Ramadhan is here: Alhamdulillah, setelah setahun berlalu akhirnya kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut lagi bulan ramadhan yang mulia ini... Bersempena bulan ramadan yang mulia ini sama-sama kita mengambil hikmah dan pengajaran untuk mentarbiahkan diri kita bukan sahaja baik di bulan ramadan tetabi baik untuk selama-selamanya. Jangan pernah mempertikaikan larangan ALLAH kerana Allah telah memberikan kita nikmat yang perlu kita rebutkan dalam bulan yang mulia ini....'nikmat' berpuasa itu hanya sekejap, kerana rahmatnya terbentang luas selepas itu. Dan Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183) JANGAN LUPA NIAT PUASA YE KAWAN2...... SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK! Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |