? Old Memory ?

» July 2011
» August 2011
» September 2011
» October 2011
» November 2011
» December 2011
» January 2012
» February 2012
» March 2012
» April 2012
» May 2012
» June 2012
» July 2012
» August 2012
» September 2012
» October 2012
» December 2012
» January 2013
» February 2013
» March 2013
» April 2013
» May 2013
» June 2013
» July 2013
» September 2013
» October 2013
» November 2013


? Entry ?

  • Epilog : Menghitung hari-hari terakhir
  • EpiloG : Salam 1435 Hijrah
  • EpiloG : Perantauan di Aidiladha 2013
  • SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST
  • Giveaway : First Giveaway By Atiqah Jaidin & Arrie...
  • Segmen : Apple Mints mencari Bloglist Part 2
  • EpiloG : November Menjelma !
  • EpilOG : wELCOME HOME oCTOBER
  • epiloG : Life as a Teacher
  • epiloG:Cikgu Nurul ~teacher to be~!


  • ? Credit ?

    ©2013 Inspired By Twitter .
    A round applause for;
    This code 90.9% by Ohmyungshoe .
    Service and Terms are from her .
    The helper and some basecodes are from HER .
    Some Code in this Template was edited by Me.
    This blog looks hot in Google Chrome.
    Please do not view my page source.
    Ask me if you need any codes :Sayuri Hana
    Empowered by Blogger
    EpiloG : Apa salah dia!

    0 LoVeR | 28/02/2012



    si kudung yg berani, kaki di potong ketika kecil hanya kerana mencuri ikan dan dicampakkan utk mati.....Umurnya panjang, dia diselamatkan seorang yg berhati mulia....!!!

    Siyesly, nanges tengok Video ini!
    Kejamnya orang yang lakukan perbuatan ni...
    Tak ada akal ka!
    Geram sangat2!!!!



    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : No More Cry!

    0 LoVeR | 27/02/2012




    Alhamdulillah, hari Sabtu, SH telah menjejakkan kaki ke Tanjung Malim sekali lagi pada tahun ini...!
    Sampai2 je hujan lah pulak TM ni...!
    Balik rumah sewa, kemas2 barang dan lepak bersama Huda n Odah..

    Akibat batuk dan selesema yang semakin teruk, agak awal jugalah SH tido selepas sembang2 dengan mereka!

    Hari ahad pulak, jalan2 di karnival dan membeli sedikit keperluan untuk SH!
    Sekarang beli barang yg simple2 je, dah tak sama macam semester 1 dulu,
    buku nota nak cantik2 bagai!
    Sekarang beli je buku tulis tuh hah senang huhu!

    Hari ini plak kelas pertama bagi SH setelah seminggu "ponteng" kelas!
    Not bad lah, ngantuk pun iye huhu!
    Semester ini kata mereka, kena banyak memerah otak!
    kena banyak menggunakan kekreatifan sendiri!
    Dan kena banyak berkorban!

    Jadual memang pack giler lah!
    Sampaikan ade makmal malam!
    Struggle lah semester ini!
    Insyaallah SH cuba lakukannya dengan bersungguh2 dan terus berusaha!
    No more cry!

    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Sakit!

    0 LoVeR | 22/02/2012




    Bila batuk menguasai diri, tekak rasa tak sedap sepanjang hari..
    Hadoiii dijangkiti wabak batuk dari my mum!
    Redha je lah hehehe!

    Esok ayah akan menjalani pembedahan.
    tAK TAHU PAGI ATAU PETANG...
    Minta2 lah pagi...

    Hari Jumaat dah nak balik Tanjung Malim!
    Macammana keadaan mak ayah nanti ek.
    Adeq2 plak balik skool dah tak de orang nak nunggu...

    harap semuanya akan baik sentiasa!

    Minggu depan bermulalah ayah dan mak tinggal di kuartes klinik..
    umah tman ni sekali sekala je la balik!
    Memudahkan ayah kerana ade org2 klinik yg blh tlg jaga dy kalau mak kerja!

    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Hari Pertama Lagi tapi......! ENJOY sahabatku..

    2 LoVeR | 21/02/2012




    Selamat Pagi!
    Semlam (20hb feb) telah bermula kuliah pertama bagi semester 4...
    Tapi sayang, SH tak dpt merasa melangkah ke kuliah pertama!
    Rindu sangat kat geng aishazdamine dan su...
    td call mereka kejap
    sonok dengar mereka gelak2 kan...
    tak sabar nak jumpa korang neyh!

    pagi tadi ayah dah dimasukkan besi pada betisnya..
    tujuan untuk menegangkan tulangnya...
    Hri khamis ni ayah akan di bedah...
    ermm jumaat plak SH pulang ke tanjung malim.
    macam mana keadaan mama nt ekk...


    td pun mama dah kelam kabut juga!
    Iyalah dengan nak jaga ayah, amik adeq lagi...
    disebabkan keadaan moto yang jahanam habis, SH pun patah kaki tak dapat tolong jemput adeq.
    nak bawa keta, keta sorong je yang lepas....
    pasni memang amik lesen lah!
    senang!

    Teknologi dihujung jari memudahkanlah SH nak menyelesaikan minggu add and drop...
    Geng Aishazdamine sangat baik hati ye kamu semua..
    thanks atas info2 kamu...

    cHILL n Out!


    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Ayah, Semoga cepat sembuh!

    1 LoVeR | 17/02/2012



    Minggu ini mengalami kesedihan sekali lagi!
    Hari rabu jam 10.26pm
    Mama tetiba memangil SH dan terjadilah dialog di bawah:

    mama: Na, ayah excdent!
    SH: ha, kat mana? mana mak tahu?
    mama: ade org tepon, ayah terbaring atas jalan tak sedar tuh!Jom na, teman mak jap!
    Abang: Kita nak ikut!
    SH: Abg, dok umah..dok ngn kak ecah!
    Abang: Tak nak, nak ikut tengok ayah!

    SH,mama dan abg(adeq bongsu SH) bergegas ke lokasi kejadian.
    Sampai di lokasi sememangnya telah ramai orang mengerumuni ayah SH dan encik polis telah memantau kawasan kejadian.
    Orang ramai tidak dapat menolong mengangkat ayah kerana ayah mengerang kesakitan.
    Terpaksa menunggu ambulans tiba.
    Tetapi SH terharu dengan keadaan sekeliling yang sedaya upaya membantu ayah.
    Masing2 mengenali ayah tak kira cina mahupun india.

    uncle cina: Mana itu ambulans talak sampai!
    SH: dah call kata kejap lagi sampai!
    seseorang 1: Dari tadi call tp tak sampai2.!
    seseorang 2: cuba call lagi!
    Uncle cina: Hello, ini olang anta orang sudah excident maaa mana lu olang talak sampai? ini olang lu punya olang maa..yang selalu anta olang tuh maaa.......
    polis: cakap itu balam excident!
    uncle cina: haa ini balam maa excdent, cepat maa sampai!

    SH sedang meninjau keadaan motor ayah ketika itu. Mama dan abg sedang berada di sisi ayah ketika itu!
    Tak lama kemudian ambulan pun sampai!
    M/A Akmal, uncle babu dan seorang kakitangan klinik yg SH tak berapa kenali membantu ayah!
    Ayah agak sukar di angkat kerana kaki dan seluruh badannya terasa sakit dan sukar digerakkan!
    Dengan sedikit bantuan, ayah berjaya dimasukkan ke dalam ambulan dan terus di hantar ke hospital segamat!

    SH, mama dan abg kembali ke rumah untuk mengambil kak echah yang sedang tidur!
    Kami bergegas ke hospital!
    Sampai di sana, paklong dan sepupu SH telah menunggu ayah.
    Malam itu ayah menjalani xray dan disahkan bahawa tulang di pinggulnya teralih dari tempat asal dan beberapa kecederaan ringan lain!
    Jam 2pagi baru ayah dimasukkan ke wad!

    SH diberitahu keesokan paginya, tulang yag teralih telah ditarik oleh yang pakar ke kedudukan aal
    namun apabila melakukan xray kembali, terdapat tulang dipinggul yang patah!
    Ayah terpaksa menjalanikan pembedahan untuk meletakkan dawai di tulang yang patah!

    Hari ini, SH mengantikan mama menjaga ayah di siang hari!
    Susah untuk ayah menjamah makanan kerana susah untuk duduk dan mengerakkan beberapa bahagian badan!
    Sepatutnya SH kembali menjalani kuliah pada esok ari namun SH terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke tanjung malim!
    SH kesian terhadap mama yang perlu menjaga ayah dan adik2.
    kakak SH pula terpaksa memulakan pekerjaan dan sukar mendapat cuti lagi kerana minggu lepas sudah cuti panjang setelah makde meninggal!

    Sekarang mama bergantung harap pada SH aja!
    Mama pun berbelah bahagi , sekejap suruh SH pulang esok, sekejap suruh tangguh pulang!

    Dan tadi saksi kejadian ade dtg melawat ayah!
    Masa ini SH dengar cerita apa yang telah terjadi!
    Kereta tu tetiba keluar simpang dan menyatakan kereta itu yg salah sebab ayah SH di jalan utama.
    Beliau lihat kereta tersebut keluar dan ternampak ayah SH tercampak jauh!
    Beliau terus memberhentikan kereta beliau dihadapan kereta tersebut bagi mengelak kereta tersebut lari!

    Nurse ade jumpa SH, dia kata ayah akan dihantar ke Muar untuk scan lagi sekali tulangnya.
    Pembedahan pula akan dibincang sama ada dilakukan di Muar Ataupun Segamat!

       

    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Fikiran kena positif !

    0 LoVeR | 13/02/2012




     Minggu lalu merupakan minggu kesedihan bagi SH

    Diharapkan minggu ini akan lebih membahagiakan!

    Diam tak diam hanya tinggal bape hari je lagi nak pulang ke Tanjong Malim!
    Macam mimpi pun ade, sekejap sangat lepaking di rumah!

    Menghadapi semester baru,,
    SH tak tahulah macam mana!
    Kekecewaan masih terasa cuma dah kurang!
    Masuk semester baru ni lebih strugle dengan 3 subjek major
    INSYAALLAH dengan izin-NYA, diharapkan SH mampu!
    Apa yang dah jadi di semester lepas SH tak nak kenang!
    SH lebih positif!
    Bagi SH , ALLAH sayangkan SH sebab tuh DIA bagi SH peluang sekali lagi!
    Akan SH buktikan seperti semester lepas SH mampu buat!
    INSYAALLAH!

    Tinggal 4hari je di rumah.
    Habiskan masa dengan family puas2.
    Dan kamu beloG terchenta...
    Cuti kali ni SH tak banyak juga mengemas kamu,
    Mood tiada, maaf ya!

    Assalamualaikum

    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Kehidupan bagai pentas drama!

    1 LoVeR | 09/02/2012



    8 Febuari 2012
    SH ke Taman Sri Waja Segamat lagi kali ini...
    Jika tahun lalu SH ke sini untuk menenangkan Mak Uda SH kerana pemergian suaminya..
    Kali ini SH ke sini untuk menziarahi arwah Mak Uda SH...
    Tak disangka..Hanya jarak setahun memisahkan mereka..
    Kini mereka kembali bersama.


    Seperti telah termetrai janji antara mereka untuk bertemu semula di alam sana.
    Selamat di kebumikan petang semalam sebelum maghrib bersebelahan pusara suaminya .

    Arwah Makde semasa Raya 2010
    Arwah Pak de semasa mac 2011

    2Hari sebelum pemergiannya, SH sempat melawatnya di Hospital Segamat.
    Keadaan yang amat memilukan membuatkan SH sukar untuk melihat keadaan arwah.
    Arwah dikenali sebagai seorang yang periang di kalangan anak-anak buahnya.
    Arwah sentiasa gembira sepanjang hidupnya.
    Kami anak-anak buahnya amat menyanyangi arwah kerana arwah pandai melayani kami.

    Keriangan arwah terhenti sejak pemergian suaminya.
    Sejak pakde kembali ke rahmatullah, arwah makde lebih banyak mendiamkan diri dan jatuh sakit.
    Walaubagaimanapun, arwah tak pernah lupa pada anak buahnya.
    Kalau SH datang ke rumahnya, pasti dia akan menyoal kehidupan SH.
    SH rindu kat arwah.

    Sehinggalah November lepas, beliau di sahkan menghidap BARAH HATI.
    Doktor mengesahkan bahawa tempoh arwah hanyalah dalam 5bulan.
    Berita yang mengejutkan kami sekeluarga.

    2Minggu lalu SH melawatnya ke rumahnya..
    SH nampak perubahan pada diri arwah.
    Arwah lebih semangat dari sebelumnya.
    SH yakin arwah akan sempat melihat perkahwinan anak perempuan satu-satunya.
    Tapi itu dua minggu lalu.
    sangat tak disangka dengan berita yang diterima semalam.
    Bagaikan masih bermimpi diatas tilam yang empuk lagi.
    Namun ini kenyataannya.
    SH perlu menghadapinya.

    SEMOGA ARWAH TENANG BERADA DISISI ALLAH YANG MAHA KUASA.
    Amin~~

    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    EpiloG : Result !

    0 LoVeR | 03/02/2012



    Hari yang dinanti2 dah tiba!
    Akhirnya result exam bagi semester 3 dah keluar!
    Tak tahu nak kata pa..

    ALHAMDULILLAH...

    Mungkin ALLAH bagi peluang kedua untuk aku perbaikinya lagi!
    Insyaallah, kali ni lagi serius!
    Amin!


    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    Sticky Entry : JSC ENTERPRISE!

    0 LoVeR | 01/02/2012




    Ok tadi baru join contest Super Simple Laddies Blog yang dianjurkan oleh http://atienabern.blogspot.com/
    chek update terbaru dy ade tulis pasal :

    #update terkini! Contestent diwajibkan membuat sticky entry untuk sponser kita iaitu JSC ENTERPRISE. Entry pendik pun takpe sayang :) ( Sticky entry selama 3 hari sahaja)


    Ok entry bermula!


    Apa JSC ENTERPRISE NI??
    ---> you can get your accessories for your outdoor and indoor activities according to your own style and outfit out there ! ^_^ 


    Siapa pemilik JSC?
    --->  the owner of JCS : Miss AishaHumaira ^_^ http://www.facebook.com/aishahumairajcs 




    Okies tak tahu nak tulis cam na lagi!
    Korang boleh klik link di bawah ni untuk mengetahui lagi lanjut!


    http://jcsauthentic.blogspot.com






    Thanks with Love to:
    EpiloG Dunia SaYuRi.

    Labels:



    << OLDER
    NEWER >>