Sedar antara tidak sudah minggu keempat SH dalam semester 4 ini.. Assigment sudah mula di buat, Sistem sudah mula sibuk... Tapi sempat juga SH pulang jumaan lalu menjenguk ayah SH! Alhamdulillah kesihatan ayah makin baik, cuma masih tak dapat berjalan lagi! Keluar Hospital jumaat lalu pun masih tak bermaya sangat, sampai umah ayah pengsan lagi! Kesian ibu sorang2 perlu menjaga ayah disaat kami anak2 terpaksa menjalankan tugas masing2... Ayah makin kurus! Sempat lagi ayah mengomel "Ayah nampak cengkung ea na??" SH dengan galak mengusik ayah "Haah yah, dah macam orang tua, tak hensem dah" Selama 3hari SH balik banyak juga masa diluangkan membantu ibu menjaga ayah.. Terasa ingin pulang lagi membantu ibu lebih2 lagi kesihatan ibu yang tidak sihat semenjak 2minggu lalu... Adeq2 juga masih tidak sihat dari demam nya... ermmmm. sayangnya jauh dari keluarga... Insyaallah ibu akan kuat... SH hanya mampu memberi semangat dari jauh.. Amin. Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |