Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Sekadar renungan : Baca dengan hati yang tenang dan dada yang lapang. Moga dibuka pintu hati yang kian tertutup, dihimpit anasir-anasir jahiliyah 1. Perempuan tak guna kain nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. 2. Perempuan tak guna minyak wangi yang baunya semerbak.Kerana dia ingat pesan Nabi SAW bahawa perempuan yang memakai wangian semerbak adalah seperti pelacur. 3. Perempuan tak guna tudung tiga segi dan memakainya hingga menampakkan "perbukitan" pada badannya.Kerana dia tahu apabila dia bertudung, dia perlu MENUTUP ALUR LEHER dan TIDAK MENAMPAKKAN BENTUK DI BAHAGIAN DADANYA. 4. Perempuan tak guna alat make-up untuk menyerlahkan lagi kejelitaannya kecuali di hadapan suaminya.Kerana kecantikkannya hanya untuk SUAMINYA sahaja. 5. Perempuan tak guna tudung yang nipis seperti nipisnya jala untuk menangkap haiwan akuatik.Kerana tudung seperti itu hanya akan menampakkan mahkota berharga miliknya yang tidak patut ditunjukkan kepada orang lain. Wallahua'lam bissawab..moga SH, anda dan kita semua mendapat iktibar.. ...Segala yang baik itu datang dari ALLAH, dan segala kekurangan juga datang dari ALLAH yang disandarkan kepada diri saya. ALLAH itu Maha Sempurna... Thanks with Love to: http://menujujalanmujahadah.blogspot.com/ EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: epiloG hati |