Alhamdulillah... selamat bergelar guru praktikal selama 2 minggu. SH menjalani Latihan Mengajar (LM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah Nibon Tebal. Jauh sungguh SH merantau. Mulanya memang agak gemuruh, takut dan segala macam ada dalam diri ini. Namun setelah berjumpa dengan pengetua dan Penolong Kanan 1, semuanya sangat Indah dirasa. Pelajar di sini juga mesra dan boleh dibawa berkawan huhu. SH mengajar matapelajaran ICTL dan Perdagangan form 4. First day mendaftarkan diri, SH dah terima 3 buah kelas untuk di relief. Antara kelas tersebut adalah kelas tingkatan 5. Sampai sekarang pelajar tingkatan 5 kalau jumpa SH melambai-lambai kat SH Malu juga dengan guru-guru lama. Tapi begitu rasanya bila diterima oleh pelajar disini. First time masuk kelas SH ajar adalah Tingkatan 2. Oh ye, SH mengajar 3 kelas tingkatan 2 , 1 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas tingkatan 4. Untuk minggu pertama pelajar tingkatan 2 masih tak berapa ngan dengan SH. Pelajar tingkatan 4 pula, ermmm lagi tinggi dari SH. Kebanyakkan mereka ni lelaki. Korang taulah susahnya nak mengawal lelaki. Masuk je kelas tingkatan 4 SH dah tekankan pada mereka tentang prinsip SH "AWAK BOLEH BERGURAU DENGAN SAYA, AWAK BOLEH HAPPY2 DENGAN SAYA, TAPI JANGAN BUAT SAYA MARAH"Alhamdulillah sehingg minggu kedua ini, mereka pegang prinsip SH walaupun kelas ketiga bersama mereka, mereka telah membuatkan SH sedikit marah. heheh muka SH ni tak boleh nak marah lama-lama. oh susah. Tapi sekarang SH dah boleh tarik minat pelajar f4 ni dengan kuiz yang SH jalankan. Mereka asyik sebut mengenai kuiz tersebut. Alhamdulillah. penerimaan mereka terhadap SH juga semakin baik. Inilah yang terjadi jika seorang guru tu boleh menjadi kawan mereka, bukan hanya mengajar tapi boleh mendengar cerita mereka. SH cuba jadi guru begitu. Semua pelajar f2 pula, semakin manja dengan SH. Pantang jumpa, mula panggil SH. Kadang2 lalu depan kelas mereka, mereka menjerit panggil SH. Padahal ada guru dalam kelas tu. Segan juga SH ni. Apa pula kata guru lama kan. Untuk pelahar f2 dan f1 SH tak tekankan prinsip SH pada mereka, sebab mereka ni dah sebaya dengan adik SH, jadi insyaallah SH boleh kawal mereka dengan berperanan sebagai seorang kakak kepada mereka juga huhu. Untuk minggu ketiga sebagai guru praktikal, kita nantikan sahaja. Labels: EpiloG SH |