![]()
Assalamualaikum..
Aduh, banyak lagi blog dari Segmen : Jom tingkatkan followers sampai lebam yang belum direview..
Tidak ada masa...
Jangan risau, pada yang dah follow SH, SH akan ambil masa untuk follow anda kembali.
Wait for me ok!
InsyaAllah SH tetap kotakan janji SH!
Hari ini merupakan hari ke- SH bermata baru
Huwaa ayat tak boleh blah.
Ok masih lagi dalam mood menyesuaikan diri dengan kaca mata ini.
Dah biasa tak berkaca mata kan.
Rasa ganjil pun ada.
*Ada ke patut Mista Garfield cakap macam katak!
Masuk minggu ketiga di semester 5
Minggu ni Upsi agak sibuk dengan Pilihan Raya Kampus (PRK)
Secara jujur, PRK kali ini tak semeriah dulu.
Ada something yang hilang.
Lagi pulak, calon yang dicalonkan, langsung tak dikenali.
Senang citer memang tak best lah.
Labels: EpiloG SH |
![]()
Assalamualaikum..
Semester lima, satu perubahan lagi berlaku dalam diri SH
Waduh kok kenapa dapat mata baru.
Setelah dua semester asyik mengalami sakit mata sahaja,
AKhirnya semester ini SH disahkan menghadapi rabun ....
Biasalah penyakit keluarga dah rabun ni hahah
Dua semester lepas SH dah dapat tahu pun SH ade rabun silau, tapi tak tinggi pun powernya.
Jadi, ibu tersangatlah marah kalau SH nak pakai cermin mata ni.
Mana taknya, ibu ayah, kakak dan adik semua dah pakai cermin mata.
SH je yang bertahan dalam keluarga untuk tidak pakai cermin mata
Akhirnya semester ini ketahanan mata SH dah mula longgar
~tah pape ayat tah~
Hari ni dapat juga bertemu dengan ex housemate masa semester 1 dulu.
empat semester masing-masing sibuk dengan tugasan masing, tak dapat nak bersua muka.
macam-macam cerita dibuka kembali hari ini :)
Tak nak panjang cerita, preview picture je lah
p/s: Mak cakap, nak buat camna dah memang satu family setia dgn cermin mata ni hahaha
Labels: EpiloG SH |
![]()
Assalamualaikum.
Pagi jumaat yang mulia ni,
SH cuma nak meluahkan sedikit kekecewaan.
Yes SH tahu tak semua manusia ni sempurna.
Terima kasih lah adeq kerana mengingati kakak-kakakmu yang sedikit jahil ni.
Tapi tolonglah jangan berfikir sempit sangat boleh tak.
Yup Aurat memang wajib kita tutup,
Memakai baju lengan pendek dan menampakkan selebihan lengan dah kira tak menutup aurat.
Ye kakak-kakak mu tahu itu semua.
Tapi tak semestinya bila kakak-kakak mu membeli pakaian berlengan pendek,
mereka nak pakai macam tuh aja.
Please thinking kalau dah muslimah tuh bertudung, mereka pun tahu mana yang elok dan tidak.
Sekarang koleksi pakaian kita dah ada berbagai jenis.
Cardigan pun ada.
Boleh aja kalau kakak-kakakmu nak memakai baju lengan pendek tuh dan lengan selebihnya ditutupi dengan memakai cardigan kan.
Kakak-kakakmu tahu kebimbanganmu mengenai umat yang melupakan ajaran islam sebenar-benarnya.
Tapi kakak-kakakmu masih ada akal untuk berfikir yang baik.
Selama kamu melihat/ berjumpa kakak-kakak mu itu adakah pernah sekalu kamu melihat mereka tidak menutup aurat.
Fikir sebelum berkata
kerana kata-kata lebih dalam luka kalau terhiris di hati,kata-kata itu tajam daripada pisau.
SH tak layak nak membicarakan mengenai hukum islam,
i'm not perfect at all
tapi SH cuma terkesima apabila terbaca status tersebut (------)
Kalau takut dilambung Ombak, jangan berumah ditepi pantai.
---apa-apa je lah---
Labels: EpiloG SH |
Jom Join Segmen yang dianjurkan oleh beloG http://merepekgila.blogspot.com/ Boleh klik banner untuk join. Insyaallah kalau korang rajin dapatlah tingkatkan follower korang juga. Setakat hari ini follower SH seramai 408 sahabat. Labels: Contest |
![]() tidak! Tetiba dikejutkan dengan perkataan "SH hard disc ko ada autorun lah, file tak boleh buka!" Huwaaaa kenapa harus begini! tak sanggup! tahu tak betapa susahnya nak mendownload cerita2 korea n japan tuh! adesh!!!! Sh pun apa lagi, terus je on laptop, ambil balik hard disc SH dan buat rawatan hati ke hati! Tolonglah wahai hard disc ku, jangan wat hal ekk. Sayang kamu! hahaha setelah 15minit berusaha. alhamdulillah semua cerita japan n korea SH kembali seperti biasa. Korang pernah hilang folder @ maklumat penting korang such as assigment ke akibat virus autorun yang melanda??? Nak tahu cara untuk dapatkan kembali folder korang yang tak boleh buka tuh? Moh ler kita ke EpiloGue For Study untuk belajar caranya ok! http://epilogueforstudy.blogspot.com/2012/09/tutorial-kembalikan-file-yang.html Labels: EpiloG SH |
![]() Sedang mencari masa untuk buat freebies. Setakat ni hanya ada freebies ni je. http://www.epilogmizsayuri.com/2012/01/freebies-fly-to-top-korean-artis.html Labels: EpiloG SH |
![]() Hari ini hari jumaat! Tahu tak hari jumaat ni hari SH dapat free dari kuliah hahaha.. So banyak merehatkan diri je hari ini! Tapi jangan leka ye SH, hari esok masih ade kuliah. Aduh berat sungguh! OKlah sepanjang minggu ni memang sibuk menguruskan hal rumah sewa dan tambah gugur kursus. Berkenaan rumah sewa, semester kali ni agak berat lah bagi SH bila ditanggungjawabkan untuk memegang kewangan rumah bil dan segala bagai. Yela pegang duit orang tuh! Seram tau tak! Harap2 Sh dapat menjalankan amanah ini! Berenaan minggu tambah gugur kursus, alhamdulillah pensyarah pun tak banyak hal. Walaupun banyak yang clash dengan jadual lain, bernasib baik sebab dapat tuar kelas. Tapi tension sangat bila dapat tahu semester lapan nanti kami ada latihan industri. What the Hell...... betul2 selepas praktikum plak tuh! Dah lah afta semester lima ni tak balik juga ada ursus sebulan, kemudian sambung semester 6, semester 6 plak ena habisan semua subjek minor! Tak cukup dengan tuh abis exam semester 6 , dah sibuk pikir praktikum plak... 3 bulan praktikum, terus kena latihan industri... takcukup 2bulan latihan industri, sambung final proje n habiskan subjek major plak... Hello! We all not robot lah! Tunngu je lah perkhabaran seterusnya dari ketua jabatan perkomputeran nanti! ![]() Labels: EpiloG SH |
![]() Assalamualaikum.. Hari ini merupakan hari ketiga SH memulakan semester lima. Waduh sudah semester lima rupanya. Macam sekejap je rasanya. Okeyh! Masuk kelas ke tiga hari ini semua pensyarah sangat sporting! Alhamdulillah tidaklah berasa tension sangat kan. Semester kali ini juga bermulanya penyewaan di rumah baru. Wah sangat penat nak ngemas rumah n barang2 ditambah pula keperluan yang tidak mencukupi dirumah baru ni. Tetapi itu tidak menjadi masalah bagi kami. Sangat seronok bila stay rumah sewa baru ni sebab tak perlu berebut bas lagi hehehe... Semalam seharian shopping di TF Hypermart Behrang dan Pekan Tanjung Malim. Alhamdulillah juga sebab ayah yang baik hati sanggup hantar SH ahad lalu, maka Sh tak perlu beli barang2 keperluan semalam. He hehe ada hati menghabiskan duit kakak2 ni. Nasiblah dapat jadi anak ketiga ni kan :) SH juga harap semester kali ini SH dapat perbaikidiri dari segi pelajaran dan pergaulan. Tidak mahulah perkara seperti dahulu terjadi lagi kan. Apa yang dah lepas tuh SH harap dapat buang jauh2 dan memulakan perjalanan dalam buku baru. SH cuba menjaga pergaulan supaya tidak ada yang terasa hati dengan SH lagi Namun jika ada yang terasa, seawalnya SH mohon kemaafan dari korang . SH hanyalah manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan . ---------------------------------- Bila jumpa junior semester satu tadi alamak dah tua rupanya aku ni hahahha :) ![]() Labels: EpiloG SH |
![]() ![]() Dimana-mana sahaja masih kecoh mengenai lagu Gangnam Style yang dipopularkan oleh PSY , seorang rap dari Korea. Fenomena Gangnam ni kalau tak silap SH melanda Malaysia sejak bulan julai yang lalu, dimana waktu tersebut adalah "stage comeback" dari PSY. Kira lagu ni memang hot, mana tidaknya baru seminggu sahaja ditayangkan di Gangnam Style penontonnya dah mencecah ribuan orang.(angka tak dikenalpasti) Jangan kata Malaysia je yang dilanda fenomena Gangnam Style ni, mereka di Amerika Syarikat pun turut dijangkiti demam yang dibawakan oleh PSY ni! Kalau nak tahu buatlah research kat Uncle Goole ye sebab SH pun dah pernah research dulu. tapi sekarang dah lupa link dy hahaha. Kalu korang rajin tengok kat youtube, pelbagai versi parody yang dikeluarkan meniru gaya Gangnam Style ni. Mulanya SH tak faham kenapa orang begitu taksub dengan Gangnam Style ni. Seawal kemunculannya dulu, memang SH ade mendengar (tapi belum menonton MV) dan apa yang SH tahu Gangnam tu adalah nama sebuah tempat di Korea dimana kalangan orang-orang kaya yang stay kat situ. Tapi selepas menonton MV , baru SH tahu yang mereka ni semua taksub dengan tarian "horse" yang dibawakan oleh PSY dalam MV ni. Ala Korea ni macam-macam tarian kita dengar, sekarang ni popular tarian 'horse' ni, Tapi seketika dulu tahukah anda tarian 'Grasshoper' turut popular??? Mana datang pulak tarian grasshoper ni??? hahaha Tak pasti lah siapa yang mempopularkan tarian grasshoper ni tapi yang pasti ketika Bigbang G-Dragon buat album solo, lagu yang bertajuk Heartbreaker ada mempamerkan tarian tersebut. Dan yang pasti, siapa yang pernah menonton Running Man, Yoo Jae Suk turut mempopularkan tarian ni. ![]() Ok berbalik pada Gangnam Style, Setelah beberapa minggu diperdebatkan dan dipertikaikan mengenai tarian Gangnam Style ini, dari sumber facebook.com SH mendapati ulasan ini sangat boleh di fahami oleh orang ramai. Cuba korang fahamkan pulak ye.
Ha faham tak apa yang korang baca ni? Kalau tak faham SH tak tahu lah, sebab ulasan ni diambil 100% tanpa SH ubah pun ok! Lirik lagu Gangnam Style ni tak membawa kesan pun seperti yang kita sedia maklum lirik yang dibuat adalah untuk mengambarkan budaya hidup orang kaya di Gangnam. SH pun nyanyi je tang "OPPA GANGNAM STYLE" tetapi..... Tak de lah SH nak ikut tarian yang dibuat. Masa SH tengok tariannya pun SH berpendapat tarian tersebut sangat HODOH untuk dilakukan. Tarian Grasshoper lagi lawa hahahaha.. So , masing-masing ada pendapat sendiri. Masing-masing ada fikiran sendiri. Boleh membezakan mana yang elok dan tidak elok. P/s: Yela kalau cakap pasal korea, orang akan cakap "alah ko pun addicted sangat ngan korea tuh elok sangat ke??" Walaupun SH addict dengan artis Korea, tapi SH tak de lah nak meniru gaya yang dipertontonkan oleh mereka. Salah ke setakat kita menonton drama, variety, dan mendengar music mereka? MUSIC IS UNIVERSAL. Sekarang ni ikut pada diri masing-masing. Kalu mereka follow dengan gaya yang mereka tonton, bukan salah pada hiburan tersebut, tapi salah pada diri kita yang tak tahu nak berfikir kesannya. cr: facebook.com, youtube.com, google.com Labels: EpiloG SH, gangnam, korea, psy, style |
Disebabkan dah lama tak BW dalam bloG, so kali ni Sh nak bw sambil join segmen. Segmen ni di anjurkan oleh miss Z >sini< SH blogger Johor dan Follower seramai 363 sahabat blogger! - Segmen tamat pada 10 SEPTEMBER 2012, JAM 2 PETANG #segmen ini terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia. Senang dan mudah! Jomlah ramai2 join! Labels: Contest |
![]() Selalu masa cuti Sh dapat mendekorasi beloG ke wajah baru. Tapi cuti kali ni agak susah nak lakukan kerja tersebut. Akhirnya, beberapa hari sebelum pulang ke Tanjung Malim, dapat juga Sh menceriakan beloG SH dengan Wajah baru! Header dah ditukar lagi! ~Senarai header Sh sebelum ini boleh lihat di ENTRY ini!~ Kenapa Running Man???
Ok ni nak story pasal variety show korea yang sibuk menjadi tontonan ramai ni.. Mula2 dulu SH tak amik port pun variety ni.. Sibuk juga lah budak2 course SH ni sebut2 Jong Kok 2x, Jae Suk lah, Gary,Haha... Eyhhh sapa2 tah tuh! Tak kenal2.. haha Virus Running Man ni pun turut dijangkiti oleh Makcik Shida... Wah dulu kalau dengar Shida gelak besau tuh memang dah aimed lah dy tengah tonton running man... Masa tuh SH blurrrr lagi ar apa yang bestnya Running Man ni! So SH pun diam-diam kan ajalah diri ni.... [memang tak de niat nak layan pun] Ade juga lah beberapa kali SH layan makcik shida tengok Running Man , Tapi masa tu pintu hati belum terbuka nak tengok lagi. Sehinggalah di suatu petang yang sepi, selepas stress mengulangkaji pelajaran untuk final exam, SH, Shida & Azu pun layan lah Running Man episode Park Ji Sung! Haa inilah yang menjangkitkan SH dengan Running Man. Memang boleh hilang tension lah kalau tonton variety ni. SH mula tonton full episode Running Man bila cuti semester dah bermula. Adek lelaki SH pun suka dah tonton cerita ni. dan paling dia suka adalah Kim Jong Kook! Sparta Kook orang yang kuat dalm Running Man!
![]() Labels: EpiloG SH |