Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Setiap daripada kita SH percaya akan ada nama panggilan masing-masing kan ? SH sendiri mempunyai nama panggilan sendiri ! Setakat ini since kecil hingga kini, cuma ada 3 sahaja nama panggilan SH ! 1.ANA Panggilan Ana sudah semestinya diberikan oleh family SH . Sejak kecil lagi nama ini sudah sebati dalam dunia SH ! Ibu, Ayah, kakak & adik akan panggil SH dengan nama ini.. Begitu juga dengan family sebelah ibu SH. Tapi nama panggilan ini agak susah juga buat SH kerana bila cousin SH pulang ke kampung, kami akan keliru siapa yang di panggil sebab nama panggilan dyer juga "ANA" ! Di UPSI pun SH dah keliru kalau membe panggil sorang lagi rakan Techno SH , Darliana.. Nanti mulalah makcik tu bebel , "Dyer Ana, kaw Hana!!" :) 2. NANA Panggilan Nana biasanya digunakan di sebelah family ayah.! Kalau pulang ke sana je, nama ini akan kedengaran dikalangan mereka. Tiada kekeliruan kerana SH sorang jer dalam family sebelah ayah ada nama Nana :) Opps okies, hanya kalangan family sebelah ayah jer okies guna panggilan ini, korang jangan ngade-ngade nak panggil SH dengan nama ni .. 3.HANA Kenapa sekarang bertukar kepada Hana ? Hana ni ustaz sekolah SH yang memberinya ! Adalah satu insiden yang berlaku sehingga beliau memanggil SH dengan nama ni! Apa dia ?? Biarlah Rahsia Sejak dari itu SH menggunakan nama Hana sebagai panggilan SH ! Namun bagi kalangan sahabat yang sudah lama mengenali SH, mereka memang dah panggil Ana ! 4.SAYURI HANA Lah, mana pula datangnya nama ni ? Hehe.. Ramai gak yang tanya SH kenapa nama Sayuri ?? SH sendiri tak tahu nak jawab macam mana ! Sayuri..apa maksudnya ekk ?? Sebenarnya SH dapat nama ni setelah SH menggunakan application di FB ! App tu menukarkan nama kita kepada bahasa yang kita nak [tak pasti sekarang ada lagi tak] Dah 3 tahun SH guna nama ni di FB SH ! Bila SH tukar nama Hana kepada Korean language, maka lahirlah satu nama iaitu "Sayuri" SH pun tak tahu betul ke tidak app tu ! Tapi nama tu agak sedap juga bunyinya ~perasan~ Jadi SH pun terus menggunakannya di laman sosial SH ! Selain itu, nama Sayuri ni pun orang senang ingat SH ! Oit bukan omongan kosong okies !! Rasanya setakat ini saje lah gelaran yang ada pada SH ! Thanks with Love to: My self :) EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |