Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG,
Jadi dengan ringan hati , senang fikiran , mudah menggerakkan tangan SH ni.. SH pun berhajat untuk menyertai contest ini.. Kalau namanya pun contest, pasti ada syarat-syarat yang perlu kita ketahui kan.. Syarat-syarat untuk Contest Cerita dan Menang ini adalah seperti berikut :
Ha, lagi sekali..Kalau dah namanya pun contest pasti ada hadiah yang menanti pemenang kan !! Hadiah yang Cik Sara sediakan adalah seperti berikut :
Haa menarikkan .. SH pun tak pernah topup sampai RM50ni !! Mana tahu untung badan dapat kali ini :) Baiklah , back to the journey ---> Hadoiiii melalut ! Cerita Pengalaman raya SH selama hidup kat muka bumi yang fana ciptaan ALLAH ini terlalu banyak !! Yelah dah 21tahun menyambut hari raya kan hehehe... Tetapi pengalaman yang SH tak dapat lupakan -------> #1 Kemalangan di hari raya pertama !
Hari itu adalah hari yang pelik juga buat SH... Ialah selalunya pada hari raya pertama, kami sekeluarga akan pulang ke kampung sebelah ibu dahulu kemudian petang hari baru ke rumah sedara mara sebelah ayah.. Notes** Kampung belah ibu dan ayah memang tak jauh.. Masing2 setengah jam perjalanan dari rumah SH..Tapi kalau jalan kaki memang setengah hari lah :) Kampung Ibu terletak di Pekan Air Panas , Labis manakala kampung Ayah di Segamat ... Maka, pada hari yang pelik itu, kami sekeluarga telah pulang ke Segamat dahulu [tidak seperti tahun-tahun lalu dimana pulang ke Pekan Air Panas dahulu].. Selalunya , kalau berada di Segamat , kami memang akan berada dari tengah hari hingga malam.. Namun pada raya kali itu, kami berada dari pagi sehingga Petang [Ishh peliknya :) ] Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Segamat [ Senja ] .. SH dan adik-beradik yang lain tertidur kerana kepenatan mengumpul duit raya [ Budak2 biasalah ] Dalam keadaan lena diulit mimpi dapat duit raya berjuta-juta [nampak beno nipunya ] Tiba-tiba kami di kejutkan dengan satu bunyi dentaman kuat dari arah depan ! SH yang terpinga-pinga terus bangun dan melihat keadaan depan kereta kami yang sudah $%&*@ [tak tahu nak gambarkan ] Tapi yang PELIKNYA , kereta yang disondol oleh ayah SH tuh tak teruk pun !! Dalam keadaan jalan yang sesak, akhirnya kereta kami di bawa ke bengkel berdekatan dan kejadian tersebut diselesaikan tanpa melibatkan pihak polis! Yang SH bersyukur sangat, Keluarga SH tidak ada langsung mengalami kecederaan pada kejadian tersebut... Kejadian tersebut berlaku kerana ayah SH terlena seketika akibat penat.. Tapi nasib baik tak ada jadi apa-apa... Takut juga haty ni... TETAPI.. Raya tahun tuh memang patah kaki lah nak pergi kumpul wet raya .. WALAUPUN... Ayah ada kereta lagi satu, tapi kami tak suka naik hehehehe.... Selepas kejadian itu, arwah atok sebelah ibu ada beritahu kami bahawa pada petang kejadian tersebut, arwah bermimpi bahawa kami kemalangan masuk gaung !!! Astaghfirullah... Nasib baik tidak benar.. :( #2 Hari raya yang sempoi !! Pengalaman ini pun SH tak dapat lupakan.. Rasanay hari raya pada tahun 2010 inilah yang paling sempoi buat kami adeq-beradeq.. Kami ni jarang ada gambar hari raya bersama.. Jadi bila tahun 2010 ni dapat bergaya bersama kamera nikon **** [eleyh pinjam abg wan !!! ] Apa lagi, bergaya sakan lah kami :) Tak nak cerita.. Tengok gambar boleh kan :) Inilah family dan adeq beradeq SH !! Dan yang paling best apabila hari raya berkumpul dengan Sepupu sepapat sambil bom kampung !! Raya tahun 2010 ini juga sepupu dari KAY ELL buat kerja gila main meriam di hari raya Yang lagi gila nak tahu tak ??? Nenek SH sponsor Kabait maaaa!!! Cayalah nek !! You're Rock nek !!! Hehehe tapi nenek kata : " Pergi main meriam kat kebun belakang tuh, boleh halau Khinzir-khinzir yang makan tanaman atok jer " Hahaha sebab tuh nenek sponsor kabait ekkk !! Hadoiii!!! Tapi nasib baik korang main meriam tak jadi pape !! Haa itulah cerita Gembira dan sedih yang SH tak pernah lupakan semasa Hari Raya !! Erkk Cik Sara.. agak2 guling-guling tak baca pengalaman SH ni??? ~Hadoiii!!!~ Jangan marah yerk :) SH nak tag sahabat-sahabat baru blogger SH iaitu : Aniss Done!! Tamat !! The End !! Thanks with Love to: Cik Sara a.k.a Ct EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: Contest |