![]() Oktober sudah.. WELCOME HOME OKTOBER. tak lama je lagi nak menyambut ulangtahun kelahiran SH. Sunyi sikitlah kali ni sebab tak sambut bersama geng2 senget SH.. Tak pe lah, komitmen tu penting. Bila dah masuk bulan oktober, means lagi sebulan lebih je untuk berada bersama student2 Saujana Indah ni. Oh Sebak rasanya bila memikirkan hari-hari yang tinggal untuk bersama mereka :( Jujur masa SH mula-mula masuk Latihan Mengajar, SH bayangkan mereka takkan suka dengan SH. Lagi pula SH buat muka garang kan hehe Alhamdulillah, mereka menerima kami disini dengan hati yang gumbira. Yela tengok muka korang je, mana cikgu nak marah kan huhu.. Segala kenangan bersama kamu akan sentiasa berada dalam hati cikgu. menghitung hari dan detik.. |
![]() Ok agak lama dah menyepi.. Bergelar Guru Praktikal ni banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Sehingga hari ini pelbagai peristiwa yang berlaku. Pahit mahupun manis. Tapi SH malas nak ingat yang Pahit. Pi lantak lah kes tu. Janji SH tahu apa SH buat. Ok. 31 days to go! Haha student sangat marah bila SH mengira detik2 nak meninggalkan sekolah itu. Sebelum ni SH tak pernah kira pun hari2 untuk meninggalkan sekolah itu. Sejak akhir-akhir ini sahaja. Janganlah merajuk pelajar cikgu, cikgu kira sebab cikgu nak mengingatkan diri cikgu berapa masa yang ada untuk cipta kenangan bersama kamu semua :'( Alhamdulillah, semua student cikgu sangat baik, prihatin dan Oh Sem! Cikgu sayang kamu semua. Soalan cepu cemas untuk Sh, "Siapa pelajar kesayangan cikgu?" Haha Siapa yang terasa cikgu sayang dy, dy lah tu.. Tapi semua adalah pelajar kesayangan cikgu. Ada juga kata-kata pada SH.. "D***** ko kan adek angkat cikgu" Haha ni lagi satu.. bila masa pulak ni.. Kalau semua pelajar yang rapat dgn SH adalah adik angkat cikgu, tak larat rasanya nak mengangkat semua orang .. hehe Pelajar kelas SH semua baik dan rapat dengan SH.. Pelajar kelas yang SH tak ajar pun sama. Mereka tak sombong dan selalu menegur. lagi2 kelas yang Sh selalu relief, memang akan baik dan suka berborak dengan SH.. Tapi hanya tunggu SH relief je la, sbb tak ajar kelas mereka kan :) Kadang2 budak kelas SH pun jeles, Sh lagi rapat dengan kelas yang SH tak ajar berbanding mereka.. :) Perasaan mereka je tu |