Korang mesti pernah tengok orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper belakang kereta kan? Mesti ramai yang ikut letak sebab fikir perkara tuh nam cantik atau tak nak ketinggalan trend? Kadang-kadang orang yang ikut amalan ini adalah orang yang tidak berfikir. Mereka lihat ramai yang mula mengikut amalan ini, dan mereka turut mengikutnya tanpa memeikirkan sebab musabab mereka perlu mengikutinya. Sebenarnya cara begitu adalah budaya orang Thailand. Mereka mempercayai bahawa roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan. Tujuan utama menggantungkan patung kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan. Jadi mereka memasang anak patung, supaya roh kanak-kanak tenang.
Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini.
Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123) Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).
So, janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.
Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.
Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar.
Labels: epiloG hati, EpiloG SH |