Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Semua orang mengidamkan sesuatu yang cantik ! Bagi manusia pula, kecantikkan seseorang menjadikan dirinya lebih diberi perhatian ! Namun, jangan hanya cantik diluaran , malah dalaman juga seharusnya secantik luaran ! Kali ini SH nak berkongsi Tips tentang kecantikkan ! Jom Layan ! 1. Kerap berjaga sehingga larut malam untuk menyiapkan tugasan menyebabkan "eye bag" semakin jelas ! Bagaimana cara untuk kita mengurangkan kesannya ? Alas bedak @ Concealer boleh menyamarkan 'Eye bag' yang terjadi akibat tidur yang tidak cukup mahupun berjaga sehingga larut malam . Jadi, setiap kali korang bersolek , pastikan korang memberikan penekanan yang lebih pada bahagian mata korang dengan menggunakan alas bedak ! 2. Adakalanya kulit kering terjadi bukan kerana menggunakan pencuci muka yang salah. Pencuci muka telah dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit muka tetapi masalah kulit kering masih terjadi . Apakah tindakan yang perlu diambil ? Untuk kulit muka yang mempunyai masalah kekeringan, selain daripada minum air mineral dalam kuantiti yang mencukupi, korang juga perlu memastikan kulit muka dibersihkan sebelum memakai pelembab @ alas bedak ! 3. Setiap gadis mendambakan kulit wajah yang putih, lembut dan halus ! Apakah langkah yang berkesan untuk memiliki kulit wajah yang sempurna ? Korang perlulah melakukan rutin penjagaan kulit muka dengan betul ! Patikan korang melakukan 'step by step' merawat kulit muka korang ! Jangan tinggal walau satu langkah pun ! Amalkannya selalu ! 4. Setiap kali bangun pagi , tubuh korang terasa lemah dan kurang bermaya ! Bagaimana cara untuk mendapatkan tubuh segar di pagi hari ? Selain daripada tidur yang cukup, amalam minum air mineral setiap pagi akan membantu korang mendapatkan tubuh yang segar ! Jadi, pastikan air mineral diletakkan disebelah katil korang setiap malam sebelum tidur dan minum sejurus korang bangun tidur ! Haa Itu beberapa tips yang SH dapat untuk di kongsikan kepada korang ! Nak tips lain lagi ? Insyaallah, akan datang okies ! Thanks with Love to: Uncle Google EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: Tips |