* dah ada dalam draft lebih sebulan* Assalamualaikum... Dah sebulan lebih jugalah menjejakkan kaki dalam semester enam ni. Alhamdulillah, setakat ni, stress semester lalu dah hilang buat seketika.. Hope ada perubahan lebih baik antara SH dan mereka. Migrain??? Semester kali ni SH belum didatangi migrain lagi... Tapi macam dah ada tanda2 nak migrain bila memikirkan FYP dan Robotik ni... Hope tak sesakit semester lalu lah... Cermin mata.. Ok mmg lah dah guna cermin mata, tuh pun sebab migrain dan silau... Silau SH..ermmm nasib baik chek ari tuh dy kata power still sama, tak berubah... WALAUPUN SH jarang nak pakai spek ni bila ngadap lappy, Bila datang sakit baru pandai nak cari kan.... Makroteaching Semester ni baru merasa macam mana nak mengajar.. Agak takut juga lah... Alhamdulillah setakat ni (sejak memperbaiki draft yang dah lama dalam peti simpanan ni) dah tiga kali SH mengajar... Walaupun mengajar rakan-rakan sekelas je, disebabkan disini tiada sekolah yang mengajar teknologi, namun keseronokan memang terasa lah.. lebih-lebih lagi kerjasama yang diberikan sangat baik... Happy je mengajar... Hilang sikit gugup SH tuh... Terasa hati???? Kalau semester lalu SH banyak post mengenai hati yang kecil ni (terasa hati) alhamdulillah semester ni perubahan berlaku... tak de lah SH rasa kecil hati lagi... SH rasa saat-saat dahulu telah kembali,,,, Semoga perasaan dan keadaan ini akan berterusan.... Amin. Aktif Semester ni SH mengaktifkan diri... SH join Karnival KAWAN 2013.. alhamdulillah pengalaman baru diterima... Rugi rasanya tak aktif dari dulu.. itulah, perasaan memikirkan tak de kawan tuh kuat sangat.. mana tak rugi besar sekarang... Tak pe lah... pengalaman yang ada ni pun menyeronokkan... nanti SH update entry berkenaan Karnival ni. Apa lagi nak edit kat draft yang dah lapuk ni yerk... Itulah, masa semester ni memang tersekat sangat... Tak sempat nak menjengah blog ... Rugi sangat sebab banyak cerita nak dikongsi... Anyway, Assalamualaikum semua! Labels: EpiloG SH |