? Old Memory ?

» July 2011
» August 2011
» September 2011
» October 2011
» November 2011
» December 2011
» January 2012
» February 2012
» March 2012
» April 2012
» May 2012
» June 2012
» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» July 2013
» September 2013
» October 2013
» November 2013


? Entry ?

  • Epilog : Menghitung hari-hari terakhir
  • EpiloG : Salam 1435 Hijrah
  • EpiloG : Perantauan di Aidiladha 2013
  • SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST
  • Giveaway : First Giveaway By Atiqah Jaidin & Arrie...
  • Segmen : Apple Mints mencari Bloglist Part 2
  • EpiloG : November Menjelma !
  • EpilOG : wELCOME HOME oCTOBER
  • epiloG : Life as a Teacher
  • epiloG:Cikgu Nurul ~teacher to be~!


  • ? Credit ?

    ©2013 Inspired By Twitter .
    A round applause for;
    This code 90.9% by Ohmyungshoe .
    Service and Terms are from her .
    The helper and some basecodes are from HER .
    Some Code in this Template was edited by Me.
    This blog looks hot in Google Chrome.
    Please do not view my page source.
    Ask me if you need any codes :Sayuri Hana
    Empowered by Blogger
    EpiloG: Mengingatkan kita untuk bersolat!

    0 LoVeR | 28/01/2012


    Saja je SH nak kenalkan software ni walaupun ramai dah tahu!
    SH suka pasang software ni dalam laptop SH sebab ia akan mengingatkan kita bila dah masuk waktu solat!
    Memang senang untuk mengingatkan kita untuk besolat.

    Software ni bila dah masuk waktu solat, Azan akan ber kumandang!
    Jadi tak de masa nak lengah2 solat k!

    Boleh download software ni di :








    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    Tips : Cantikkah BeloG anDA??

    1 LoVeR | 29/10/2011



    Entry malam ni SH tak tau nak bebel apa sebenarnya!
    Sejak akhir-akhir ni SH tengok ramai sahabat SH yang dah berjinak-jinak dengan dunia blog!
    Biasalah blog ni dah macam diari online pun ada juga!
    Ada juga yang berkongsikan berita-berita terkini!
    Ada yang kongsi gosip baru!
    Ada yang kongsi teknologi terbaru!
    SH plak apa yang di kongsikan?????
    Macam-macam yang SH kongsikan!
    Personal ada...download mendownload pun ada..( nak beli cerita korea mes SH ok)


    Okies melalut lagi!!!
    Kali ni SH nak kongsi siket mengenai dunia blog!
    WALAUPUN SH pun tak lah sehebat Ben Ashaari , Yuyu Zulaikha & others..tapi tak salah berkongsi apa yang SH tahu kan!


    First sekali pemilihan background blog korang SANGAT-SANGAT penting kerana ia merupakan aset yang bernilai untuk memberi kecantikan pada beloG korang!
    Ye betul ni tak tipu pun!!
    Katakanlah beloG korang tuh backgroundnya semak dengan animated yg warna warni, SH kompom blogger-blogger lain pun pening pale nak stay kat beloG korang!
    Tak pe, dari sini kita belajar pelan-pelan dulu k!
    SH dulu pun masa mula-mula buat beloG ni pun Ya Ampun ~~tak tau nk cakap cm na!
    Tapi SH belajar sikit sikit dan mengambil tips-tips dari blogger terkenal dalam mencantikkan beloG!
    Kalau korang nak bagi pembaca-pembaca korang bertahan mata semasa membaca entry korang, di nasihatkan backgroundnya biarlah soft / tak memeningkan pale dengan bermacam widget!



    Header yang lawa + menarik akan mencantikkan lagi beloG korang tahu takk . Header untuk beloG korang boleh menambahkan seri beloG korang tu. Nak buat header pun ada caranya. Jangan pakai hentam  je ambik pic korang letak sebagai header. Pemilihan Gambar sangat penting. Tambah-tambah untuk korang yang berminat nak buat header transparent. Kenalah pandai-pandai bermain dengan software image editing yer!

    Seterusnya mengenai font tulisan yang korang gunakan untuk beloG korang! Biarlah bersesuai dan boleh dibaca oleh mata blogger lain (font SH ni orang boleh baca tak???)

    Maksud SH di sini janganlah guna font yang berekor-ekor kemudian berwarna warni bagai!
    Tak cukup dengan itu di small kan tulisan tuh, di large kan tulisan tuh!Agak pening mata di situ!
    ~~Alah SH dulu pun macam ni juga~~


    JANGAN LETAK TERLALU BANYAK WIDGET
    SH tahu kita ni suka nak mencantikkan beloG kita dengan macam-macam perhiasan!
    Ye SH dulu pun dah merasai semua itu!
    Letak macam-macam dalam beloG sampailah nak buka beloG ni pun Ya Allah lambat punya Loading!!
    Bila SH search-search cara nak meringankan beloG kita ni, salah satunya ialah
    JANGAN LETAK TERLALU BANYAK WIDGET!!
    Korang pastikanlah widget yang tak de guna untuk beloG korang di buang!
    Contohnya apa???
    Ok SH tahu ramai suka letak widget jam, calender, rambu ramba (erkk tah apa nama tah widget ni) & bla bla bla..
    Tapi seeloknya takpayahlah letak...
    Macam jam tuh , bukan blogger2 ni tengok pun nanti kan..Jam kat lappy dah ada pun....
    Benda-benda macam ni lah yang membuatkan loading beloG kita lambat!!




    Will be continue----->


    Thanks with Love to: bla bla bla
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    Tips : Cara Tidur Nabi

    0 LoVeR | 04/09/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    SH nak berkongsi sikit mengenai  tidur..
    Semua Manusia didunia ini pasti tidur kan?
    Tidur untuk selama-lamanya pun sudah pasti [meninggal]
    Apa yang menariknya tentang tidur cara Nabi ini...




    Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? 
    Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. 
    Baginda sekadar menyebutkan :

     “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim)

     dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:

     “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim) 

    Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. 
    Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. 
    Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang.

    Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. 
    Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam.
     Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’) 

    Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: 

    “Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi) “Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)

     Berkata ‘Abbad ibn Tamim:

     “Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)


    Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan.
     Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)

     Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang.
     Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap.
     Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.

    Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.
    Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. 
    Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

    1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
    2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.


    Menurut (Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) 

    Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh . 

    Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf 
    dan kerosakan kepada tulang belakang akan dapat dicegah.

    Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) 

    Kesimpulannya, Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali.
     Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. 
    Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

    Wallahualam


    Thanks with Love to: SINI
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    Tips : Segalanya Tentang Cantik

    0 LoVeR | 01/08/2011

    Bismillahirahmannirahim..
    Assalamualaikum w.b.t
    Dear BeloG,


    Semua orang mengidamkan sesuatu yang cantik !
    Bagi manusia pula, kecantikkan seseorang menjadikan dirinya lebih diberi perhatian !
    Namun, jangan hanya cantik diluaran , malah dalaman juga seharusnya secantik luaran !

    Kali ini SH nak berkongsi Tips tentang kecantikkan !
    Jom Layan !



    1. Kerap berjaga sehingga larut malam untuk menyiapkan tugasan menyebabkan "eye bag" semakin jelas ! Bagaimana cara untuk kita mengurangkan kesannya ?

    Alas bedak @ Concealer boleh menyamarkan 'Eye bag' yang terjadi akibat tidur yang tidak cukup mahupun berjaga sehingga larut malam . Jadi, setiap kali korang bersolek , pastikan korang memberikan penekanan yang lebih pada bahagian mata korang dengan menggunakan alas bedak !

    2. Adakalanya kulit kering terjadi bukan kerana menggunakan pencuci muka yang salah. Pencuci muka telah dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit muka tetapi masalah kulit kering masih terjadi . Apakah tindakan yang perlu diambil ?

    Untuk kulit muka yang mempunyai masalah kekeringan, selain daripada minum air mineral dalam kuantiti yang mencukupi, korang juga perlu memastikan kulit muka dibersihkan sebelum memakai pelembab @ alas bedak !

    3. Setiap gadis mendambakan kulit wajah yang putih, lembut dan halus ! Apakah langkah yang berkesan untuk memiliki kulit wajah yang sempurna ?

    Korang perlulah melakukan rutin penjagaan kulit muka dengan betul ! Patikan korang melakukan 'step by step' merawat kulit muka korang ! Jangan tinggal walau satu langkah pun ! Amalkannya selalu !

    4. Setiap kali bangun pagi , tubuh korang terasa lemah dan kurang bermaya ! Bagaimana cara untuk mendapatkan tubuh segar di pagi hari ?

    Selain daripada tidur yang cukup, amalam minum air mineral setiap pagi akan membantu korang mendapatkan tubuh yang segar ! Jadi, pastikan air mineral diletakkan disebelah katil korang setiap malam sebelum tidur dan minum sejurus korang bangun tidur !

    Haa Itu beberapa tips yang SH dapat untuk di kongsikan kepada korang !
    Nak tips lain lagi ?
    Insyaallah, akan datang okies !


    Thanks with Love to: Uncle Google
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    << OLDER
    NEWER >>