Lama sudah tak update beloG SH ! Macam ni lah keadaan bila mula semester baru! Memang tak ada masa nak jenguk beloG ni ! Sangat sedih dalam hati ini...! Kalau nak diikutkan , memang banyak yang SH nak kongsikan..! Tapi tak tahu kenapa , ayat yang disusun untuk bercerita semuanya jadi serba tak kena...! Asyik pikir coding aja ni huhuhu ! Ok review sikit perjalanan SH sepanjang sebulan ini! Alhamdulillah, dapat juga SH berkumpul dengan sahabat-sahabat form 6 walaupun tidak semua yang terlibat.! Lepak-lepak dengan dyorang memang tambah pening Kepala lah.. Macam-macam cerita yang kami bualkan...
Cuma SH agak terkilan tak dapat berjumpa geng Cinderellah SH huhuhu! Thanks to Radzi (my bestfwens) sebab sudi belanja SH (walaupun janji dengan orang lain kan) Alhamdulillah rezeki sebelum pulang ke Uni kan.... :)
Dari Labis , SH singgah ke rumah Pakcik Cham di Nilai.. Bermalam satu hari di rumahnya dan ronda-ronda di sekitar nilai pada malamnya hehehe! Keesokan harinya , SH meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim ! Agak lewat juga tiba kerana terdapat kemalangan jalan raya yang menyebabkan traffic jam.. Masalahnya orang yang tengok ramai dari yang membantu... Kalau jam sebab bantu tak pe juga... Setibanya di Tanjung Malim SH terus mendapatkan kuci rumah sewa.. Sehabis mengangkat barang, SH dan family pun ronda-ronda lah sebentar... Rumah sewa kali ini SH stay satu room dengan Sahabat gila-gila SH ..Azuana...! Awal-awal minggu agak sibuk menguruskan minggu ADD N DROP kursus serta kebersihan rumah sewa..! Jadi maaf yer tak ada gambar untuk di kongsi... Sibuk sangat sampai lupa nak bergambar hehehe ! Thanks with Love to:Sahabat SH dan Family SH :) EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Ahmad: Assalamualaikum, mana ummi? Alia: Waalaikumussalam warahmatullah. Ummi dah pegi keje dah. Abang gi mana tadi? Ahmad: Beli nasi lemak untuk breakfast. Nah, amik sebungkus. Alia: Letak la kat atas meja dulu. Nanti Lia makan. Alia (adik Ahmad) sedang sibuk dengan hensetnya. Ahmad: Amboi, kuat bermesej nampak! Bunyi cam anai-anai. Ko tengah chit chat ngan menteri besar ke tu? ![]() Ahmad: Kawan ke boyfriend? Aku kenal la ko Lia. Lain gayanye kalau ko tengah SMS ngan kawan. Ahmad menjenguk henset Alia dan ternampak mesej “romantik” adiknya. Alia: Ala abang ni, nyibuk je! Biar la orang nak SMS ngan sesape pun. Ahmad: Ye la, masalahnya bila nak topup mintak duit kat abang jugak. Kalau camni la duit abang menghilang, tobat tak nak bagi dah. Alia: Rilek la bro! Lia pakai Celcom 8pax la. 0.5 sen je satu mesej. Tak sampai satu sen pun. Ahmad: Hmm…dah lain ek skang. Alia: Apa yang lainnya? Ahmad: Harga dosa dah makin murah pulak. Alia: … Thanks with Love to:http://akuislam.com/blog/renungan/harga-dosa-dah-semakin-murah/ EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: epiloG hati |
Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Aduh lama sungguh tak menjengah beloG SH ni.. Sorry ya.. Bila mula semester baru ini , banyak kerja yang perlu ditumpukan.. Tumpuan pada rumah sewa juga... Hari ini untuk kali ketiga kami dah mula memasak sendiri... Wahh berjaya membuat resepi Tom Yam pada hari ini Hehehe Bukan tak reti nak masak cuma jarang masak jer huhuhu... Kelas untuk semester kali ini agak full juga. Nak buat cam na..SABAR aja lah... Esok Tun Mahathir nak berkunjung.. Ermmm agak2 dapat jumpa tidak yerk??? SABAR!! Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Hai sahabat-sahabat Blogger SH... Aduh sudah 6 hari SH tak berkesempatan mengupdate entry baharu yerk ! Bukan disegajakan... Tetapi wireless ini baru sahaja dapat di masukkan pada hari ini... [ ok ayat tunggang langgang sebab dah lama tak menaip ni ] Sepanjang minggu ini SH agak sibuk dengan minggu pertama kuliah bagi semester 3 ini.. Banyak perkara yang nak kena fikirkan semula mengenai timetable kami... Memang agak menyusahkanlah... Dahlah hari pertama kuliah kena halau dari kelas Kebudayaan Keusahawanan !!! Opppss kena halau bukanlah bermakna SH buat salah or whatever... Cuma SH dinasihatkan mengambil subjek asas yang lain sebelum mengambil subjek itu.. Ini adalah subjek bagi Minor SH.. Aduh payah sungguh !! Bila masuk hari kedua.. Hari itulah untuk pertama kalinya SH tidak bersama sahabat-sahabat AiShAzDaMine SH... Selalunya kami pergi kelas sama-sama..duduk dalam dewan kuliah sama-sama..subjek yang sama... Tapi semester ini SH mengambil keputusan untuk tidak mengambil subjek pengayaan diri yang sama dengan mereka... Bila duduk sorang-sorang dalam dewan kuliah, memang agak "tidak dihiraukanlah" Bukan tak ada kawan-kawan lain... Tapi SH ni bila tak biasa bercampur dengan mereka, jadi SH akan malu untuk menegur hehhehe.. Lagipun mereka dah dengan kawan-kawan mereka.... Al-Nasib... Untuk hari ketiga, SH dan sahabat sibuk menguruskan minggu ADD & DROP kami.. Ok untuk pertama kalinya kami merasakan benda ni memang menyusahkan.. Dahlah nak mencari subjek yang tidak bertembung dengan subjek lain amat payah sekali.. Masa semester dua tak pula jadi macam ni ....! Hari keempat, keadaan lebih baik sedikit walaupun SH ada kuliah yang tidak sama dengan sahabat SH tapi nasib baik ada kawan-kawan yang lain dalam kuliah tersebut.. Tidak seperti kuliah pada hari Selasa T_T Untuk hari kelima (hari ini) Keadaan lagi baik !!! Sebab cuti sempena HARI MALAYSIA ! Aktiviti SH untuk hari ini adalah mengemas rumah sewa bersama sahabat-sahabat tersayang ! Selamat Menyambut Hari Malaysia ! SH bangga menjadi anak Malaysia !! Thanks with Love to: Uncle streamyx yg sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik ! EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
SH terpaksa memberhentikan sementara mengepost entry-entry baharu buat masa ini... SH juga akan terlewat memziarahi blog-blog kamu... Maaf semua Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Nampak tak banner di atas??? Aha, SH tetap semangat nak menyertainya walaupun selalu sertai tak pernah dapat hehehe Jangan Mengalah right ??? Cara untuk memenangi Mega Giveaway ini adalah :
Karang tak pasal2 kena tolak penyertaan kita ni :) 1. follow blog saya , hanani & arisa [ tak wajib , tapi lebih senang follow untuk mengetahui in4 ]-->DONE!! Itu sahaja.. Senang kan??? SH harap bulan oktober sempena tarikh akhir GIVEAWAY ini serta bulan kelahiran SH dan si dia akan menjadi tuah kepada SH :) Amin ... ! Korang nak join silakanlah yerk :) Thanks with Love to: http://d-luvers.blogspot.com EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: Contest |
Mood nak packing barang kejap ada kejap tak ada.. Sebab tuh SH on9 jer keje hahaha! Hadoi, bila mau siap macam ini ! Ok first sekali SH nak ucap terima kasih kepada Cik Sara sebab sudi bagi SH cilok sebarang dua doodles beliau ! Yelah SH nak buat doodle sendiri???? Sampai korang tumbuh janggut pun memang tak ada nya dapat buat hehehe Doodle yang Cik Sara bagi cilok SH letak di header .. Ceh nak juga tuh macam orang lain.. Suka hati Sh lah kan kan kan !!! Alah simple aja ni okeyh ! Memang tak kreatif ... First ayat dah habis! Second plak ... Esok SH nak berangkat ke Tanjung Malim .. Takot woooo barang pun tak siap packing lagi... Seperti biasa, macam semester 1dan 2 dulu.. Family SH yang akan hantar SH ke sana.. Amboi kau SH, dah semester 3 kot.. Takkan nak berjemput hantar lagi !!! Erkkk abis tuh, family SH yang sanggup nak hantar dan jemput.. Bukan salah SH kan! Hehe itulah ayah manjakan sangat SH ni.. Ehh bukan!! SH BUKAN ANAK BONGSU YERK.. SH anak yang ke tiga daripa lima orang... Tapi memang SH manja dengan Family... Sebab SH pernah menjadi bongsu selama 10tahun !!! Bilaumur sepuluh tahun , dapat plak adeq.. Memang tak lah nak amik tempat kakak dy yang manaj ni ok !!! hehehe... Yela2 lepas ni SH cuba naik kereta apai plak [Tak mau Bas!!!] habis ! Eh tuh tuk ayat kedua.. Skunk ayat ketiga... Bila dah cuti 4bulan , maka lappy ni tak pernah melakukan kerja di microsoft word lagi ! Asyik wat kerja kat mediafire jer ade lah ! Jadi tadi buka lah benda alah tuh dan....... Hadoi, SH lupa lappy ni dah kena format hari itu ! Tokey tuh boleh pulak bagi Microsoft office yang baru punya.. Yang 2010 punya !!! Hadoi, selalu guna 2007 punya.. Macam mana ni.. dah lah tak explore lagi !!! Lepas ni kena explorelah !! Cerita yang ke empat sempana habisnya cuti semester ini.... Baru SH perasan... APA DIA???? Tengok pic bawah ini... Ya ampun.. semua dah merah !!! Sebab banyak sangat cerita Korea kat dalam lappy SH ni!!! Hadoiii!!! Kenapa tak simpan dalam Hard Disc ??? Bukan tak nak simpan TETAPI.... HD pun dah merah macam ni ha!!!!! Tidak !!!! Memang HD baru lah kena beli !!! Melayang lagi ! Sekarang betul-betul tamat cerita ini... Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG,
Hadoii apanya lah yang SH tak puas hati pagi-pagi ini ??? Biasalah kita hidup ni akan ada rasa tak puas hati terhadap sesuatu perkara kan... SH sebenarnya masih tak rasa puas dengan beloG SH ni.. SH pun tak tahu kenapa.... WAlaupun ada yang puji beloG SH ni 'comel + cantik + kemas' [tak tahu lah ikhlas ke tak] SH tetap rasa beloG SH ni sangat-sangat tak menarik :( Sebenarnya SH jeles dengan beloG orang lain :) Kalau blogwalking aja Nanti SH dapat tengok Dodol-dodol yang sangat cantik kat Header + Shoutbox + bla bla bla dyorang ! ~Apa plak dodol ni???~ Erkkk Doodles lah [ eh ejaan betul tak ekkk?] SH jeles lah sebab SH tak kreatif dan tak tahu nak buat doodles tuh !!! Sedihnya... Kalau boleh nak juga letak kat header SH ni doodles tuh [kih2] Haa ni lagi satu.. Tak puas hati sal header lah ni.. SH tak sempat nak betulkan header SH ni lah.. dah nampak buruk kan :) Ai lah masa.. Bilalah kau nak datang pada aku !!! Thanks with Love to: EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: EpiloG SH |
Bismillahirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dear BeloG,
Jadi dengan ringan hati , senang fikiran , mudah menggerakkan tangan SH ni.. SH pun berhajat untuk menyertai contest ini.. Kalau namanya pun contest, pasti ada syarat-syarat yang perlu kita ketahui kan.. Syarat-syarat untuk Contest Cerita dan Menang ini adalah seperti berikut :
Ha, lagi sekali..Kalau dah namanya pun contest pasti ada hadiah yang menanti pemenang kan !! Hadiah yang Cik Sara sediakan adalah seperti berikut :
Haa menarikkan .. SH pun tak pernah topup sampai RM50ni !! Mana tahu untung badan dapat kali ini :) Baiklah , back to the journey ---> Hadoiiii melalut ! Cerita Pengalaman raya SH selama hidup kat muka bumi yang fana ciptaan ALLAH ini terlalu banyak !! Yelah dah 21tahun menyambut hari raya kan hehehe... Tetapi pengalaman yang SH tak dapat lupakan -------> #1 Kemalangan di hari raya pertama !
Hari itu adalah hari yang pelik juga buat SH... Ialah selalunya pada hari raya pertama, kami sekeluarga akan pulang ke kampung sebelah ibu dahulu kemudian petang hari baru ke rumah sedara mara sebelah ayah.. Notes** Kampung belah ibu dan ayah memang tak jauh.. Masing2 setengah jam perjalanan dari rumah SH..Tapi kalau jalan kaki memang setengah hari lah :) Kampung Ibu terletak di Pekan Air Panas , Labis manakala kampung Ayah di Segamat ... Maka, pada hari yang pelik itu, kami sekeluarga telah pulang ke Segamat dahulu [tidak seperti tahun-tahun lalu dimana pulang ke Pekan Air Panas dahulu].. Selalunya , kalau berada di Segamat , kami memang akan berada dari tengah hari hingga malam.. Namun pada raya kali itu, kami berada dari pagi sehingga Petang [Ishh peliknya :) ] Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Segamat [ Senja ] .. SH dan adik-beradik yang lain tertidur kerana kepenatan mengumpul duit raya [ Budak2 biasalah ] Dalam keadaan lena diulit mimpi dapat duit raya berjuta-juta [nampak beno nipunya ] Tiba-tiba kami di kejutkan dengan satu bunyi dentaman kuat dari arah depan ! SH yang terpinga-pinga terus bangun dan melihat keadaan depan kereta kami yang sudah $%&*@ [tak tahu nak gambarkan ] Tapi yang PELIKNYA , kereta yang disondol oleh ayah SH tuh tak teruk pun !! Dalam keadaan jalan yang sesak, akhirnya kereta kami di bawa ke bengkel berdekatan dan kejadian tersebut diselesaikan tanpa melibatkan pihak polis! Yang SH bersyukur sangat, Keluarga SH tidak ada langsung mengalami kecederaan pada kejadian tersebut... Kejadian tersebut berlaku kerana ayah SH terlena seketika akibat penat.. Tapi nasib baik tak ada jadi apa-apa... Takut juga haty ni... TETAPI.. Raya tahun tuh memang patah kaki lah nak pergi kumpul wet raya .. WALAUPUN... Ayah ada kereta lagi satu, tapi kami tak suka naik hehehehe.... Selepas kejadian itu, arwah atok sebelah ibu ada beritahu kami bahawa pada petang kejadian tersebut, arwah bermimpi bahawa kami kemalangan masuk gaung !!! Astaghfirullah... Nasib baik tidak benar.. :( #2 Hari raya yang sempoi !! Pengalaman ini pun SH tak dapat lupakan.. Rasanay hari raya pada tahun 2010 inilah yang paling sempoi buat kami adeq-beradeq.. Kami ni jarang ada gambar hari raya bersama.. Jadi bila tahun 2010 ni dapat bergaya bersama kamera nikon **** [eleyh pinjam abg wan !!! ] Apa lagi, bergaya sakan lah kami :) Tak nak cerita.. Tengok gambar boleh kan :) Inilah family dan adeq beradeq SH !! Dan yang paling best apabila hari raya berkumpul dengan Sepupu sepapat sambil bom kampung !! Raya tahun 2010 ini juga sepupu dari KAY ELL buat kerja gila main meriam di hari raya Yang lagi gila nak tahu tak ??? Nenek SH sponsor Kabait maaaa!!! Cayalah nek !! You're Rock nek !!! Hehehe tapi nenek kata : " Pergi main meriam kat kebun belakang tuh, boleh halau Khinzir-khinzir yang makan tanaman atok jer " Hahaha sebab tuh nenek sponsor kabait ekkk !! Hadoiii!!! Tapi nasib baik korang main meriam tak jadi pape !! Haa itulah cerita Gembira dan sedih yang SH tak pernah lupakan semasa Hari Raya !! Erkk Cik Sara.. agak2 guling-guling tak baca pengalaman SH ni??? ~Hadoiii!!!~ Jangan marah yerk :) SH nak tag sahabat-sahabat baru blogger SH iaitu : Aniss Done!! Tamat !! The End !! Thanks with Love to: Cik Sara a.k.a Ct EpiloG Dunia SaYuRi. Labels: Contest |