Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Raya pertama di Kampung Air Panas ,Labis, Johor !
Thanks with Love to: Along shayer sebab jadi photographer :) EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, •❤ DELETE semua FILE kebencian... •❤ INSTALL anti-virus egonisme... •❤ RESTART kehidupanmu dengan kasih... •❤ REFRESH peribadimu... •❤ DOWNLOAD kesabaran... •❤ UPLOAD tingkahlaku yang benar... •❤ Jgn meng-'UNDO pengalaman buruk... •❤ COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg baik... •❤ LOADING semua dengan DOA & USAHA (⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫. `⋎´..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿ * _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ /______/~\SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ˚ ✰* ★ | 田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥ Dikesempatan ni sye ღ(。‿。)ღ Sayuri Hana ღ ingin meminta maaf dari ujung rambut hingga ujung kaki jikalau ada b'gurau t'kasar bhasa,t'salah kate,t'marah t'pukul sesape,halalkn mkn minum & slh silap ampun maap diminta.. Thanks with Love to: rakan2 blogger sekalian ! EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Sedar tak sedar insyaallah lagi sehari aja kita berpuasa! Sekarang SH jarang nak BW sangat sebab waktu kerja makin panjang ! Maklumlah dah nak raya ...! Ermm tak sempat langsung nak pergi shopping raya ! Shopping last minit pun takkan berlaku nampaknya :( Esok adalah hari last SH berkhidmat di kedai itu ! Rasa sedih pun ada juga nak berhenti ! Lepas ni tak de lagi lah borak-borak dengan uncle n the geng ! Walaupun dyorang dah tua, tapi best borak ngan dyorang ! Tak ada lagi lah jumpa pelanggan tetap kedai itu ! Tak ada lagi lah jumpa orang yang banyak "songeh" ! Tak ada lagi...tak ada lagi... tak ada lagi.....! Itulah dulu beriya nak berhenti cepat, sekarang belum berhenti dah rindu plak hahaha ! Tak apalah, nanty ada cuti lagi boleh kerja situ lagi ! KOMPOM UNCLE TAK MENOLAK!! Hai, cam na lah uncle lepas ni ! (opps sebab tak ada pekerja lain kat kedai tuh!) Mesti dy bosan pasni sebab dah tak boleh merayap-rayap lagi... yela dah tak ada orang jaga kedai dy, dy lah yang kena jaga ! Hari tuh ada yang nak kerja dy boleh cakap dah ada pekerja! Padahal dy tahu SH kerja dua bulan aja kan ! Adoi uncle!!! Walaupun penat dua tiga hari ini, inilah kenangan-kenangan akhir melayan pelanggan di kedai itu :) Thanks with Love to: - EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, ~Entri ni ada madu, jadi melekit sangat2!! sebab SH mengedik nak letak madu kat entry ni hahaha ~ Sila scroll ke bawah untuk baca entry yang lain !!! Suka bermimpi disiang hari !!!
Suka suki nak sambut Raya!! Thanks with Love to: adobe photoshop! EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Detik jam terus berlalu ! Sedar tak sedar tinggal dua hari lagi kita berpuasa [Insyaallah!] Dan SH masih lagi bekerja! Aiyoo, bila mau berhenti ? Takkan nak kerja sampai raya pertama kot ! Tengok orang ramai dah sibuk-sibuk beli persiapan ray , tapi SH sibuk tolong orang pilih kasut raya ! Bila SH nak pergi beli barang untuk SH sendiri ni ! Seronok tengok gelagat orang-orang yang beli persiapan raya ni ! SH pun tergelak-gelak melayan kerenah dyorang! ~Dalam hati ini .... "uncle tak mau tutup kedai ka! saya mau beli persiapan raya juga !@#$%^&*"~ Oppps bukan mencarut ok! Cuma tak tahu nak bebel apa lagi dalam hati tuh ! Lostinwords!!!!! Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Bismillahirrahmanirrahim... Suatu hari seorang anak sedang bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil memerhatikan apa yang dibuat oelh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya. “Apa yang sedang ibu lakukan?” “Ibu sedang menyulam, nak,” Jawab ibunya sambil terus memasukkan jarum dari benang ke permukaan kain. “Tapi buat apa?” Anak itu masih bertanya hairan. “Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat.” Ibunya tersenyum. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri. “Berdirilah, nak!” Ujarnya. “Tengok sulaman ini dari atas sini.” Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya. “Begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman ini begitu buruk bila dilihat dari bawah.” Kata anak itu. Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak. Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari sudut yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas. Dan ketika itu kita akan mampu melihat keindahannya. Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan merasa kagum pada reka cipta yang indah itu. Jika kita tidak mampu melihat menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi, maka kita akan terus melihatnya dari bawah. “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” [al-Ma’arij : 19-21] “Tidaklah seorang Muslim menderita kelelahan, sakit, kegawatan, kesedihan, seksaan, gelisah hingga duri yang mengenainya melainkan Allah menghapus dengannya dosa-dosa.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said dan Abu Hurairah]
“Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari rasa putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu.” Thanks with Love to: Fatimah Mina [Rakan Ad-din SH] EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: epiloG hati |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Cerita SH hari ini... Macam biasa sebelum pergi kerja , SH akan pergi membeli akhbar di kedai fav SH ! Memang Fav lah sebab tokey tuh da kenal SH ! Jadi , tyme SH sampai aja , dy dah sediakan akhbar di tangan dan terus menuju ke SH tanpa SH perlu matikan enjin moto hahaha ! Okies, dalam dua hari ni beli akhbar mengharapkan akan ada cerita Hyun Joong akan keluar ! Namun hampa !!! Jadi hari ini SH tak mengharap apa-apa pun ! Sampai di kedai terus lakukan ruti harian ! Selesai semuanya barulah belek-belek akhbar dan............ AURA KIM HYUN JOONG!!!!! OMG ! ada pulak cerita abang SH ni !!! Hahaha ! SH SAYANG METRO lah ! Tapi tak bestnya sebab gambar semasa beliau di Mid VAlley ni agak kurang di tayangkan !! SO,SAPA ADA GAMBAR HYUN JOONG DI MID VALLEY SILA BAGI SH OKIES hahaha ! Cerita Hyun Joong ... FENOMENA yang dicetuskan Kim Hyun Joong sudah terbukti di Korea. Kini dia terus melebarkan pengaruhnya ke serata Asia, malah di mana juga muzik dan lakonan artis Korea diterima. Ia memuatkan tiga lagu - Kiss Kiss, Break Down dan Please. Tidak mempertikaikan vokalnya, Hyun Joong yang mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak 2005 semakin menunjukkan kematangan vokalnya walaupun bergerak solo. Berkesempatan datang lagi ke Malaysia, Sabtu lalu dijadikan sebagai ruang promosi untuk projek beliau yang lebih besar konsert solo di Malaysia pada Disember ini. Tentu itu berita yang cukup baik bagi semua peminatnya di negara ini. “Sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan album mini kedua dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober nanti. Selepas itu, saya akan mengadakan satu siri jelajah ke seluruh Asia bagi mempromosikan album itu. “Sekali gus kedatangan saya kelak bukan sekadar mempromosikan album kedua, tetapi juga untuk membuat konsert khas buat peminat saya yang ada di sini. Malaysia juga istimewa di hati saya,” katanya ketika sidang media di Hotel Hilton, di sini, Jumaat lalu. Berusia 25 tahun, Hyun Joong berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan album Break Down. Pertama kali menghasilkan album itu sendirian, dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik. Uniknya dia banyak menggunakan rona hitam bagi menaikkan lagi pesona dan karakter dirinya. Beliau yang popular menerusi drama bersiri Boys Over Flowers melalui 8TV, ternyata menjadi kegilaan remaja bukan hanya di negara asalnya, malah di negara lain. Dalam kisah itu, dia memegang peranan sebagai Yoon Ji Hoo. Namun, ketika menjayakan promosi jelajah di Jepun pada September 2009 untuk Boys Over Flowers, dia mengejutkan peminatnya apabila disahkan menghidap H1N1. Ia juga menyebabkan dia tidak dapat hadir majlis International Drama Awards di Seoul ketika itu dan diwakili rakan-rakannya dalam SS501.
Tampil lebih matang, Hyun Joong akui dulu tidak pernah berniat untuk meninggalkan SS501 semata-mata mahu bergerak solo. Namun, dia sekadar memenuhi permintaan peminat yang mahukan dia menghasilkan album solo. Mulanya, dia enggan berbuat sedemikian kerana komitmen bersama kumpulan, namun akhirnya atas sokongan ahli SS501 sendiri iaitu, Heo Young Saeng, Kim Kyu Jong dan Kim Hyung Jun, dia mengorak langkah bergerak sendirian. “Saya awalnya risau tidak dapat membahagikan komitmen terhadap kumpulan dan fokus kepada pembikinan album sendiri, tapi rakan-rakan saya dalam kumpulan itu percaya saya boleh melakukannya. “Menuruti nasihat rakan-rakan, saya akhirnya menghasilkan album pertama ini dan terkejut dengan sambutan memberangsangkan daripada peminat,” ujarnya. Walaupun selalu beraksi di atas pentas, menyanyi seorang diri tanpa ahli kumpulan yang lain membuatkan dia terasa gementar. Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalangnya untuk meneruskan niat yang sudah disematkan di dalam hati. Dengan keyakinan yang kuat, Hyun Joong meneruskan perjalanan kariernya dengan bersungguh-sungguh. Dia yang dilahirkan di Seoul bukan hanya bijak menghiburkan penonton ketika di atas pentas, tetapi dia aktif bersukan. Jarang sekali kita mendengar selebriti rajin meluangkan masa untuk beriadah, tetapi berlainan dengan Hyun Joong yang sangat aktif bermain bola sepak sehingga dinobatkan sebagai selebriti-atlit kerana membantu pasukannya memenangi pertandingan bola sepak. Sementara itu, sehari selepas sidang media itu diadakan satu sesi ramah mesra bersama peminat diadakan di Grand Ballroom di Tingkat 5, The Garden, Mid Valley Megamall. Dia yang muncul dengan persalinan tuksedo putih-kelabu, kira-kira jam 4.10 petang memberikan reaksi terkesima apabila melihat separuh dewan yang mampu membuatkan ribuan penonton itu dibanjiri peminat bersama jerit histeria. Tidak pernah menyangka peminatnya sebegitu ramai di Malaysia, Hyun Joong berjanji untuk kembali ke Malaysia seperti yang disebut dalam sidang medianya. “Saya sukakan negara ini. Peminat di sini membuatkan saya berasa terharu. Saya mulanya bimbang kalau-kalau kunjungan saya di sini disambut dingin, tetapi apa yang berlaku sebaliknya. “Saya berjanji untuk kembali ke Malaysia dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert saya awal tahun depan,” katanya meninggalkan dewan selepas kira-kira 60 minit melayani peminat. Sesi itu turut dimanfaatkan Hyun Joong untuk menceritakan keunikan album solonya, Break Down yang tidak hanya menggegarkan hati pendengar dengan alunan muzik tarian, tetapi setiap lagunya juga diterjemahkan ke muzik video. Hyun Joong juga tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi Malaysia jika mempunyai peluang dan artis yang digandingkan bersesuaian genre muziknya. Kita tunggu siapa calonnya. Semua lagu Hyun Joong dalam mini album beliau ni SH dah dengar dan memang superb lah !! ~Kalau korang kata tak superb tuh hak korang~ Tak sabarnya nak tunggu abang SH ni datang Malaysia lagi !! Kompom SH akan pergi !!! Tak kira !! ~Sekali ada kuliah, hampeh !!~ Yang penting, katanya Hyun Joong sudi bekerja sama dengan artis Malaysia... Siapa Calonnya??? Kompom lah sapa lagi kalau bukan SH !!! ~SIla muntah di tempat lain jangan di beloG SH okies!!!~
Thanks with Love to: Harian METRO & http://korean-entertainment.spot4blog.com !!!! EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Renungan bersama : Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je.. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, ia stroke... Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung". Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Sekadar berkongsi kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: epiloG hati |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Hampir dua bulan juga SH tak aktif dengan FACEBOOK ! Tapi SH tak rasa apa-apa pun ! Tak macam dulu, kalau tak on facebook sehari rasa macam apa je ! Tapi sekarang , alhamdulillah berjaya muhasabah diri ini hehehe ! Timbul persoalan sekarang Adakah SH akan terus menguburkan Facebook SH atau sebaliknya ? To Be Or Not To Be !! Thanks with Love to: uncle google EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Kali ini SH nak bagi irama dari Incik Bruno Mars ! Lagu ini special diberi kepada SH daripada my beloved Frens, Makcik Azuana ! Sangat-sangat mendalam makna lagu ini ! Thanks Azu kerana sudi menjadi tempat luahan hati SH :) Layan York! Bruno Mars - Count On Me Lyrics If you ever find yourself stuck in the middle of the sea, I'll sail the world to find you If you ever find yourself lost in the dark and you can't see, I'll be the light to guide you Find out what we're made of What we are called to help our friends in need You can count on me like 1 2 3 I'll be there And I know when I need it I can count on you like 4 3 2 And you'll be there Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah Wooooh, Wooooh That's what friends are supposed to do, oh yeah You can count on me cause I can count on you Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: Irama |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Sekadar renungan : Baca dengan hati yang tenang dan dada yang lapang. Moga dibuka pintu hati yang kian tertutup, dihimpit anasir-anasir jahiliyah 1. Perempuan tak guna kain nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. 2. Perempuan tak guna minyak wangi yang baunya semerbak.Kerana dia ingat pesan Nabi SAW bahawa perempuan yang memakai wangian semerbak adalah seperti pelacur. 3. Perempuan tak guna tudung tiga segi dan memakainya hingga menampakkan "perbukitan" pada badannya.Kerana dia tahu apabila dia bertudung, dia perlu MENUTUP ALUR LEHER dan TIDAK MENAMPAKKAN BENTUK DI BAHAGIAN DADANYA. 4. Perempuan tak guna alat make-up untuk menyerlahkan lagi kejelitaannya kecuali di hadapan suaminya.Kerana kecantikkannya hanya untuk SUAMINYA sahaja. 5. Perempuan tak guna tudung yang nipis seperti nipisnya jala untuk menangkap haiwan akuatik.Kerana tudung seperti itu hanya akan menampakkan mahkota berharga miliknya yang tidak patut ditunjukkan kepada orang lain. Wallahua'lam bissawab..moga SH, anda dan kita semua mendapat iktibar.. ...Segala yang baik itu datang dari ALLAH, dan segala kekurangan juga datang dari ALLAH yang disandarkan kepada diri saya. ALLAH itu Maha Sempurna... Thanks with Love to: http://menujujalanmujahadah.blogspot.com/ EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: epiloG hati |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Okies, siyesly.. memang "agak" mengalir air mata pagi-pagi buta ni ! Bukan sebab apa pun, tengok cerita Korea aja pun ! Tuh pun nak mengalir air mata bagai! Haha Sayuri Hana Sayuri Hana! Come on Gurlz! Tamat sudah episode akhir Heartstrings ! Adoigila kencang gak SH nonton citer ni ! Bila dah habis ni, nak tengok cerita apa plak pasni ekk! Tak nak cakap banyak, review jer episode akhir ni ! Gambar memang kurang enak dilihat sebab Sh printscreen jer dari GOM Player ! hehehe !
Jadi, malas nak cakap banyak.. Sapa yang minat Korea n belum tengok cerita ni.. dipersilakan tengok ! *** Bape kali nak ulang ekkk nonton citer ni hahaha *** Thanks with Love to: Fanatik Korean ! EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Hari ini SH very-very happy ! Akhirnya sahabat yang dah lama SH cari jumpa juga ! [ Lama ker baru 3bulan hilang hehehe! ] Cik Jemah @ Nor Azmah Ramli .. SH dah penat call dy n cari Fb dy , tapi tak dapat ! Mana lah Cik Jemah pergi??? Rupanya....... Rilek Cik Jemah, SH ade untuk Cik Jemah ok hehehe! Nak kenal Cik Jemah ---> SINI Kenangan terindah bersama Cik Jemah ! Walaupun SH kenal dyer ni masa Lower 6th , tapi kitaorang boleh kamceng ! Banyak persamaan antara dy ngan SH hehe ! Really miss you lah Cik Jemah ! Hope sangat Raya t dapat jumpa okies! & really hope Cik Fidah pun akan ada sama nanty ! okies, berkenaan hal lain yang berlaku hari ini ! Opps bukan cerita Kim Hyun Joong lagi k! SH tahu korang pun bosan kan asyik Hyun Joong jer ! Hello BeloG SH suka haty SH lah hahah ! Ha nampak gambar kat atas ni !! Sangat tidak adil! Mencik sungguh sama Mista Gulied ! Sengaja nak tayang hamper kan , boleh mms kat SH pula tuh ! SH TAK JELES POWN ! haa eh ni bukan rasuah diterima okies! Balai tempat Mista Gulied kerja ni bagi hamper hari raya pada staf-stafnya ! So, Mista Gulied pun dapat jugalah ! Dah tuh makan semua tuh sorang-sorang plak ! Baru aja kejap tadi bagi mesej kat SH menjeleskan SH dy makan coklat Cadbury !! Dah lah kegemaran SH pulak tuh ! Sabar SH ! Saya tak kira Mista Gulied, awak kena pos juga coklat tuh kat saya !!! ~erkk tak masal hahaha ..~ Thanks with Love to: Cik Jemah & Mista Gulied bg idea nak post apa malam ni hua3 EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Ngantok !!! Sangat-sangat ngantok ! Tapi ada hati juga nak post entry ni ! ~sambil pejam mata~ Sangat-sangat tak sabar nak tunggu episod akhir Heartstrings ! ~Kan dah habis hari ini SH ??~ Memanglah, korang yang ada channel kat astro janganlah komen sini ! SH ni ada astro tp byond ngak ada okies! Jadi nak tengok, kenalah download ! Maka esoklah episod akhir Heartstrings akan di keluarkan ! Sabar aja ni ! Siyes, sangat-sangat comel okies si Lee Shin [Jung Yong Hwa] & Lee Kyu Won [Park Shin Hye] Very-very cool lah Lee Sin tuh ! Kan bagus kalau Mista Gulied se'cool' Lee Sin ! Okies, berangan lagi ! Hidup ini bukan cerita Korea yerk SH ! Hahaha ! Dari drama You're beautiful lagi suka tengok dyorang berdua ! Tapi tak seminat SH pada Kim Hyun joong lah ! Kim Hyun Joong ! Adoi, citer sal dyer lagi kat akhbar Metro hari ini ! Merana hati SH ni tak dapat pergi hujung minggu ni ! Kenapakah dyer buat pada bulan ini ! Cuba tunggu SH balik TM baru buat ! sedih sangat-sangat! Kawan-kawan yang pergi jumpa Hyun Joong nanty kongsi-kongsilah gambar dengan SH yerk hehehe ! Nak balik kerja tadi , jumpa senior satu sekolah dan asrama dulu ! Siyes rindu gila kat dy! Dah lama lost contact ! jUmpa juga kembali ! Dengan dyer lah dulu SH bekerjasama menjaga adeq2 di asrama ! Dia ibarat api, SH ibarat air...Cewah Tetiba teringat detik-detik berpuasa di asrama ! Sangat-sangat manis !
Nanti-nantilah cerita .. nak tengok Heartstring ep 14..baru selesai Download ! To cik Zqa : Drama Dream High & Heartstrings ni kompom boleh ambil sebelum mula sem baru nanty (^.^) Thanks with Love to: Metro...Wikipedia... EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG, Salam Satu Malaysia ! Tak sangka dah nak raya ek !! Masing-masing sibuk wat kuih raya termasuklah SH ! ~SH buat ker kuih raya ?~ Helllo tengok tangan dan jari okies! Da siap tiga kuih tahu ! Okies bercakap mengenai kuih raya ni , SH telah ditawarkan menyertai satu contest ini oleh Cik Nanad !
Jadi dengan senang hatinya SH pun menyertai contest ini ! Okies, apa yang perlu SH buat adalah meneka jumlah Kuih tart yang ada di dalam bekas di bawah ini !
SH nak tag kawan-kawan SH iaitu : 1. Zeeqa Ajie 2. Ain Farhain 3.Azura 4. Diode Nak tahu hadiahnya apa..bolehlah menjengah blog Cik Nanad ! Thanks with Love to: Cik Nanad ! EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: Contest |