![]() Tiga hari persekolahan yang tinggal.. Seminggu lagi berada disini sebelum berangkat kembali ke tanah kelahiran SH Alhamdulillah tadi selamat mengemas barang-barang yang sudah tidak diperlukan. Bila difikirkan, sedih pun ada nak meninggalkan mereka yang manja dan baik hati ni.. Wow, muka gangster beb, tapi dalam hati ada taman.. Cikgu akan miss kamu semua nanti.
This Form 3 Student yang SH sayang.
Walaupun SH tak mengajar mereka, selalu relief je kelas mereka, mereka sangat baik dengan SH.
Siap inbox FB ni tanya esok datang sekolah ke tak sebab dia nak datang.
Hehe yela budak form 3 lepas PMR dah tak de aktiviti sangat boleh je kalau tak datang.
Bak kata kawan mereka,
"Ko ni gangster, tapi dengan cikgu ni ko lembut pulak "
itu namanya respect , kan??
datanglah minggu ni ye student2 cikgu, for the last kamu dapat coklat dari
cikgu sebelum cikgu tamat mengajar =)![]() Labels: EpiloG SH |
![]() ![]()
![]() Labels: epiloG hati, EpiloG SH |
![]() Update blog sambil layan lagu dari 2ne1 - Lonely Assalamualaikum, ok ni cerita semasa Raya Aidiladha yang lepas. Baru SH berpeluang nak update entry pasal ni. Memang sejak berpraktikum ni tak de masa nak jengah beloG ni. Kesian hangpa kan. SH dan Dessy menumpang kasih di rumah Azu sahaja. Terima Kasih juga buat keluarga Azu yang menerima kehadiran kami. Lama tak tidur rumah ala-ala kampung ni. Sejuk dan nyaman je. Lagi-lagi kawasan rumah azu ni kawasan sawah padi. Jujurnya SH first time bertentang mata dengan sawah padi secara live. Selalu tengok dalam gambar dan TV je. Alhamdulillah berpeluang melihatnya depan mata. Indah Sungguh Ciptaan Allah. ![]() Labels: EpiloG SH |
![]()
Click Banner Untuk Join
![]() Labels: segmen |
![]() Dah lama tak join segmen!
CLICK BANNER UNTUK JOIN
First giveaway yang dianjurkan oleh Atiqah Jaidin dan Arrien Amani yang menawarkan hadiah-hadiah menarik menanti anda. Kami mencari seramai 68 orang pemenang. Pemilihan pemenang berdasarkan Top referral dan Random.org. Jadi, mari meriahkan GA pertama kami ini. { senarai hadiah }
1 November 2013 - 29 November 2013 dan tamat tepat jam 12 malam pada 29 November ![]() Labels: GA |
![]() Dah Lama Tak Join Segmen !
Click Banner untuk Join
![]() Labels: segmen |
![]() Assalamualaikum.. Alhamdulillah, perjalanan sebagai guru praktikum akan berakhir lagi seminggu. Sedih? Gembira? Semua perasaan wujud dalam diri ini. Serius SH katakan SH sedih akan meninggalkan mereka, student pertama SH. Imbas sikit pada tarikh 26 Oktober 2013.. Alhamdulillah, angka 23 tahun SH temui dalam kehidupan SH. Allah masih memberi peluang untuk SH menghirup udara di alam ciptaannya. Pada angka 23 tahun, sedikit istimewa bagi SH kerana mempunyai pelajar-pelajar yang SH sayangi. Ucapan kalian untuk cikgu, amat cikgu hargai. Terima kasih buat Student SMK Saujana Indah. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat SH tak kira sahabat di SRK SRI LABIS, SMKMIL, SAL, PRA-U dan UPSI.. Turut tidak ketinggalan sahabat-sahabat di FACEBOOK dan juga INSTAGRAM. Terima kasih atas ucapan dan doa kalian untuk SH .::. sedikit terkilan tak dapat nak sambut sama-sama dengan sahabat-sahabat, Odah, Shida dan Iela .::. ![]() Labels: EpiloG SH |
![]() Oktober sudah.. WELCOME HOME OKTOBER. tak lama je lagi nak menyambut ulangtahun kelahiran SH. Sunyi sikitlah kali ni sebab tak sambut bersama geng2 senget SH.. Tak pe lah, komitmen tu penting. Bila dah masuk bulan oktober, means lagi sebulan lebih je untuk berada bersama student2 Saujana Indah ni. Oh Sebak rasanya bila memikirkan hari-hari yang tinggal untuk bersama mereka :( Jujur masa SH mula-mula masuk Latihan Mengajar, SH bayangkan mereka takkan suka dengan SH. Lagi pula SH buat muka garang kan hehe Alhamdulillah, mereka menerima kami disini dengan hati yang gumbira. Yela tengok muka korang je, mana cikgu nak marah kan huhu.. Segala kenangan bersama kamu akan sentiasa berada dalam hati cikgu. menghitung hari dan detik.. |
![]() Ok agak lama dah menyepi.. Bergelar Guru Praktikal ni banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Sehingga hari ini pelbagai peristiwa yang berlaku. Pahit mahupun manis. Tapi SH malas nak ingat yang Pahit. Pi lantak lah kes tu. Janji SH tahu apa SH buat. Ok. 31 days to go! Haha student sangat marah bila SH mengira detik2 nak meninggalkan sekolah itu. Sebelum ni SH tak pernah kira pun hari2 untuk meninggalkan sekolah itu. Sejak akhir-akhir ini sahaja. Janganlah merajuk pelajar cikgu, cikgu kira sebab cikgu nak mengingatkan diri cikgu berapa masa yang ada untuk cipta kenangan bersama kamu semua :'( Alhamdulillah, semua student cikgu sangat baik, prihatin dan Oh Sem! Cikgu sayang kamu semua. Soalan cepu cemas untuk Sh, "Siapa pelajar kesayangan cikgu?" Haha Siapa yang terasa cikgu sayang dy, dy lah tu.. Tapi semua adalah pelajar kesayangan cikgu. Ada juga kata-kata pada SH.. "D***** ko kan adek angkat cikgu" Haha ni lagi satu.. bila masa pulak ni.. Kalau semua pelajar yang rapat dgn SH adalah adik angkat cikgu, tak larat rasanya nak mengangkat semua orang .. hehe Pelajar kelas SH semua baik dan rapat dengan SH.. Pelajar kelas yang SH tak ajar pun sama. Mereka tak sombong dan selalu menegur. lagi2 kelas yang Sh selalu relief, memang akan baik dan suka berborak dengan SH.. Tapi hanya tunggu SH relief je la, sbb tak ajar kelas mereka kan :) Kadang2 budak kelas SH pun jeles, Sh lagi rapat dengan kelas yang SH tak ajar berbanding mereka.. :) Perasaan mereka je tu |
![]() Alhamdulillah... selamat bergelar guru praktikal selama 2 minggu. SH menjalani Latihan Mengajar (LM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah Nibon Tebal. Jauh sungguh SH merantau. Mulanya memang agak gemuruh, takut dan segala macam ada dalam diri ini. Namun setelah berjumpa dengan pengetua dan Penolong Kanan 1, semuanya sangat Indah dirasa. Pelajar di sini juga mesra dan boleh dibawa berkawan huhu. SH mengajar matapelajaran ICTL dan Perdagangan form 4. First day mendaftarkan diri, SH dah terima 3 buah kelas untuk di relief. Antara kelas tersebut adalah kelas tingkatan 5. Sampai sekarang pelajar tingkatan 5 kalau jumpa SH melambai-lambai kat SH Malu juga dengan guru-guru lama. Tapi begitu rasanya bila diterima oleh pelajar disini. First time masuk kelas SH ajar adalah Tingkatan 2. Oh ye, SH mengajar 3 kelas tingkatan 2 , 1 kelas tingkatan 1 dan 1 kelas tingkatan 4. Untuk minggu pertama pelajar tingkatan 2 masih tak berapa ngan dengan SH. Pelajar tingkatan 4 pula, ermmm lagi tinggi dari SH. Kebanyakkan mereka ni lelaki. Korang taulah susahnya nak mengawal lelaki. Masuk je kelas tingkatan 4 SH dah tekankan pada mereka tentang prinsip SH "AWAK BOLEH BERGURAU DENGAN SAYA, AWAK BOLEH HAPPY2 DENGAN SAYA, TAPI JANGAN BUAT SAYA MARAH"Alhamdulillah sehingg minggu kedua ini, mereka pegang prinsip SH walaupun kelas ketiga bersama mereka, mereka telah membuatkan SH sedikit marah. heheh muka SH ni tak boleh nak marah lama-lama. oh susah. Tapi sekarang SH dah boleh tarik minat pelajar f4 ni dengan kuiz yang SH jalankan. Mereka asyik sebut mengenai kuiz tersebut. Alhamdulillah. penerimaan mereka terhadap SH juga semakin baik. Inilah yang terjadi jika seorang guru tu boleh menjadi kawan mereka, bukan hanya mengajar tapi boleh mendengar cerita mereka. SH cuba jadi guru begitu. Semua pelajar f2 pula, semakin manja dengan SH. Pantang jumpa, mula panggil SH. Kadang2 lalu depan kelas mereka, mereka menjerit panggil SH. Padahal ada guru dalam kelas tu. Segan juga SH ni. Apa pula kata guru lama kan. Untuk pelahar f2 dan f1 SH tak tekankan prinsip SH pada mereka, sebab mereka ni dah sebaya dengan adik SH, jadi insyaallah SH boleh kawal mereka dengan berperanan sebagai seorang kakak kepada mereka juga huhu. Untuk minggu ketiga sebagai guru praktikal, kita nantikan sahaja. Labels: EpiloG SH |
![]() Alhamdulillah.. Sekali lagi pada semester ini SH berjaya mendapatkan senarai dekan. Thanks To Allah atas segala rezeki yang diberikan. Berakhir sudah semester 6. Melangkah ke alam praktikal. Alhamdulillah SMK Saujana Indah Nibong Tebal sudi menerima diri yang kecil ini. Disaat ramai sahabat yang susah payah mencari sekolah lain akibat ditolak permohonannya, SH bersyukur SH tak mengalami keadaan tersebut. Bakal bertukar pangkat ke GURU PRAKTIKAL pada 15 Julai 2013 Labels: EpiloG SH |
![]() ![]() Semua mesti dah tau, Piala FA dimenangi oleh pasukan The Red Warrior. Tahniah TRW kerana berjaya mempertahankan piala tersebut. SH tak nafikan hak kemenangan pasukan Kelantan. SH agak kecewa juga masa pertama perlawanan , pasukan Johor seakan-akan hilang arah tuju dalam perlawanan. Safee Sali pun di keluarkan pada minit awal-awal permainan lagi. Lagi kecewa bila permainan Nunez pun seakan - akan kurang menyerlah. Bertambah kecewa bila Gol yang di sumbat oleh Mat Yo tidak diterima, dan menjadikan Johor kekal 0. Inilah adat permainan. Kalau ada yang menang pasti ada yang kalah. Takkan dua-dua nak menang. ![]() SH bangga dengan Johor Darul Takzim walaupun kalah. JDT merupakan pasukan yang baru nak naik, tapi mereka berjaya pijak ke Final Piala FA. Walaupun ramai yang mengeluarkan kata-kata tidak enak didengar untuk JDT dan Penyokong JDT, tapi SH bangga sebab penyokong JDT tetap bersemangat memberikan JDT harapan walaupun kabur. Kalau korang yang menonton sepanjang perlawanan, korang akan dapat lihat barisan penyokong Johor yang padat dan gelombong biru merah beraksi di SNBJ malam tersebut. Memang tabik spring lah. Khabarnya 200 buah bas dari seluruh daerah dalam negeri Johor hadir memberi semangat. Termasuk kakak SH. Ruginya SH tak pergi. Mesti meriah kat sana. sepanjang perlawanan boleh dengar lagu semangat penyokong Johor untuk pemain Johor. Kalau peka lagi, di minit-minit terakhir perlawanan pun penyokong Johor tetap bersemangat menyanyikan lagu untuk memberi semangat kepada pemain Johor walaupun dah ketinggalan 1-0/
Versi lagu semangat 1:
Hidup Mati Johor
Ada juga versi lagu ni :
Ada yang kata fans JDT ni jakun, ye la tak pernah dapat sokong permainan bola untuk Negeri sendiri.
Tak kisahlah nak kata apa pun, ini membuktikan semangat tamadun penyokong Johor.
Penyokong JDT bersatu hati menghafal lagu yang dipopularkan dulu oleh B.O.S untuk menyokong bola sepak Harimau Selatan.
Bak kata satu page TRW ni..:
Ha nampak tak pujian tuh.
Lagi satu Penyokong JDT sedaya upaya untuk melebarkan ombak merah biru pada malam final tersebut.
![]() Hasilnya : ![]() Kata-kata dari penyokong TRW : ![]()
Agak kecewa bila usaha yang dilakukan fans JDT pada malam tersebut , tapi Fans TRW yang dapat nama.
Bak kata Akhbar ini .:
![]() Padahal, ini sebenarnya yang berlaku: ![]()
Lepas Perlawanan berakhir, SH sempat lah fb walking dan twitter walking kan.
Ada jugalah terbaca hinaan2 dari fans TRW kepada JDT .
Paling SH tertusuk sembilu dihati bila sahabat dari satu course pun ada menghina JDT.
SH nak update status masa perlawanan pun SH terfikirkan akan dibaca oleh mereka-mereka.
SH jaga hati orang kelantan, tapi sebaliknya.
Tak apa lah.
Kadang-kadang manusia ni alpa, kan?
Apapun, Fandi Ahmad dah buat yang terbaik untuk pasukan bola sepak Harimau selatan.
TMJ juga dah beri yang terbaik untuk JDT.
![]()
![]() "Jgn brsorak ketika menang, kalau tak mampu bersorak ketika kalah.." - TMJ Labels: EpiloG SH |