? Old Memory ?

» July 2011
» August 2011
» September 2011
» October 2011
» November 2011
» December 2011
» January 2012
» February 2012
» March 2012
» April 2012
» May 2012
» June 2012
» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» July 2013
» September 2013
» October 2013
» November 2013


? Entry ?

  • EpiloG : Untungnya Kang So Ra!
  • EpiloG : Kronologi UPSI BLACK DAY ! ~We Love UPSI~
  • EpiloG : Hukuman tetap hukuman !
  • EpiloG : Dimana kebenarannya !
  • EpiloG : Bila Mahasiswa berani bersuara !
  • EpiloG : Pengganti shoutmix !
  • EpiloG : Siapa Juara !
  • EpiloG : Bila hati dah hilang !
  • EpiloG : Ini dah tak de kerja !!!
  • EpiloG : Saya Sokong Abang Afiq!


  • ? Credit ?

    ©2013 Inspired By Twitter .
    A round applause for;
    This code 90.9% by Ohmyungshoe .
    Service and Terms are from her .
    The helper and some basecodes are from HER .
    Some Code in this Template was edited by Me.
    This blog looks hot in Google Chrome.
    Please do not view my page source.
    Ask me if you need any codes :Sayuri Hana
    Empowered by Blogger
    EpiloG : Sejarah UPSI lagi !

    0 LoVeR | 09/01/2012


    Hot!! Panas!! hANGIT!!
    Eh ni bukan kes liwat Anwar Ibrahim~~
    SH tak nak cer sal hal ni~



    Apa yang panas ialah keadaan yang sedang berlaku di UPSI!
    Op Cos lah pasal ADAM ADLI!
    Mamat yang membuatkan nama UPSI glemer dan membuatkan mahasiswa UPSI dipandang serong tuh la!

    Hello encik dan cik kawan2 SH sekalian..
    Usah tanya SH apa yang berlaku kat UPSI k!
    Ini tidak, kuar je berita terus tanya "APa cerita tempat ko???!"
    Hadoi hai, SH pun tak de di tempat kejadian jadi jangan ler tanya...
    Berita dah mengeluarkan ceritanya, tengok je lah berita tuh!

    Sekarang nak gi mana2 pun malu dah nak ngaku pelajar UPSI.
    Asyik dipandang serong padahal bukan semua yang terlibat...
    Setakat DUA ORANG je pun kan!
    Yang dari UNIVERSITI lain tuh bukan main ramai kenapa nama UPSI je yang dilibatkan!
    Naik Hangin betullah!

    Hari ini demonstrasi kedua ADAM ADLI (AA) di adakan.
    Dan hari ini juga keputusan pihak tatatertib terhadap hukuman AA dilaksanakan.
    Ramai juga pihak polis yang mengawal dan banyak roadblok yang diadakan di hadapan UPSI!
    Kesian SH tengok budak-budak nak gi final exam!
    tAK PERNAH2 POLIS MENGAWAL KAMI EXAM NI..HARI NI PULAK SEJARAH TERCIPTA
    Dah la lambat masuk, pemeriksa pun bukan nak bagi extra time kat dyorang..
    Naseb baik SH datang awal tadi exam!

    Dan tak pernah merasa kejadian seperti ini di UPSI, SH dengan rakan-rakan pun melawat kawasan kejadian untuk mengetahui berita sevara langsung!
    Banyak gak gambar n video yang diambil tadi.
    Dan keputusannya AA digantung 3 semester mulai semester hadapan.
    Kesian sungguh, ini lah padahnya wat keputusan tanpa fikir keadaan dulu.
    elok2 dah nak habis pengajian dah kena tanggu pengajian!

    ini berita dari gazebodaily.net


    Tanjong Malim, 9 Jan : Penantian seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia untuk mengetahui nasib seorang siswa UPSI, Adam Adli yang dibicarakan di UPSI petang ini akhirnya terjawab kira-kira 5 petang tadi.
    Setelah hampir 1 jam dibicarakan di hadapan sepuluh barisan tindakan tatatertib UPSI, penantian hampir 200 mahasiswa yang setia menunggu di luar pintu masuk UPSI terpaksa menelan pahit apabila mendengar keputusan kes berkenaan.
    Barisan tindakan tatatertib UPSI yang diketuai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, termasuk Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan beberapa lagi wakil pengawal keselamatan serta pensyarah telah membuat keputusan untuk menggantung pengajian Adam selama tiga semester berkuat kuasa semester hadapan.
    UPSI bertukar menjadi ‘Ibu Pejabat Polis’Sementara itu, tinjauan mendapati kira-kira tujuh buah trak dan ‘Black Maria’ telah ditempatkan sekitar UPSI dan hampir 200 anggota polis telah dikerahkan untuk mengawal keselamatan universiti.
    Diberitakan juga, sejak tengah hari hari ini, berlaku kesesakan teruk di beberapa jalan utama UPSI dan pemeriksaan ketat juga dilakukan bagi mengelakkan insiden 1 Januari 2012 berulang pada tarikh 9 Januari 2012.
    Situasi itu menyebabkan segelintir mahasiswa USPI yang sedang menghadapi musim peperiksaan terpaksa tiba lewat di dewan peperiksaan kerana menempuh perjalanan ‘yang perit’ sebelum tiba ke destinasi.
    Antara yang hadir memberi sokongan termasuk Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang dan wakil SMM.
    Keputusan sudah dijangkaDalam kenyataan berasingan, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul dalam kenyataannya menjelaskan keputusan pergantungan yang terpaksa dihadapi Adam, 22, sudah dijangkakan.
    “Setelah hari ini negara dan dunia dikejutkan dengan berita pembebasan Datuk Seri Anwar daripada pertuduhan liwat, saya sendiri sudah jangka pihak tertentu tidak akan memberi kemenangan 2-0 kepada rakyat.
    “Jadi, mereka boleh bergembira kerana kedudukan hari ini 9 Januari 2012 adalah seri iaitu 1-1. Namun, kita tidak akan duduk diam dalam kes ini.
    “Sudah jelas UPSI masih tidak bersedia untuk meminda atau mansuhkan AUKU dan walaupun pihak mereka menyatakan tiada campur tangan luar, saya ingin persoalkan tentang kelibat ratusan anggota polis di UPSI hari ini.
    Wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shukri Kamaruddin pula menegaskan mahasiswa akan bertindak memfailkan kes pergantungan berkenaan di mahkamah tinggi kerana tidak berpuas hati dengan dua pertuduhan yang dikenakan.
    Adam Adli ketika ini sedang menduduki peperiksaan akhir semester kelima dan masih berbaki satu semester untuk dihabiskan.
    Manakala dua pertuduhan yang dikenakan adalah mencemarkan nama baik universiti dan mengancam keselamatan awam. – GZDaily





    Nak cakap apa lagi..
    Diri sendiri dah buat hal, terimalah hhukuman...
    Nak tengok video AA selepas hukuman dijatuhkan???
    Wah ramai gak peminat dy ni menunggu, tapi yang datang tunggu tuh sebab nak menengok je bukan menyokong..
    Same with me and friends..
    Jadi kalau nampak muka kami dalam paper or tv jangan kata kami sokong dy plak..
    Nak tumpang glemer jer hahahaha!




    Fakta:
    Hari ini : Anwar Ibrahim dilepaskan tanpa hukuman manakala Adam Adli dilepaskan dengan hukuman!!!!
    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    << OLDER
    NEWER >>