Hai sahabat-sahabat Blogger SH... Aduh sudah 6 hari SH tak berkesempatan mengupdate entry baharu yerk ! Bukan disegajakan... Tetapi wireless ini baru sahaja dapat di masukkan pada hari ini... [ ok ayat tunggang langgang sebab dah lama tak menaip ni ] Sepanjang minggu ini SH agak sibuk dengan minggu pertama kuliah bagi semester 3 ini.. Banyak perkara yang nak kena fikirkan semula mengenai timetable kami... Memang agak menyusahkanlah... Dahlah hari pertama kuliah kena halau dari kelas Kebudayaan Keusahawanan !!! Opppss kena halau bukanlah bermakna SH buat salah or whatever... Cuma SH dinasihatkan mengambil subjek asas yang lain sebelum mengambil subjek itu.. Ini adalah subjek bagi Minor SH.. Aduh payah sungguh !! Bila masuk hari kedua.. Hari itulah untuk pertama kalinya SH tidak bersama sahabat-sahabat AiShAzDaMine SH... Selalunya kami pergi kelas sama-sama..duduk dalam dewan kuliah sama-sama..subjek yang sama... Tapi semester ini SH mengambil keputusan untuk tidak mengambil subjek pengayaan diri yang sama dengan mereka... Bila duduk sorang-sorang dalam dewan kuliah, memang agak "tidak dihiraukanlah" Bukan tak ada kawan-kawan lain... Tapi SH ni bila tak biasa bercampur dengan mereka, jadi SH akan malu untuk menegur hehhehe.. Lagipun mereka dah dengan kawan-kawan mereka.... Al-Nasib... Untuk hari ketiga, SH dan sahabat sibuk menguruskan minggu ADD & DROP kami.. Ok untuk pertama kalinya kami merasakan benda ni memang menyusahkan.. Dahlah nak mencari subjek yang tidak bertembung dengan subjek lain amat payah sekali.. Masa semester dua tak pula jadi macam ni ....! Hari keempat, keadaan lebih baik sedikit walaupun SH ada kuliah yang tidak sama dengan sahabat SH tapi nasib baik ada kawan-kawan yang lain dalam kuliah tersebut.. Tidak seperti kuliah pada hari Selasa T_T Untuk hari kelima (hari ini) Keadaan lagi baik !!! Sebab cuti sempena HARI MALAYSIA ! Aktiviti SH untuk hari ini adalah mengemas rumah sewa bersama sahabat-sahabat tersayang ! Selamat Menyambut Hari Malaysia ! SH bangga menjadi anak Malaysia !! Thanks with Love to: Uncle streamyx yg sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik ! EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |