Assalamualaikum.. Alhamdulillah, perjalanan sebagai guru praktikum akan berakhir lagi seminggu. Sedih? Gembira? Semua perasaan wujud dalam diri ini. Serius SH katakan SH sedih akan meninggalkan mereka, student pertama SH. Imbas sikit pada tarikh 26 Oktober 2013.. Alhamdulillah, angka 23 tahun SH temui dalam kehidupan SH. Allah masih memberi peluang untuk SH menghirup udara di alam ciptaannya. Pada angka 23 tahun, sedikit istimewa bagi SH kerana mempunyai pelajar-pelajar yang SH sayangi. Ucapan kalian untuk cikgu, amat cikgu hargai. Terima kasih buat Student SMK Saujana Indah. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat SH tak kira sahabat di SRK SRI LABIS, SMKMIL, SAL, PRA-U dan UPSI.. Turut tidak ketinggalan sahabat-sahabat di FACEBOOK dan juga INSTAGRAM. Terima kasih atas ucapan dan doa kalian untuk SH .::. sedikit terkilan tak dapat nak sambut sama-sama dengan sahabat-sahabat, Odah, Shida dan Iela .::. Labels: EpiloG SH |