Pelajar yang menyalahgunakan BB1M dan cuba menjual dan salahguna baucar buku 1Malaysia (BB1M) untuk mendapatkan wang tunai akan dikenakan tindakan undang-undang. Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara berkata, baucar buku RM200 itu sepatutnya digunakan untuk membeli bahan-bahan pembelajaran dan bukan untuk tujuan lain. Tempat menggunakan Baucar Buku 1Malaysia ialah kedai-kedai buku yang terpilih sahaja. ++ Gambar ihsan pak google sebab baucer SH tersimpan di Tanjung Malim ++ Ermm nak salahkan mereka juga tak boleh! Kadang2 kami pun ade juga perasaan nak jual baucar ni! Sebab kami pelajar teknologi maklumat susah nak cari buku yang kami perlukan! Sesudahnya, tak tahu nak beli apa dengan baucar tuh! Paling tak pun, bagi adeq2 yang masih bersekolah! Rugilah pada kami WALAUPUN dah berbakti untuk adeq2! Huhuhu! Lagipun sekarang kos sara hidup kat tempat belajar dah tinggi. Nak harapkan PTPTN pun emm ntahlah kan! Apa2 pun korang yang dapat baucer ni, gunakanlah sebaiknya! SH pun tak gunakan lagi baucer ni, bagi adeq2 pun tidak hehehe! Bukan jahat tak nak berkongsi. Cuma SH tak bawa pun baucer tuh pulang ke rumah! Elok jer tersimpan kat rumah sewa tuh! Cadangnya semester hadapan baru nak guna ! Nasib baik tak bawa balik , kalau tak mesti dah habis guna! Lagipun pensyarah dah baik hati nak jual buku tentang IT , kami boleh guna baucar tuh! Ermm buku tuh pun paling murah pun mungkin RM70! Standard gilalah kan setiap semester beli buku IT nak dekat seratus satu buku! Mana taknya kurang duit je! Kalau satu buku dalam RM60-RM90! Dua buku dah berapa??? Ini baucer dapat Dua ratus je... Kos major sem depan ade tiga! Tak cukup nak guna .! Alahai *_* Thanks with Love to:Google.com EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |