![]() Update blog sambil layan lagu dari 2ne1 - Lonely Assalamualaikum, ok ni cerita semasa Raya Aidiladha yang lepas. Baru SH berpeluang nak update entry pasal ni. Memang sejak berpraktikum ni tak de masa nak jengah beloG ni. Kesian hangpa kan. SH dan Dessy menumpang kasih di rumah Azu sahaja. Terima Kasih juga buat keluarga Azu yang menerima kehadiran kami. Lama tak tidur rumah ala-ala kampung ni. Sejuk dan nyaman je. Lagi-lagi kawasan rumah azu ni kawasan sawah padi. Jujurnya SH first time bertentang mata dengan sawah padi secara live. Selalu tengok dalam gambar dan TV je. Alhamdulillah berpeluang melihatnya depan mata. Indah Sungguh Ciptaan Allah. ![]() Labels: EpiloG SH |