Assalamualaikum....
SURAT UNTUK DYE LAGI
Hai awak....
Sekali lagi saya dapat baca status2 awak yang seakan-akan memberi maksud bahawa orang itu adalah saya.
Sekali lagi juga saya mohon maaf jika saya melukakan hati awak.
Adakah ini cuma perasaan saya sahaja?
Sebelum saya menegur awak, kata-kata awak ibarat seorang yang terluka hatinya.
Bila saya tegur awak, satu ayat yang awak ucapkan..."akhirnya"
saya mungkin bertepuk sebelah tangan.
tapi saya takkan sesekali membiarkan perasaan ini diketahui oleh awak.
Saya bukanlah perigi yang mencari timbanya...
Andai Dy takdir ku, Andai dy Imam buatku,Andai aku ditakdirkan untuk menjadi makmumnya, berikanlah petunjukmu Ya Allah.
Lepaskanlah aku dari hati yang terikat dengan kerinduan.
Lupakanlah aku pada orang yang banyak menyakiti ku
Redha kanlah aku dengan hubungan tersebut.
Tunjukkanlah aku iman ku yang sebenarnya.
Hanya KAU yang mengetahui Jodohku.
Assalamualikum Imamku.
Labels: EpiloG SH |