Bila BW terjumpa lah segmen dr adik Lyssa, Blogger terkenal ni.
Terasa hati nak joinkan diri ni.
kenapa korang berblog ?
Mula-mula SH berblog adalah untuk berkongsi rasa, hati dan perasaan. Iyelah selalu orang meluahkan pada sahabat kan. Bagi SH SH senang meluahkan dalam penulisan blog ni. Boleh terima pendapat ramai orang.
Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ? SH orangnya suka mengexplore perkara baru. Jadi bila tahu kakak SH ade blog, SH pun suka nak belajar perkara baru. Dalam diam-diam SH cuba memahami coding blog dan cara penggunaan blog :) Bila dah belajar berkaitan teknologi maklumat, semangat dalam berblogging terus kuat, sebab banyak assigment yang menggunakan coding, jadi dah memahami kegunaan code2 tersebut. Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Tujuan asal SH berblogging macam SH tulis tadi untuk kongsi rasa , pengalaman dan hati ni. Apa yang berlaku dalam kehidupan disekeliling SH, apa yang berlaku dipersekitaran kediaman SH, apa yang berlaku di persekitaran belajar SH. Dan apa yang menariknya tentang blog korang tu ? Tiada apa yang menarik dalam blog SH, bagi SH menarik atau tak bergantung pada anda yang dah singgah ke kampung beloG SH ni. Jadi hanya anda yang tahu apa menariknya beloG SH ni :)
siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la ..
Idola dunia blogging...... ermmm semua blogger yang SH kenal adalah sumber inspirasi Sh dalam dunia blog. Blog anda yang menarik dan tertarik akan memberi inspirasi kepada SH untuk mengindahkan lagi kampung beloG SH ni. Bagi sumber penulisan pulak, sahabat2 dan family, serta Mr Garfield adalah sumber inspirasi dalam memberi idea untuk menulis. ERKKK MACAM LARI TAJUK JE NI...Oklah, sebenar-benarnya, beloG Lyssa Faizureen menjadi salah satu inspirasi dalam penulisan blog SH ni. Bukan BODEK tapi kenyataan, dari beloG pertama sehingga beloG yang ada sekarang, BeloG Lyssa sentiasa menjadi perhatian untuk diterjah :) #Lebih suka berdiam dari menyerlah, itulah SH... Sebab tuh tak ramai orang mengenali SH di tempat study, tapi dengan beloG SH , orang mengetahui apa yang SH boleh lakukan dan mula mengenali SH. Terima kasih beloG EPILOG MIZ SAYURI ....# Labels: Contest |