? Old Memory ?

» July 2011
» August 2011
» September 2011
» October 2011
» November 2011
» December 2011
» January 2012
» February 2012
» March 2012
» April 2012
» May 2012
» June 2012
» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» July 2013
» September 2013
» October 2013
» November 2013


? Entry ?

  • Epilog : Menghitung hari-hari terakhir
  • EpiloG : Salam 1435 Hijrah
  • EpiloG : Perantauan di Aidiladha 2013
  • SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST
  • Giveaway : First Giveaway By Atiqah Jaidin & Arrie...
  • Segmen : Apple Mints mencari Bloglist Part 2
  • EpiloG : November Menjelma !
  • EpilOG : wELCOME HOME oCTOBER
  • epiloG : Life as a Teacher
  • epiloG:Cikgu Nurul ~teacher to be~!


  • ? Credit ?

    ©2013 Inspired By Twitter .
    A round applause for;
    This code 90.9% by Ohmyungshoe .
    Service and Terms are from her .
    The helper and some basecodes are from HER .
    Some Code in this Template was edited by Me.
    This blog looks hot in Google Chrome.
    Please do not view my page source.
    Ask me if you need any codes :Sayuri Hana
    Empowered by Blogger
    epiloG:Cikgu Nurul ~teacher to be~!

    0 LoVeR | 26/07/2013




    Alhamdulillah... selamat bergelar guru praktikal selama 2 minggu.
    SH menjalani Latihan Mengajar (LM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah Nibon Tebal.
    Jauh sungguh SH merantau.
    Mulanya memang agak gemuruh, takut dan segala macam ada dalam diri ini.
    Namun setelah berjumpa dengan pengetua dan Penolong Kanan 1, semuanya sangat Indah dirasa.

    Pelajar di sini juga mesra dan boleh dibawa berkawan huhu.
    SH mengajar matapelajaran ICTL dan Perdagangan form 4.
    First day mendaftarkan diri, SH dah terima 3 buah kelas untuk di relief.
    Antara kelas tersebut  adalah kelas tingkatan 5.
    Sampai sekarang pelajar tingkatan 5 kalau jumpa SH melambai-lambai kat SH
    Malu juga dengan guru-guru lama.
    Tapi begitu rasanya bila diterima oleh pelajar disini.

    First time masuk kelas SH ajar adalah Tingkatan 2. Oh ye, SH mengajar 3 kelas tingkatan 2 , 1 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas tingkatan 4.
    Untuk minggu pertama pelajar tingkatan 2 masih tak berapa ngan dengan SH.
    Pelajar tingkatan 4 pula, ermmm lagi tinggi dari SH.
    Kebanyakkan mereka ni lelaki.
    Korang taulah susahnya nak mengawal lelaki.
    Masuk je kelas tingkatan 4 SH dah tekankan pada mereka tentang prinsip SH
    "AWAK BOLEH BERGURAU DENGAN SAYA, AWAK BOLEH HAPPY2 DENGAN SAYA, TAPI JANGAN BUAT SAYA MARAH"
    Alhamdulillah sehingg minggu kedua ini, mereka pegang prinsip SH walaupun kelas ketiga bersama mereka, mereka telah membuatkan SH sedikit marah.
    heheh muka SH ni tak boleh nak marah lama-lama.
    oh susah.

    Tapi sekarang SH dah boleh tarik minat pelajar f4 ni dengan kuiz yang SH jalankan.
    Mereka asyik sebut mengenai kuiz tersebut.
    Alhamdulillah.
    penerimaan mereka terhadap SH juga semakin baik.
    Inilah yang terjadi jika seorang guru tu boleh menjadi kawan mereka, bukan hanya mengajar tapi boleh mendengar cerita mereka.
    SH cuba jadi guru begitu.

    Semua pelajar f2 pula, semakin manja dengan SH.
    Pantang jumpa, mula panggil SH. Kadang2 lalu depan kelas mereka, mereka menjerit panggil SH. Padahal ada guru dalam kelas tu.
    Segan juga SH ni.
    Apa pula kata guru lama kan.
    Untuk pelahar f2 dan f1 SH tak tekankan prinsip SH pada mereka, sebab mereka ni dah sebaya dengan adik SH, jadi insyaallah SH boleh kawal mereka dengan berperanan sebagai seorang kakak kepada mereka juga huhu.

    Untuk minggu ketiga sebagai guru praktikal, kita nantikan sahaja.

    Labels:



    Epilog : Result Semester 6

    0 LoVeR | 05/07/2013




    Alhamdulillah..
    Sekali lagi pada semester ini SH berjaya mendapatkan senarai dekan.
    Thanks To Allah atas segala rezeki yang diberikan.

    Berakhir sudah semester 6.
    Melangkah ke alam praktikal.
    Alhamdulillah SMK Saujana Indah Nibong Tebal sudi menerima diri yang kecil ini.
    Disaat ramai sahabat yang susah payah mencari sekolah lain akibat ditolak permohonannya, SH bersyukur SH tak mengalami keadaan tersebut.

    Bakal bertukar pangkat ke GURU PRAKTIKAL pada 15 Julai 2013

    Labels:



    Epilog : Setia BersamaMu Johor!

    0 LoVeR | 02/07/2013





    Semua mesti dah tau, Piala FA dimenangi oleh pasukan The Red Warrior.
    Tahniah TRW kerana berjaya mempertahankan piala tersebut.
    SH tak nafikan hak kemenangan pasukan Kelantan.
    SH agak kecewa juga masa pertama perlawanan , pasukan Johor seakan-akan hilang arah tuju dalam perlawanan.
    Safee Sali pun di keluarkan pada minit awal-awal permainan lagi.
    Lagi kecewa bila permainan Nunez pun seakan - akan kurang menyerlah.
    Bertambah kecewa bila Gol yang di sumbat oleh Mat Yo tidak diterima, dan menjadikan Johor kekal 0.
    Inilah adat permainan. Kalau ada yang menang pasti ada yang kalah.
    Takkan dua-dua nak menang.


    SH bangga dengan Johor Darul Takzim walaupun kalah.
    JDT merupakan pasukan yang baru nak naik, tapi mereka berjaya pijak ke Final Piala FA.
    Walaupun ramai yang mengeluarkan kata-kata tidak enak didengar untuk JDT dan Penyokong JDT, tapi SH bangga sebab penyokong JDT tetap bersemangat memberikan JDT harapan walaupun kabur.
    Kalau korang yang menonton sepanjang perlawanan, korang akan dapat lihat barisan penyokong Johor yang padat dan gelombong biru merah beraksi di SNBJ malam tersebut.
    Memang tabik spring lah.
    Khabarnya 200 buah bas dari seluruh daerah dalam negeri Johor hadir memberi semangat.
    Termasuk kakak SH.
    Ruginya SH tak pergi.
    Mesti meriah kat sana.
    sepanjang perlawanan boleh dengar lagu semangat penyokong Johor untuk pemain Johor.
    Kalau peka lagi, di minit-minit terakhir perlawanan pun penyokong Johor tetap bersemangat menyanyikan lagu untuk memberi semangat kepada pemain Johor walaupun dah ketinggalan 1-0/

    Versi lagu semangat 1:
    Hidup Mati Johor 

    Luaskan Kuasamu
    Oh Johorku
    Hancurkan Semua Musuhmu Pahlawanku
    Setia Bersamamu Johor
    Merah Biru
    Hidup Mati Johor
    La la la la la la la la la la la la la la la la la la
    Hidup Mati Johor

    Ada juga versi lagu ni :

    bangun semua penyokong..
    satukan hatimu...
    tinggikan sorakkanmu...
    demi johor....oooo
    demi johor...oooo
    demi johor..oooo



    Ada yang kata fans JDT ni jakun, ye la tak pernah dapat sokong permainan bola untuk Negeri sendiri.
    Tak kisahlah nak kata apa pun, ini membuktikan semangat tamadun penyokong Johor.
    Penyokong JDT bersatu hati menghafal lagu yang dipopularkan dulu oleh B.O.S untuk menyokong bola sepak Harimau Selatan.
    Bak kata satu page TRW ni..:



    Ha nampak tak pujian tuh.
    Lagi satu Penyokong JDT sedaya upaya untuk melebarkan ombak merah biru pada malam final tersebut.


    Hasilnya :



    Kata-kata dari penyokong TRW :


    Agak kecewa bila usaha yang dilakukan fans JDT pada malam tersebut , tapi Fans TRW yang dapat nama.
    Bak kata Akhbar ini .:


    Padahal, ini sebenarnya yang berlaku:


    Lepas Perlawanan berakhir, SH sempat lah fb walking dan twitter walking kan.
    Ada jugalah terbaca hinaan2 dari fans TRW kepada JDT .
    Paling SH tertusuk sembilu dihati bila sahabat dari satu course pun ada menghina JDT.
    SH nak update status masa perlawanan pun SH terfikirkan akan dibaca oleh mereka-mereka.
    SH jaga hati orang kelantan, tapi sebaliknya.
    Tak apa lah.
    Kadang-kadang manusia ni alpa, kan?

    Apapun, Fandi Ahmad dah buat yang terbaik untuk pasukan bola sepak Harimau selatan.
    TMJ juga dah beri yang terbaik untuk JDT.


    P/S: TMJ kata hadiah SUV untuk pemain JDT kalau menang, tapi tak menang.
    Apa kata bagi SUV kat penjaga Gol JDT, Al-Hafiz.
    Man Of The Match final Piala FA.
    Tabik Hormat kat beliau sebab permainan beliau yang mantap!




    "Jgn brsorak ketika menang, kalau tak mampu bersorak ketika kalah.." - TMJ

    Labels:



    << OLDER
    NEWER >>