kenangan Minggu Orentasi #

    - bersama abang dan kakak RSK-

    -Bersama ahli kumpulan- 



    #Tekno Gang kemasukan Julai 2010/2011#



    Dekan FSKIK


    Ok tarikh tutup segmen 23 Febuari 2013.



    Labels:



    << OLDER
    NEWER >>