![]() 12 febuari 2013... 2.38 pagi... Jam 10 pagi nanti dah nak bertolak ke KL... DIsebabkan along dah stay Ampang, Jadi lepas ni Sh lebih kerap ke Ampang lah... Ni pun follow dy balik Ampang sebab nak jimatkan duit tiket bas... Tak payah susah-susah nak cari tiket lagi ke Tanjung Malim.. Alhamdulillah... Tak payah susahkan ibu lagi... Lepas ni susahkan along pulak.. hehehe Hampir sebulan berada kat rumah... Aktiviti wajib setiap hari.. Pagi2 teman ibu ke dataran, joging katanya... selama teman ibu ni, dapatlah juga SH menyihatkan tubuh badan.. Lepas bersenam, akan terus menuju ke pasar untuk beli barang2 makanan basah... Iyelah sejak ibu dah pencen ni, senang lah sikit dy nak ke pasar.. kalau tak selalu beli stok untuk seminggu je... Tapi kalau masak pun, untuk ayah dan adik2 je.. SH ngan akak2 dah stay jauh2... ![]() Perkara best masa cuti ni bila ibu tanya nak masak apa nanti... Haha cakap je apa yang teringin nak di makan, akan disediakan... Bak kata ibu, SH masak untuk sarapan, ibu masak untuk launch... Tapi kebanyakan breakfast beli kat luar hehehe.... ![]() Ermm walaupun ibu sediakan apa nak makan, Sebulan di rumah ni, SH berjaya mengawal cara pemakanan... SH selalunya akan makan sarapan, dan makan petang (dalam jam 6) macam tuh... Makan tengah hari memang tak disentuh... Nanti dah balik UPSI macam mana lah.... Makan mesti tak tentu arah.... Malam2 lapo je kejenya... Aiyark, tak boleh jadi ni.... Kena kawal!!! Aktiviti malam SH disajikan dengan drama2 dan movie korea... Hehe... Hantu betul kan.... Tapi banyak lagi drama korea yang tak sempat nak habiskan.. Dah sibuk dengan final projek dan mikroteaching!! ![]() Alamak mikroteaching.... Dalam kelas pertama dulu tak pernah dapat mengajar sorang2... Habislah lepas ni.. Dah lah SH ade penyakit ni... Mintak2 semuanya berjalan dengan lancar nanti... Ha nak dikira2 dah lebih 3bulan kot Super Junior Leeteuk menjalankan kewajiban dy sebagai warganegara Korea... Tapi Leeteuk tetap dihati hahaha... Tapi rasa2 sekarang ni macam dah nak terminat lebih kat Kwon Ji Yong lah (G-Dragon) Asyik tonton lagu2 bigbang je sejak leeteuk pergi ni.. Hadoi hahahha... ![]() Labels: EpiloG SH |
![]()
Hari tuh ade join segmen
Hari ini senarai pemenang telah diumumkan...
|
| | | | | | | | | | | |
Alhamdulillah, entry SH menjadi pilihan oleh Adeq Husna.
Komen Adeq Husna
Saya pilih BLOG 1 sebab entry dia MANTAP ! Penuh dengan informasi tentang IPT dia. Lagipun, mana tahu saya dapat jejak kat situ. Nampak macam best! Hehehe XD
Terima kasih deq.
Sejujurnya bila jengah-jengah entry peserta lain,
entry SH macam tak de harapan je hehe..
Click -----> Pemenang | Segmen Blogwalking & Kenali IPT
Lastly,
Thanks.
Labels: Award, Contest, EpiloG SH |
![]() Kejap je dah nak masuk semester 6.. Rasa takut pun ada... Semester depan dah sibuk dengan Tajuk final projek... Letc dah komen2 kat FB suh siap sedia dengan tajuk nak buat... Hadoi..No idea tak terfikir lagi ni.. Nak buat sistem bukannya mudah.. Pecah otak macam ni... Usaha...usaha...usaha... Bila fikir subjek2 yang akan dihadapi semester depan, rasa takut untuk exam.. adakah kecemerlangan semester lalu akan dapat di kekalkan.. Wooo sebenarnya, ni pertama kali Sh dapat SENARAI DEKAN... Siyesly first time dalam lima semester ni.. woo ingat senang ke nak dapat Dean's List ni... Bak kata Pensyarah dari Kos Sains Sukan... "Budak IT ni lau dapat C pun dah macam dapat B" Memang betul... Kos kami ni bagi yang tak power, yang bukan pilihan mereka awal2 dulu, Dapat C / Lulus pun dah bersyukur sangat-sangat.. Bukan senang nak belajar programming ni.. :( So untuk pertama kali nya SH berjaya mendapat Dean's List setelah 4 semester berusaha. Mulanya macam tak caya juga.. Dah siap suh Ibu yang tengok... Alhamdulillah, rezeki Allah turunkan. Sekarang target untuk kekalkan pointer je lah... Amin. Labels: EpiloG SH |
![]() #Klik Banner sehingga 16 Feb 2013
Like page
Ayu's FELT CRAFT products
#done!!
& dah follow blog juga ^_^
Labels: Contest |
![]() Aku pernah suka dia... Dia insan yang sangat menyenangkan... Dia yang paling memahami... Dia penawar duka yang aku alami... Bezanya Dia... Dia hanya mendiamkan diri... Dia hanya meluahkannya sekali... Dia tidak lagi berusaha bila sekali ditolak.. Dia..... bagaikan biskut.. Dia kejap ada..kemudian dia hilang... Dia tidak tetap dengan perasaanya.. Dia.... Haruskah aku terus berharap pada dia??? Kamu... Aku pernah admire dengan kamu.... Kamu hadir pula dengan tiba-tiba.... Kamu mengungkap hati yang sedang lara.. Kamu memberi cahaya.. Kamu memulakan sebuah perkenalan yang aku harapkan dulu... Bezanya Kamu... Kamu orangnya berterus terang... Kamu yakin dengan diri kamu... Kamu tidak malu untuk mengungkapkan diri kamu sebenarnya.. Kamu terus berusaha untuk diterima... Kamu... Haruskah aku percaya pada kamu??? Awak.... Aku pernah memberi hati ini pada awak... Awak datang dengan penuh yakin untuk diletakkan dalam hati ini.. Awak memberi nafas yang baru.. Awak membuatkan saya lupa pada kisah silam... Awak mengharapkan ikatan ini menjadi ikatan yang suci... Bezanya Awak.... Awak dah menunjukkan sikap-sikap awak pada saya.. Awak .. cemburu orangnya.. Awak tidak tetap dengan perasaan awak.. Awak mudah mengalah bila timbul masalah... Tetapi... Antara Dia, Kamu dan Awak... Awak yang masih ada dalam hati ini... Sukar untuk membuang awak dari hati ini.. Kenapa Harus begitu? Jika benar awak diciptakan untuk saya, Aku redha dengan takdirMu Ya Allah.. Jika Awak bukan untuk saya, hilangkan rasa sakit di hati dengan memberikan kebahagiaan kepada diri aku Ya Allah. Amin... #Tengah pagi ni jiwang2 plak! Labels: epiloG hati, EpiloG SH |
![]() Elok-elok tengok Setia Hujung Nyawa, ada plak mood nak wat freebies ni... nak dapatkan Freebies Fly To Top version .gif?? contoh macam kat beloG SH n dibawah ini??
Jom Fly ke sini untuk dapatkan freebies ---->
http://epilogueforstudy.blogspot.com/2013/02/freebies-fly-to-top-bigbang-g-dragon.html |
![]() Setelah 6 bulan menjalani semester 5 dengan pelbagai onak duri dan liku. Dengan penyakit baru yang dihadapi. Dengan kerenah hati dan perasaan. Dengan rajuk hati. Dengan dan segala dengannya lah....... Akhirnya hari ini Result Exam telah keluar! Inilah hadiah bagi hasil usaha SH selama 6 bulan... To be honest, this is the best felling for that I waited! Setelah berjam menunggu keputusan result exam keluar, akhirnya dapat panggilan bahawa result telah pun dikeluarkan. Wah dug dap dug dap jantung ni... I continued to take my lappy and online.... I sign the My Portal and enter my matrik number also password! I'm find and search the exam result! I see it and I klik! The first thing I view after I klik it is my killer subject Object Oriented Programming (OOP) but..... Alhamdulillah! I did it! I make it! I really did it succesfully! ![]() I had kill that killer paper! Hoorayyy!!! Thanks Dr. Modi! Ouh dan alhamdulillah juga, pointer sangat meningkat semester lalu. Boleh dikatakan result yang tak dijangka oleh SH! Harapan sekarang, semester depan lebih baik dari sebelum ini. Strugle lebih lagi lah! Amin! #nak nuntut hadiah dari Mr. Garfield, then dy cakap Samsung Galaxy Advance tuh bukan hadiah ke!Amboi!!!! ![]() Labels: EpiloG SH |
![]()
#Klik Banner Untuk Join segmen sehingga 28 Febuari 2013#
Lagu Pilihan :
Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman
Alasan :
Hayati Liriknya :)
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Tag :
Labels: Contest |
![]() **Update : Segmen berakhir pada 7 Feb 2013 jam 12 tengah malam :)
#Klik Banner join segmen#
![]()
Alhamdulillah, berjaya menjadi salah seorang mahasiswi
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ![]()
dan berada dalan tahun ke-3, naik bulan febuari nanti akan menjejakkan kaki di semester 6....
![]() Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Sebelum ini, UPSI lebih dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) kemudian ditukat nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) . Apabila MPSI dinaik taraf menjadi sebuah institut, nama tersebut telah ditukar kepada Istitut Pergurusan Sultan Idris (IPSI). Nama UPSI ditukar setelah IPSI dinaik taraf sebagai sebuah universiti . ![]() UPSI terletak di Tajong Malim,Perak bersempadan dengan Hulu Selangor. Pusat Bandaraya terdekat dengan UPSI adalah Kuala Lumpur yang mengambil masa 1 jam perjalanan menaiki kereta mahupun komuter. Manakala Ipoh pula mengambil masa 1 jam setengah jika menaiki kereta mahupun bas. Kebiasaannya mahasiswa/i UPSI lebih ramai keluar ke Kuala Lumpur kerana lebih dekat dan banyak tempat yang boleh mereka lewati. Walaupun ramai yang cakap kawasan sekitar UPSI adalah pekan kecil dan tidak mempunyai pusat bandaraya, bagi SH lebih baik begitu kerana kurang masalah sosial yang berlaku :) ![]() UPSI kini telah memiliki dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil (KSAJ) yang terletak di Tanjong Malim . KSAJ menempatkan beberapa Dewan Kuliah (DK) dari DKA-DKN, Surau, Bangunan e-learning, Bangunan IPSI, Dewan SITC, Muzian Suluh Budiman, Padang, Gimnasium, Perpustakaan Tunku Bainun, Bangunan Bitarasiswa, Makmal Teknologi Maklumat, Tadahan selatan dan Utara (Bilik Tutorial) dan sebagainya. KSAJ merupakan kampus induk bagi UPSI . Kampus kedua UPSI ialah Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) yang terletak di Proton City. Jarak 8km dari KSAJ mengambil masa setengah jam perjalanan bagi pelajar dari KSAJ ke KSAS. Kampus Sultan Azlan Shah dengan rasminya beroperasi dengan menempatkan beberapa fakulti seperti Blok 1 - Blok 6 untuk Fakulti Sains & Matematik, Blok 7 - Blok 9 untuk Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Blok 10 untuk Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Dewan Kuliah Berpusat, Dewan Besar dan Panggung Percubaan, Kafetaria, Balai Pengawal dan Pos Pengawal, Pusat Pelajar, Pusat Komputer, Surau dan Pusat Islam. ![]()
![]() Ada 4 buah hostel utama di UPSI. Hostel ni lebih dikenali dengan nama KUO, KHAR, KZ dan KAB. ![]() SH telah di tawarkan mengikuti program IT . Masa mula-mula ditawarkan macam blur jugaklah sebab ini bukan pilihan SH. Masuk semester pertama, perut memang kecut giler, yelah tak pernah tahu apa benda alah ni kan. Tapi Alhamdulillah, pensyarah semua bagi sokongan yang baik. Kebanyakan mereka tahu kursus yang ditawarkan ni bukan pilihan kami. Jadi kami diajar dari asas sehingga kami paham. Ouh ye yang paling kecut, kami kena buat program berdasarkan coding (programming) .. adalah guna bahasa2 programming ni kan. SH memang takutlah sebab tak tahu apa-apa.. masa STPM pun amik ekonomi, bukan sains komputer. Tapi alhamdulillah, rupanya subjek tuh lah kekuatan SH sekarang. Dari semester satu subjek kami banyak berdasarkan programming, walaupun nama subjek lain-lain tapi unsur dia satu, PROGRAMMING.
#Muzium Suluh Budiman di KSAJ#
#Kampus Sultan Azlan Shah#
#Kenangan Minggu Orentasi #
- bersama abang dan kakak RSK-
-Bersama ahli kumpulan-
#Tekno Gang kemasukan Julai 2010/2011#
Ok tarikh tutup segmen 23 Febuari 2013.
Labels: Contest |