8 Febuari 2012 SH ke Taman Sri Waja Segamat lagi kali ini... Jika tahun lalu SH ke sini untuk menenangkan Mak Uda SH kerana pemergian suaminya.. Kali ini SH ke sini untuk menziarahi arwah Mak Uda SH... Tak disangka..Hanya jarak setahun memisahkan mereka.. Kini mereka kembali bersama. Seperti telah termetrai janji antara mereka untuk bertemu semula di alam sana. Selamat di kebumikan petang semalam sebelum maghrib bersebelahan pusara suaminya .
2Hari sebelum pemergiannya, SH sempat melawatnya di Hospital Segamat. Keadaan yang amat memilukan membuatkan SH sukar untuk melihat keadaan arwah. Arwah dikenali sebagai seorang yang periang di kalangan anak-anak buahnya. Arwah sentiasa gembira sepanjang hidupnya. Kami anak-anak buahnya amat menyanyangi arwah kerana arwah pandai melayani kami. Keriangan arwah terhenti sejak pemergian suaminya. Sejak pakde kembali ke rahmatullah, arwah makde lebih banyak mendiamkan diri dan jatuh sakit. Walaubagaimanapun, arwah tak pernah lupa pada anak buahnya. Kalau SH datang ke rumahnya, pasti dia akan menyoal kehidupan SH. SH rindu kat arwah. Sehinggalah November lepas, beliau di sahkan menghidap BARAH HATI. Doktor mengesahkan bahawa tempoh arwah hanyalah dalam 5bulan. Berita yang mengejutkan kami sekeluarga. 2Minggu lalu SH melawatnya ke rumahnya.. SH nampak perubahan pada diri arwah. Arwah lebih semangat dari sebelumnya. SH yakin arwah akan sempat melihat perkahwinan anak perempuan satu-satunya. Tapi itu dua minggu lalu. sangat tak disangka dengan berita yang diterima semalam. Bagaikan masih bermimpi diatas tilam yang empuk lagi. Namun ini kenyataannya. SH perlu menghadapinya. SEMOGA ARWAH TENANG BERADA DISISI ALLAH YANG MAHA KUASA. Amin~~ Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |