? Old Memory ?

» July 2011
» August 2011
» September 2011
» October 2011
» November 2011
» December 2011
» January 2012
» February 2012
» March 2012
» April 2012
» May 2012
» June 2012
» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» July 2013
» September 2013
» October 2013
» November 2013


? Entry ?

  • EpiloG : Pengganti shoutmix !
  • EpiloG : Siapa Juara !
  • EpiloG : Bila hati dah hilang !
  • EpiloG : Ini dah tak de kerja !!!
  • EpiloG : Saya Sokong Abang Afiq!
  • EpiloG : Dah Naik Geram!
  • EpiloG : Saya Suka!
  • EpiloG : Rasa Macam Nak sepak je!
  • EpiloG : Saya Rindu
  • EpiloG : SH Sayang Anda


  • ? Credit ?

    ©2013 Inspired By Twitter .
    A round applause for;
    This code 90.9% by Ohmyungshoe .
    Service and Terms are from her .
    The helper and some basecodes are from HER .
    Some Code in this Template was edited by Me.
    This blog looks hot in Google Chrome.
    Please do not view my page source.
    Ask me if you need any codes :Sayuri Hana
    Empowered by Blogger
    EpiloG : Bila Mahasiswa berani bersuara !

    0 LoVeR | 01/01/2012



    Meluat dan jijik. Begitulah dua perkataan terbaik yang patut dilemparkan kepada sekumpulan mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan malam tadi kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
    Setelah kita ‘didodoikan’ kononnya mereka dianiaya, dikasari dan dizalimi, rupanya baru kita tahu semua itu fitnah dan taktik untuk mendapatkan simpati semata-mata!
    Hakikatnya yang berlaku jauh panggang dari api.
    Allah maha adil. Kebetulan seorang pelajar UPSI berada di tempat demonstrasi itu berlangsung dan dia akhirnya membongkar segala penipuan Adam Adli dan konco-konconya.
    Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI  di dalam laman facebooknya  menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
    Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis.
    Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.
    Lihat gambar di bawah sebagai bukti :
    (GAMBAR: Mesej apa agaknya yang hendak disampaikan dengan menterbalikan gambar Perdana Menteri? Puak Adam Adli kata mereka bukan alat pembangkang, kalau iye mengapa asyik bertindak begini? Bukankah Najib sudah berjanji akan mengkaji AUKU untuk membolehkan mahasiswa berpolitik.Sabarlah sedikit dan tengoklah apa yang hendak diubah tu dulu)
    (GAMBAR: Panjat pagar – Ada rupa macam mahasiswa ke? Lebih kepada perangai Hindraf masa kecoh di Batu Caves dahulu.)
    (GAMBAR: Tolong jangan kata FRU yang pecahkan klinik ni. Buat apa diaorang nak tambah keje camni kan.)

    Sayang sekali, golongan siswa yang diharapkan dapat memberi contoh dan tauladan yang baik ini rupanya lebih teruk perangai dan sikap mereka.
    Hanya kerana mahu dilihat sebagai hero, golongan pelajar ini telah membuat sesuatu yang cukup memalukan.
    Ia sekali gus menunjukkan yang otak mereka bukan terletak di kepala, tetapi di lutut!
    Percayalah, golongan seperti ini tidak layak langsung untuk kita angkat sebagai pemimpin masa depan kerana mereka membenarkan emosi menguasai diri hingga lupa untuk menggunakan pemikiran yang dikurniakan Tuhan.
    Yang mereka tahu, matlamat menghalalkan cara, salah atau tidak belakang cerita.
    Untuk Adam Adli, mereka boleh tipu semua orang….tapi belum tentu semua orang boleh ditipu mereka! – Oleh MEGAT TERAWIH Jr.



    Thanks with Love to:  http://mynewshub.my/2012/01/01/pelajar-upsi-sendiri-mengaku-adam-adli-dan-geng-ganas/ 
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    << OLDER
    NEWER >>