**Update : Segmen berakhir pada 7 Feb 2013 jam 12 tengah malam :)
#Klik Banner join segmen#
Alhamdulillah, berjaya menjadi salah seorang mahasiswi
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
dan berada dalan tahun ke-3, naik bulan febuari nanti akan menjejakkan kaki di semester 6....
Sepintas Lalu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Sebelum ini, UPSI lebih dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) kemudian ditukat nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) . Apabila MPSI dinaik taraf menjadi sebuah institut, nama tersebut telah ditukar kepada Istitut Pergurusan Sultan Idris (IPSI). Nama UPSI ditukar setelah IPSI dinaik taraf sebagai sebuah universiti .
Lokasi
UPSI terletak di Tajong Malim,Perak bersempadan dengan Hulu Selangor. Pusat Bandaraya terdekat dengan UPSI adalah Kuala Lumpur yang mengambil masa 1 jam perjalanan menaiki kereta mahupun komuter. Manakala Ipoh pula mengambil masa 1 jam setengah jika menaiki kereta mahupun bas. Kebiasaannya mahasiswa/i UPSI lebih ramai keluar ke Kuala Lumpur kerana lebih dekat dan banyak tempat yang boleh mereka lewati. Walaupun ramai yang cakap kawasan sekitar UPSI adalah pekan kecil dan tidak mempunyai pusat bandaraya, bagi SH lebih baik begitu kerana kurang masalah sosial yang berlaku :) UPSI kini telah memiliki dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil (KSAJ) yang terletak di Tanjong Malim . KSAJ menempatkan beberapa Dewan Kuliah (DK) dari DKA-DKN, Surau, Bangunan e-learning, Bangunan IPSI, Dewan SITC, Muzian Suluh Budiman, Padang, Gimnasium, Perpustakaan Tunku Bainun, Bangunan Bitarasiswa, Makmal Teknologi Maklumat, Tadahan selatan dan Utara (Bilik Tutorial) dan sebagainya. KSAJ merupakan kampus induk bagi UPSI . Kampus kedua UPSI ialah Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) yang terletak di Proton City. Jarak 8km dari KSAJ mengambil masa setengah jam perjalanan bagi pelajar dari KSAJ ke KSAS. Kampus Sultan Azlan Shah dengan rasminya beroperasi dengan menempatkan beberapa fakulti seperti Blok 1 - Blok 6 untuk Fakulti Sains & Matematik, Blok 7 - Blok 9 untuk Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Blok 10 untuk Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Dewan Kuliah Berpusat, Dewan Besar dan Panggung Percubaan, Kafetaria, Balai Pengawal dan Pos Pengawal, Pusat Pelajar, Pusat Komputer, Surau dan Pusat Islam. Program ditawarkan dan cara Kemasukan pelajar
Hostel Ada 4 buah hostel utama di UPSI. Hostel ni lebih dikenali dengan nama KUO, KHAR, KZ dan KAB. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat SH telah di tawarkan mengikuti program IT . Masa mula-mula ditawarkan macam blur jugaklah sebab ini bukan pilihan SH. Masuk semester pertama, perut memang kecut giler, yelah tak pernah tahu apa benda alah ni kan. Tapi Alhamdulillah, pensyarah semua bagi sokongan yang baik. Kebanyakan mereka tahu kursus yang ditawarkan ni bukan pilihan kami. Jadi kami diajar dari asas sehingga kami paham. Ouh ye yang paling kecut, kami kena buat program berdasarkan coding (programming) .. adalah guna bahasa2 programming ni kan. SH memang takutlah sebab tak tahu apa-apa.. masa STPM pun amik ekonomi, bukan sains komputer. Tapi alhamdulillah, rupanya subjek tuh lah kekuatan SH sekarang. Dari semester satu subjek kami banyak berdasarkan programming, walaupun nama subjek lain-lain tapi unsur dia satu, PROGRAMMING.
#Muzium Suluh Budiman di KSAJ#
#Kampus Sultan Azlan Shah#
#Kenangan Minggu Orentasi #
- bersama abang dan kakak RSK-
-Bersama ahli kumpulan-
#Tekno Gang kemasukan Julai 2010/2011#
Ok tarikh tutup segmen 23 Febuari 2013.
Labels: Contest |